29 January 2014

Krisis Parti LDP- Akhirnya Datuk VKLiew Ke Mahkamah Untuk Keputusan

Datuk VKLiew dan Peguam Beliau Dati Rakbir Singh Di Luar Mahkamah KK
Presiden LDP Datuk VKliew yang "disingkirkan" melalui surat ROS bertarikh 2 Januari 2014 akhirnya memfailkan satu petisyen ke mahkamah untuk mengistiharkan agar surat yang mengsahkan Kumpulan Teo Chee Kang sebagai pimpinan parti yang sah dibatalkan.

Semalam VKLiew melalui Tetuan Dato Rakbir Singh telah memfailkan petisyen dengan menamakan ROS, Teo dan Chin Su Phin sebagai dependen.

Liew mengambil contoh keputusan Mahkamah Persekutuan antara Datuk James Jenggut Lawan ROS, di mana mahkamah menyatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan parti, seperti mana Seksyen 16 Pertubuhan itu.

Sebenarnya, krisis LDP sebuah komponen BN Sabah boleh diselesaikan, jika ke dua belah pihak bersetuju dengan keputusan yang dicapai pada September 2013, di mana dalam kesepakatan itu, tiada EGM atau AGM boleh diadakan pada 19-20 oktober 2013, melainkan semua barisaan majlis tertinggi dikembalikan seperti sedia kala, dan setiap ahli atau pemimpin dibenarkan mengambil bahagian bertanding sebarang jawatan termasuk Presiden dan Timbalan. Namun perjanjian itu tidak dipatuhi oleh kumpulan Teo, dan seterusnya mereka mengadakan EGM dengan kehadiran separuh daripada perwakilan asal parti itu.

Pun demikian, penyelesaian masih boleh jika kumpulan Teo mendengar nasihat Ketua BN Sabah- agar kedua belah pihak duduk semeja dan bertaut semula. Walaupun nasihat telah diberikan, kumpulan Teo yang dianggap sebagai "perampas" kepimpinan LDP yang sepatutnya berjumpa dengan kumpulan VKliew yang terpaksa bersedih kerana telah dilucutkan jawatan, untuk menyelesaikan semua sengketa. Sebenarnya, Datuk VKLiew sebagai 'Presiden' telah memberi isyarat beberapa kali, agar kumpulan Teo berjumpa dengan kumpulannya, namun, isyarat itu tidak dihiraukan oleh Teo/Chin.

Disebabkan kumpulan VKLiew telahpun melibatkan mahkamah, maka untuk sementara keputusan yang berkuatkuasa di mahkamah malaysia, bagi kes seperti ini, adalah ROS tidak mempunyai kuasa mencampuri persengketaan antara pemimpin parti, seperti mana keputusan antara SNAP lawan ROS. Untuk itu, surat ROS yang meniktiraf kumpulan Teo sebagai para pemimpin yang sah bertarikh 2 Januari sebenarnya mempunyai keraguan sesesuai dengan peraturan pendaftar pertubuhan itu sendiri.

Dan lagi, fungsi LDP sebagai Parti tidak boleh lagi berfungsi, selagi keputusan mahkamah tidak diperoleh.

Selain itu, Liew menyatakan bahawa beliau perlu mendapatkan keputusan mahkamah berkaitan krisis dalaman parti, agar supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar mempergunakan undang-undang dan peraturan dengan betul, supaya kepercayaan orang awam berkaitan undang-undang dijunjung tinggi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels