9 January 2014

Musa Iktiraf Teo Chee Kang Sebagai Presiden LDP

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengiktiraf Adun Tanjong Kapor yang juga Menteri Tugas-Tugas dalam kabinet Sabah- Datuk Teo Chee Kang sebagai Presiden LDP yang baru.

Pengiktirafan Musa itu terzahir, apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan surat yang diserahkan kepada Teo pada 2 Januari lalu, bahawa pihak pendaftar telah mengiktiraf Mesyuarat Khas parti itu yang diadakan oleh kumpulan Teo pada 19-20 Oktober 2013.

Musa dalam sidang akbar semalam, turut mengakui ada menerima surat daripada kumpulan VKLiew yang menguraikan tindakan yang sedang dan bakal diambil termasuk Mesyuarat Khas Parti yang dijadualkan pada 19-20 Mac depan. Mengulas kandungan surat VKLiew itu, Musa menyatakan adalah hak Liew untuk melakukan tindakan susulan dan membuat pertimbangan sewajarnya.
 
Keadaan parti LDP hampir serupa dengan kemelut yang melanda Parti SNAP komponen BN Sarawak, yang akhirnya membawa pembatalan pendaftaran parti itu; atas sebab tidak berlaku rekonsilasi antara pemimpin yang terlibat.

Memandangkan keadaan semasa yang berlaku dalam parti tertua BN Sabah itu, nampaknya tiada titik temu antara kumpulan VKLiew dan Teo; selain itu, keputusan ROS yang berpihak kepada Teo yang menyebabkan Pengerusi BN Sabah mengiktirafnya, merupakan faktor penghalang kepada penyatuan antara dua kumpulan yang bertelegah.

OKB melihat, jika titik temu bakal tidak berlaku, maka LDP bakal menemui nasib seperti SNAP, jika kumpulan VKLiew membawanya ke mahkamah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels