21 February 2014

Apa Kah Najib Dapat Bertahan?

Sebenarnya Najib bernasib baik. PRU 13 yang memberi keputusan lebih buruk kepada Bn berbanding PRU-12, tidak mendorong pemimpin Umno mendesak beliau bertanggungjawab atas penurunan jumlah kerusi daripada 140 kepada 133; sebabnya hanya kerana Umno masih mampu muncul sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, selain mampu menambah 8 kerusi daripada 79 kepada 88 dan juga mampu menawan semula Kedah.

Dari segi parti, memang Najib tidak perlu didesak bertanggungjawab; namun jika dilihat sebagai Perdana Menteri, sebenarnya Najib telah gagal.

Kegagalan Najib kerana komponen Bn terutama daripada parti-parti berasaskan kaum cina dan india, tidak mendapat sambutan daripada kaum-kaum yang diwakili parti itu. Konsep 1Malaysia yang menjadi motto pentandbiraannya gagal menggamit sokongan kaum bukan bumiputera; malah sokongan kepada konsep itu tiada kesanpun jika dilihat daripada keputusan PRU-13 lalu.

Bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada kaum cina dan india terutama di kawasan majoriti cina terutama di Selangor, bagaikan mencurah garam di laut. Sebagai contoh terpencil, di PRK Sungai Limau Kedah, pengundi cina yang tidak sampaipun 2,000 berbanding pengundi melayu yang puluhan ribu, pun demikian tidak merasa "gentar" menolak calon bn pada PRK itu.

Benarlah kata Pemimpin veteran seperti Datuk Zainuddin Maidin ataupun Tun Daim Zainuddin bahawa kaum cina telahpun memutuskan meninggalkan Bn, sehingga parti yang memerintah negara sejak merdeka itu akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Kongress India, Parti Golkar Indonesia dan Parti LDP Jepun.

Sebenarnya Bn masih bernasib baik, kerana ada Parti Umno dan Parti2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yang masih memberi sumbangan besar kepada gabungan berbagai parti itu untuk terus menguasai Putrajaya, jika tidak Bn sudah kecundang sejak tahun 2008.

Sejak akhir-akhir ini, sungguh besar gemanya, bahawa jika Bn masih mahu mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 iatu pada tahun 2018, maka Bn perlu seorang pemimpin yang kuat dan mendapat sokongan besar daripada rakyat. Bn, dikatakan tidak boleh bersandar sepenuhnya kepada Umno sahaja untuk mempertahankan Putrajaya, sebaliknya memerlukan sokongan parti-parti dalam komponen.

Parti komponen akan ikut kuat, jika Umno kuat. Umno kuat, jika mempunyai pemimpin yang kuat. Najib sebagai Presiden Umno dikatakan adalah Presiden parti melayu terbesar itu yang terlemah yang pernah dihasilkan oleh parti itu. Manakan tidaknya, keputusan Presiden itu, seolah-olah tidak mempunyai sengatan yang berbisa, malah keputusannya malah dipermain-mainkan. Sebagai contoh, pengumunan beliau melantik seseorang untuk jawatan MKT Umno, keputusan beliau itu ditolak, walaupun penolakan itu secara baik dan halus. Keputusan beliau melantik Pengerusi Hindraf menggantoi kabinet, merupakan contoh bagaimana kepimpinannya dipersoalkan, malah selain melepaskan jawatan, pemimpin Hindraf itu pula mendesak beliau meletakan jawatan. Keadaan seumpama ini, tidak pernah berlaku pada Presiden Umno merangkap Perdana Menteri sejak zaman YTM Tunku Abdul Rahman.

Dalam isu kangkung, kita lihat bagaimana beliau dipermainkan. Belum pernah ada PM Malaysia yang dipersendakan sepertimana yang dialami Najib.

Keluarga Najib dipersenda, terutama isterinya Datin Rosmah Mansor. Selain itu, sukarnya Najib mengawal tindakan isterinya, memuncakkan lagi, kelemahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Namun kemuncak daripada gegagalan Najib adalah semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, di mana Umno mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13. Sebenarnya, rekod tidak menyebelahi Najib, baik semasa TPM mahupun PM. Semasa TPM, semua PRK yang dikemudinya mengalami kekalahan. Selain itu, rekod yang ditunjukan oleh mantan-mantan pegawai Najib yang bertanding semasa PRU-13, semuanya kecundang. Apa ertinya itu????

Meskipun melalui pemilihan Umno Oktobr lalu, Najib diberikan saf kepimpinan parti, namun saf itu kebanyakannya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mengemudi parti itu sejak tahun 2008 dan semasa PRU-13. Meskipun ada nama-nama baru yang muncul, namun mereka itu masih tergolong pemimpin lama. Pada pemilihan itu, Umno gagal menghasilkan transformasi, apabila pemimpin akar umbi gagal menjadi saf kepimpinan. Lagipun, kepimpinan yang menang itu, atas sebab kedudukan mereka dalam kerajaan selain kekuatan kewangan mereka.

Melihat kepada keadaan semasa, nampaknya Umno sukar dijenamakan, sebabnya, belum ada pemimpin yang terlihat benar-benar ada ketokohan, seperti mana era tahun 80-an dan era 90-an. Kata orang untuk masa ini, Umno atau BN hanya menggunakan pemimpin seperti kata peribahasa tiada ROTAN AKARPUN BERGUNA. Atas sebab itu, Najib akan terus bertahan, dan jika nasib masih menyebelahi beliau, maka Bn akan terus menerajui Putrajaya selepas PRU-14.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels