27 March 2014

Duri-Duri Pembentukan Malaysia Memanas Lagi

Duri-duri pembentukan Malaysia memanas lagi. Bermula apabila terbocornya kenyataan Pehin Seri Taib Mahmud sebelum meletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak 28 Februari lalu.
Ketua Menteri terlama Sarawak itu dalam pesanan akhirnya kepada pemimpin politik negeri itu, agar menjaga kepentingan Sarawak dalam negara ini, walau apapun caranya.

Kenyataan itu, diperkuat oleh penggantinnya Tan Sri Adenan Satem, bahawa pembentukan Malaysia adalah persetujuan antara beberapa negara berdaulat, ertinya Sabah dan Sarawak serta Singapura adalah partner dalam pembentukan Malaysia. Singapura dikeluarkan daripada perkongsian itu pada tahun 1965.
Terbaru kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said menerusi blognya- antara petikan kenyataan itu "Ini pandangan peribadi saya dan mungkin pandangan pihak lain berbeza. Yang penting ada semangat saling hormat-menghormati dan bersetuju bahawa Sabah adalah rakan pembentukan negara dan seharusnya mempunyai kuasa autonomi.
Perbezaan intepretasi adalah perkara biasa. Pokoknya, sebagai orang Sabah, kita harus sama-sama mempertahankan kepentingan dan keistimewaan yang ada seperti dipersetujui semasa merdeka dahulu. Ini penting kerana kita bertanggungjawab menentukan jalan di hadapan." Kenyataan Penuh sila KLIK

Bagi Sarawak, sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, memang bernasib baik, atas sebab terus diperintah oleh parti Sarawak sendiri, malah tidak pernah bertukar kerajaan. Para pemimpin Sarawak terus bersatu, sehingga sukar dimanipulasi. Demikian juga Malaya, sejak pembentukan Malaysia, malah sejak dimerdekakan pada 31 Ogos 1957, belum pernah bertukar kerajaan, ertinya Umno, MCA dan MIC terus memerintah sehingga kini. Namun, bagi Sabah keadaan itu tidak berlaku. Sabah bertukar-tukar kerajaan. Pada awalnya Sabah diperintah parti Usno sehingga tahun 1976. Kemudian Berjaya sehingga tahun 1985. Diikuti PBS sehingga tahun 1994, kemudian Umno sehingga kini. Kenapa Umno? atas sebab parti itu merupakan tulang belakang kerajaan sejak tahun 1994.

Mengapa Sabah terus bertukar-tukar kerajaan?

Kerana ada pemimpin yang mahu mendapatkan kuasa. Usno dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. Demikian juga Berjaya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. PBS juga dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri. Mengapa parti-parti itu dijatuhkan oleh pemimpin sendiri? jawapannya, pucuk pimpinan yang ada kuasa lupa diri, sehingga pemimpin yang mahu mendapatkan kuasa memanfaatkan suara rakyat yang tertindas,

Di Sabah kini, selepas Umno memerintah sejak tahun 1994 dengan bantuan serpihan parti-parti yang memerintah sebelumnya, kemudian, semua parti bergabung, sehingga BN Sabah yang ditunjangi Umno menjadi simpanan tetap Bn setiap pilihanraya. Walaupun, kelihatannya Bn cukup stabil, namun perkara lama berlaku, bahawa ada pemimpin mengulangi cara apa yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu. Mula melupakan siapa pejuang asal, sebaliknya memberi keutamaan kepada mereka yang merupakan peniaga politik. Peniaga politik adalah mereka yang memberi sokongan kerana hanya memerlukan sokongan ekonomi. Mereka ini akan berpaling tadah, jika sekiranya melihat ada pemimpin yang mereka fikir akan mendapat sokongan. Atas sebab itu, dalam kerajaan Bn sekarang, mereka yang ditentang sebelum Bn mengambil alih kerajaan, kini mereka juga merupakan tulang belakang kerajaan.
Bukan sahaja mereka yang berjawatan politik, akan tetapi juga pegawai-pegawai kerajaan yang dahulunya pelaksana kepada penindasan kaum-kaum tertentu, terutama rakyat yang beragama islam, kini merupakan pembuat kebijakan dalam kerajaan BN yang ditunjangi Umno.
Mereka yang berjuang menentang PBS, bukan sahaja berkorban masa, tenaga, kewangan, malah darah. Namun, mereka itu kebanyakannya, tidak tersenarai sebagai pembuat kebijakan, malah terlupakan langsung. Bagi mereka yang terlibat menjatuhkan PBS yang bermula tahun 1989, kini, dianggap sebagai "hantu politik" bukan sahaja diketepikan, malah ditakuti untuk didekati, bukan kerana mengancam kedudukan, akan tetapi takut mereka-mereka ini mohon perhatian.
Keadaan politik Sabah kini, agak berbeza. Atas sebab apa? jika selama 30 tahun, setiap 9 tahun akan berlaku pertukaran kerajaan, namun selepas sahaja Umno menjadi tulang belakang (Umno masuk atas jemputan Usno, kemudian Usno dibubarkan) tidak lagi berlaku penggantian kerajaan, walaupun berlakunya pergantian Ketua Menteri setiap dua tahun, dan berakhir pada tahun 2004.
Memandangkan keadaan itu, isu yang membolehkan pergantian kerajaan sukar berlaku kerana tiada lagi "god father" sepertimana berlaku sebelum ini, maka penekanan kepada asas pembentukan Malaysia, diangkat sebagai asas menukar persepsi rakyat. 

Membangkitkan asas pembentukan negara, seperti perakara 20 serta kandungannya, difikirkan akan merangsang minda rakyat yang sudah celik; membandingkan apa yang terkandung dalam perkara itu dengan fakta lapangan, sehingga timbul istilah ADA YANG MUNGKIR JANJI.

Nampaknya isu pembentukan Malaysia akan diangkat menjadi isu utama bermula daripada sekarang hingga pilihanraya ke-14. Masing-masing pihak samada kerajaan yang memerintah mahupun pembangkang, melihat tiada isu utama yang perlu dijual kepada rakyat melainkan isu yang terkandung dalam perkara 20. 

Rakyat kini sudah celik, sudah mampu mendapat maklumat, sudah nampak perbezaan, sudah nampak derap pembangunan antara Malaya dan Sabah. Rakyat sudah tahu, bahawa emas hitam hasil yang dikorek di negeri ini, bukan untuk negeri ini, akan tetapi perlu dikongsi oleh semua orang. Rakyat tahu, bahawa hasil yang berpunca daripada tanah utara borneo ini perlu dikongsikan dengan penduduk lain, tetapi yang paling malang, kebanyakan hasil itu bukan milik penduduk negeri, melainkan rakyat daripada negeri2 lain.

Isu seumpama ini akan menghantui pemikiran pemimpin, walaupun pada masa ini cuba dikaunter dengan berbagai alasan, namun hakekatnya, saban hari, isu-isu yang dibangkitkan semakin melekat dihati rakyat.

Terlihat, sejak akhir-akhir ini, bagaimana pemimpin seperti Datuk Salleh mengangat isu ini. Seolah-olah berlaku ketimpangan. OKB tidak ingat masa dan tarikhnya, namun Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu pernah berkata, semasa dikunjungi oleh Barisan pemuda Umno Sabah yang diketuai Hafiz Musa, bahawa pemuda perlu menjaga dan memperjuangkan kepentingan Sabah dalam negara.  Jika diperhalusi kenyataan itu, apa yang mahu diperjuangkan lagi? dan apa yang dipertahankan? sedangkan Sabah diperintah oleh sebuah Parti yang menjadi tunjang belakang kepada Kerajaan Persekutuan.
Nampaknya Salleh terbaca perasaaan rakyat Sabah menjelang PRU-14 atau PRU-15, bahawa pada masa itu, isu pembangunan atau sebarang pembelaan berbentuk wang ringgit, tidak akan dapat menawan hati rakyat; sebaliknya isu seperti yang terkandung dalam Perkara 20, akan menjadi pertimbangan utama. Untuk itu, agar Umno atau Bn masih lagi pilihan rakyat, maka pemimpinnya perlu menjuarainya, jika tidak, maka alamat ditumbangkan rakyat akan menjadi kenyataan.
Para pemimpin Bn Sabah menyedari, walaupun bukan semuanya,  bahawa untuk mengaharapkan sokongan rakyat, Bn termasuk pemimpinnya perlu menyesuaikan diri dengan harapan rakyat. Jika tidak, pihak lain akan menjuarainya.

Nampaknya, kematangan politik pemimpin Sabah telah mengambil iktibar kepada kepimpinan Sarawak. Sejak merdeka, kepimpinan Sarawak tidak dapat ditembusi dalang dan peniaga politik. Atas sebab itu, kepimpinan negeri itu hingga kini bersifat autonomi. Mereka memutuskan siapa pemimpin mereka. Berlainan dengan Sabah, yang terpaksa menagih simpati, kerana tiadanya autonomi itu. 

Sebenarnya, kehilangan autonominya pemimpin Sabah, atas sebab ada pemimpin yang mampu dipengaruhi atau dimanipulasi dalang dalam politik; ini terbukti, apabila Sabah sejak merdeka berlaku 4 kali pertukaran kerajaan.

Namun, politik Sabah kini tidak sama lagi dengan keadaan politik 40 tahun lalu. Generasi muda pasca merdeka, tidak lagi berfikiran seperti yang difikirkan oleh ibu bapa mereka; mereka berfikir tentang sesuatu yang telah hilang, mereka memikirkan tentang hak mereka yang telah hilang. Perkara utama sandaran mereka adalah melalui Perkara 20. Mereka meneliti apa yang terkandung dalam perkara 20 itu, walaupun ianya bukan suatu perjanjian, akan tetapi sebagai terma rujukan, namun mereka berfikir itulah asas kepada pembentukan negara.

Mungkin itulah penyebab mengapa pemimpin seperti Datuk Dr salleh mengangkat isu ini, agar supaya pemimpin Bn negeri ini menjuarainya.

Berikut catatan berkaitan Perkara 20

Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.

Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.

Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.

Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.

Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.

Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.

Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.

Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.

Perkara lima - Perkhidmatan Awam
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.

Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.

Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)

Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.

Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia:
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.

Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82

Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.

Perkara dua belas- Undang-undang KUasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels