7 April 2014

Delimma Royalti Minyak Sabah

Kalaulah ditanya daripada 10 orang rakyat Sabah berkaitan Royalti Minyak apakah mahu kadar dinaikan ke paras 20 peratus, 8 orang akan bersetuju. Namun atas sebab politik, maka ramai yang berhujah dengan memberikan fakta, sehingga ada yang berkata permintaan 20 peratus adalah sesuatu yang tidak lojik, memandangkan pendapatan atau bajet Sabah bukan semuanya berpunca daripada bayaran royalti, sebaliknya ada juga berpunca daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Data tahun 2011 (tidak diuraikan dalam tulisan ini) ditunjukkan, bahawa hasil minyak dan berbagai hasil lain daripada Sabah, apabila dibandingkan dengan peruntukan yang diluncurkan kepada Sabah, ternyata hasil daripada negeri itu lebih kecil 4 bilion ringgit i.e. hasil daripada Sabah berjumlah 11 bilion ringgit tetapi dana yang diluncurkan 15 bilion ringgit.

Tetapi masalahnya, bukan pada data tahun 2011, tetapi data tahun-tahun sebelumnya, terutama tahun 1976 hingga tahun sebelum tahun 2011, apa kah benar, perolehan pendapatan daripada Sabah oleh Kerajaan Pusat termasuk daripada minyak senantiasa kecil, manakala dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar? Kemudian, apa kah tahun-tahun selepas 2011, memang berlaku perolehan daripada Sabah senantiasa lebih kecil, sedangkan dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar?

Pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, tidak akan sanggup mempertikaikan kadar royalti minyak, bukan sahaja sekarang, akan tetapi sejak tahun 2008, jika memang berlaku, bahawa dana yang diluncurkan kepada Sabah senantiasa lebih besar berbanding dana yang dihasilkan Sabah dan masuk ke perbendeharaan Persekutuan termasuk daripada minyak senantiasa lebih kecil.

Salleh menyuarakan mengenai royalti minyak, atas sebab untuk menjamin pendapatan negeri yang lebih mapan, tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan Persekutuan. Bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, berubah-ubah setiap tahun, kadang besar kadang kecil.

Sabah memerlukan dana mapan, bukan sahaja untuk pembangunan akan tetapi memberi peluang kepada rakyatnya dalam soal-soal peluang pekerjaan.Tanpa dana yang mapan dan konsisten, maka kerajaan Negeri tidak akan mampu mengwujudkan berbagai agensi yang boleh membuka peluang pekerajaan bagi menampung generasi muda negeri itu, yang mana saban tahun semakin bertambah.

Tanah Sabah yang luas, memerlukan suntikan modal yang besar untuk dibangun. mengharapkan suntikan modal daripada asing, tidak selamanya boleh menjadi sandaran, atas sebab pemodal asing akan lebih suka kepada kawasan yang mempunyai infrastrukur yang lengkap dan tersedia, selain daya saing daripada segi upah dan skill.

Sabah sepatutnya sudah membangun, lebih 50 tahun merdeka, akan tetapi, masih banyak kawasan lagi, belum dibekalkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan oleh manusia yang bertamadun i.e. bekalan air bersih.

Ramai anak mudah lepasan sekolah menengah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang gersang pembangunan, berhijrah bukan untuk memajukan dirinya, akan tetapi hanya sekadar untuk hidup. Berhijrah ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor hanya berkerja sebagai perkerja kilang atau pengawal keselamatan; itu bukan berhijrah demi memajukan diri, akan tetapi hanya untuk bertahan hidup.

Pada PRU-13, isu royalti Minyak dimasukan dalam manifesto BN Sabah. Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan, bahawa usaha meminta kenaikan kadar royalti minyak merupakan usaha berterusan dengan kerajaan pusat. Satu nada yang penuh diplomasi, memandangkan Sabah juga diperintah BN, dan BN memerintah Kerajaan pusat.

Wisdom daripada kerajaan Pusat, hanya satu-satunya jalan untuk melihat kembali Perjanjian Petrolium bagi negeri-negeri pengeluar minyak; Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Ironinya, keluaran minyak negara, adalah 85 peratus daripada Sabah dan Sarawak; namun, hak dua negeri itu, hanya 5 peratus. Satu pembetulan perlu dilakukan, once for all, sebelum ianya tidak terus menjadi duri dalam daging antara kerajaan dua negeri itu dengan kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels