1 April 2014

Royalti Minyak : Kerajaan Sabah Cenderung Kadar Dinaikkan

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman memberi isyarat bahawa Kerajaan Negeri cenderung kepada kenaikan royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, sebenarnya isu royalti minyak merupakan salah satu manifesto BN Sabah pada PRU-13 lalu.

Sabtu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun said juga telah membayangkan kehendak kerajaan negeri semasa mengulas kenyataan bersama pergerakan pemuda daripada komponen BN Sabah PBS, UPKO dan PBRS.


Dalam perkembangan yang sama,MP Kota Belud Dato Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, pada prinsipnya bersetuju dengan kecenderungan itu, namun menurut beliau, kerangka atau mekanismenya perlu jelas dan menyeluruh.

Sebenarnya Isu kenaikan royalti minyak adalah isu lama malah menjadi isu on and off dalam kanca politik Sabah.

Sejak tahun 1985, isu royalti minyak sudah menjadi bualan berbagai pihak di Sabah. Malah pada tahun 2008, Datuk Dr Salleh Tun Said pernah menyentuhnya dan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya kadar royalti itu dikaji semula. Pada tahun 2012, Dewan Undang Negeri Sabah, pernah diberitahu, bahawa perjanjian Petrolium Tahun 1976 adalah penghambat kepada mengkaji semula berkaitan kadar royalti yang dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Sementara itu Rahman sebelum ini pernah menjelaskan secara panjang lebar dengan mengunapakai data sebenar berkaitan operasi carigali dan industri minyak negara, bahawa jika syarikat Petrolium negara itu dibebankan dengan bayaran royalti 15 peratuspun, maka syarikat itu akan kehilangan daya maju dan lambat laun akan muflis.

Membicarakan kadar royalti minyak, perlu juga menyedari, bahawa pendapatan negeri selain daripada bayaran royalti juga mendapat peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat melalui berbagai saluran antaranya melalui bajet pembangunan.

Namun BN adalah parti yang senantiasa mendengar degup jatung rakyat, atas sebab itu sebarang permintaan dan hasrat rakyat akan diperjuangkan demi faedah rakyat dan negeri.

Nota: Usul kenaikan Royalti minyak telah dihantar kepada Speaker dewan undangan Negeri Sabah untuk persidangan bulan April. Apa kah usul itu akan diterima? sama-sama kita tunggu.Related Story sila klik

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels