28 April 2014

Selagi Tiada Kuasa 2/3: Persempadanan Pilihanraya Bakal Tidak Berlaku

Kerusi Parlimen akan tetap 222 pada PRU-14, sementara DUN 576  kecuali DUN Sarawak, atas sebab Sarawak mengadakan PRN berasingan.

Bagi kerusi Parlimen Sabah 25, Sarawak 31, manakala Semenanjung 163 dan 3 kerusi Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Pada PRU-13 lalu, kedudukan kerusi Sabah BN 22 PR 3; bagi Sarawak BN 27 PR 4  di Semenanjung BN 81 PR 82 bagi Wilayah pula BN 3 PR 0. Keputusan secara keseluruhan  kerusi BN 22+27+81+3=133; manakala PR 3+4+82=89. Dengan kedudukan itu, BN mempunyai kelebihan 44 kerusi.  Dilihat daripada jumlah kerusi, peratusan yang diperolehi BN adalah 59.91 peratus, walaupun daripada segi undi popular hanya 48 peratus. Sumbangan kerusi terbanyak diperolehi BN adalah daripada kawasan luar bandar, terutama daripada Sabah dan Sarawak, manakala undi popular PR disumbangkan oleh pengundi bandar; di mana kebanyakan kerusi yang dipertandingkan seolah-olah BN tidak memberi saingan.

Oleh kerana sistem pilihanraya negara berasaskan jumlah kerusi, bukan berasas undi popular, maka BN meneruskan kerajaan Persekutuan; yang diterajuinya sejak tahun 1957.

Melihat daripada segi pencapaian, kerusi PR meningkat 7 kerusi berbanding PRU-12, namun jika dilihat daripada pencapaian parti Umno  menambah 9 kerusi berbanding PRU-12. Parti PBB daripada Sarawak mengekalkan pencapaian 100 peratus sama dengan PRU-12. Kalau dilihat daripada segi  parti DAP merupakan parti yang mempunyai peratusan peningkatan tertinggi daripada segi kerusi, daripada 29 kepada 38-peningkatan 31.03 peratus.

Setiap PRU, kata orang setiap air bah maka sekali pantai berubah. Ertinya setiap PRU isu adalah berbeza. Pada PRU-14, sudah tentunya isunya juga akan berbeza, berbanding isu pada PRU yang lalu.

Tiada yang dapat meramal keputusan. Atas sebab, keadaan politik semasa sedang berubah, malah adapun yang sudah berubah. Jika PRU-13, isu di Sarawak misalnya berkisar pada kedudukan Ketua Menteri, kini isu itu sudah selesai; kerana Pehin Seri Taib Mahmud sudahpun melepaskan jawatan untuk menjadi Gabenor Sarawak. Sementara di Semenanjung, Johor, Melaka dan Kedah diterajui oleh MB yang baru; manakala penggantian bagi MB Terengganu dan Pahang akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Jika pada PRU-13, semangat para penyokong pembangkang begitu berkobar-kobar, kononnya mereka akan mampu merampas Putrajaya dan menobatkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7 negara,  Kini, keadaan pembangkang tidak lagi sekuat dahalu, atas sebab Anwar bakal tidak akan menjadi Perdana Menteri, atas sebab kesalahan jenayah dan dihukum 5 tahun penjara, di mana melarangnya menjadi wakil rakyat untuk tempoh 5 tahun selepas dibebaskan.  Selain itu, para pemimpin utama Pakatan Rakyat sudah dihujung senja, Dato Nik Aziz Nik Mat sudahpun berundur, Karpal Singh sudah menjadi mendiang dan yang tertinggal hanya Lim Kit Siang dan Dato Hadi Awang.

Pakatan Rakyat, tidak lagi mempunyai pemimpin yang boleh memberi command; yang menyebabkan kemerosotan daripada segi menarik pengundi atas pagar, di mana untuk dua PRU, memberi sokongan kepada tiga pakatan parti itu DAP-PKR-PAS.

Disebabkan persempadanan semula pilihanraya, tidak akan bakal berlaku pada penggal ini, maka kemungkinan besar itu akan menjadi salah satu isu pada PRU-14. Para pemimpin di kedua belah pihak akan cuba mengetengahkan isu itu kepada rakyat; selain isu-isu nasional lain. Manakala di peringkat negeri khususnya Sabah dan Sarawak, para pemimpin akan terus membangitkan isu-isu minyak dan gas, serta isu yang timbul dalam perjanjian pembentukan negara, terutama yang berkait rapat dengan perkara 20 di Sabah dan perkara 18 bagi Sarawak.  Masing-masing cuba menjuari isu-isu itu, untuk menarik sokongan rakyat.

Sokongan Sabah dan Sarawak merupakan sokongan vital kepada mana-mana parti yang mahu menduduki Putrajaya. Atas sebab itu, pada PRU-14 akan, masing-masing pihak akan mencatur, akan merangka strategi di mana strategi itu menarik sokongan daripada kedua negeri tersebut. Manakala di Semenanjung, akan tetap memperatahankan status quo keputusan PRU-12 dan PRU-13. 

Bermula daripada sekarang, mana-mana parti yang mahu sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, perlulah kembali kepada perjanjian awal pembentukan negara; perlu menghilangkan faktor-faktor yang menjadi duri dalam daging, agar keadaan kembali tenang seperti sediakala.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels