2 May 2014

Kontrak Minyak dan Gas: Sabah Tidak Perlu Syarikat Broker

APA yang sebenarnya betul adalah Sabah memberikan kontrak operasi minyak dan gas, bukan sebaliknya. Akan tetapi akibat ketimpangan PDA 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah ditandatangi pada tahun 1976, menyebabkan berlaku bahawa Sabah terpaksa menangih kontrak; di mana sepatutnya Sabahlah yang memberikan kontrak.

Sebenarnya pada masa pemerintahan Berjaya, telah ditubuhkan sebuah syarikat yang berurusan dengan operasi minyak dan gas; namun entah apa yang menyebabkan, bahawa anak syarikat yang berkait dengan operasi minyak dan gas telah dijual oleh syarikat itu. Atas penjualan itu, maka syarikat milik kerajaan Sabah itu, hanya beroperasi secara token yang hanya melibatkan 2juta isipadu gas sehari di kawasan KKIP.

Di zaman pemerintahan PBS, anak syarikat Yayasan Sabah Innoprise Sdn Bhd, pernah menubuhkan syarikat yang berfungsi untuk operasi minyak dan gas, namun syarikat itu gagal ditengah jalan, atas sebab, Petronas kurang memberi sokongan.

Kini, kerajaan Sabah dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu anak syarikat Bank Pembangunan Sabah(SDB) yang dipanggil M3Energy Sdn Bhd. Nama syarikat ini, disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ke-2 tahun 2014 yang berakhir pada minggu ke-2 April.

Tujuan pengwujudan syarikat ini, dikatakan untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas, dan kemudian kontrak-kontrak itu disub-kontrak dengan vendor-vendor tempatan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels