7 May 2014

Royalti Minyak 20 Persen: Sarawak Memohon Secara Rasmi

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak tahun 2014 yang bermula pada 5 Mei yang dirasmikan oleh Gabenor Baru, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bukan sahaja mencatat sejarah baru, atas sebab pada pesidangan kali ini, kerajaan Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri baru- Tan Sri Adnen Satem; tetapi pada persidangan semalam, satu usul yang dianggap 'mengejut" yang dibawa ADUN Semop Abdullah Saidol iaitu berkaitan semakan royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu oleh Petronas berkadar 5 peratus, agar supaya dinaikkan kepada 20 peratus.

Usul itu bukan sahaja menarik, atas sebab dibawa oleh wakil daripada PBB parti tunjang kepada kerajaan negeri, juga parti yang menang 100 peratus pada PRU-13 lalu. Usul ADUN Semop itu disokong ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan.

Usul itu bukan sahaja disokong sebulat suara oleh ADUN BN Sarawak, akan tetapi turut disokong ADUN Pembangkang. Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said yang turut menghadiri persidangan itu, usul itu mendapat sokongan sebulat suara.

Semalam dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh ADUN Semop, beliau memberitahu wartawan, bahawa selain usul supaya royalti minyak yang diterima Sarawak antara RM600-RM900 juta setahun berasaskan kadar 5 peratus dinaikan kepada 20 peratus, juga persidangan DUN itu juga sebulat suara agar kerajaan Persekutuan menambah Grant kepada Sarawak bagi maksud pembangunan.

Isu kenaikan royalti minyak bagi Sarawak, sebenarnya dibayangkan oleh Tan Sri Adenan Satem sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu menggantikan Pehin Sri Taib pada Mac lalu.

Kenyataan Adenan itu, juga merebak ke Sabah, apabila Speaker Dewan undangan Negeri Sabah Salleh Tun Said bersetuju dengan kenyataan itu. Akan tetapi, Sabah secara terbuka tidak menyatakan permintaannya, meskipun pada Persidangan Dun Sabah pada April, satu usul telah dibawa oleh ADUN Bingkor telah ditolak atas sebab teknikal.

Hari ini, Sallleh menulis diblognya memberi komen berhubung dengan usul yang diterima sebulat suara oleh ADUN Sarawak agar pihak persekutuan memahami aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan dengan royalti minyak. Salleh menulis "Realitinya, memohon kenaikan royalti bukan bererti `menentang' atau `berkonfrantasi' dengan Kerajaan Pusat. Ia adalah proses mengemukakan kehendak serta aspirasi rakyat di Sabah dan Sarawak.".

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels