14 June 2014

Apa Kah Menerima ADUN Pembangkang Suatu Langkah Bijak?

Sesuatu yang mungkin dilupakan oleh pemimpin politik, bahawa kemenangan seseorang calon pada suatu kawasan adalah kerana sokongan majoriti rakyat terhadap sesebuah parti di kawasan itu. Atas sebab itu, walaupun seseorang calon yang mewakili sesebuah parti tidaklah ternama; namun boleh juga menang dalam sesebuah pilihanraya.

Pada PRU-13 lalu, di Sabah misalnya, boleh dikatakan bahawa sebahagian besar kawasan DUN atau Parlimen yang dimenangi pembangkang bukanlah diwakili oleh calon-calon yang mempunyai nama dalam arena politik. Kemenangan mereka atas sebab parti yang mereka wakili.

Entah startegi siapa, menerima kemasukan atau menerima sokongan daripada ADUN yang menang itu; kononnya akan dapat menggambit sokongan rakyat yang menyokong mereka semasa pilihanraya. Memang secara moralnya, dalam jangka pendek, boleh mempengaruhi pengundi, namun secara jangka panjang; ianya tidak berimpak; kerana rakyat yang mengundi mereka itu; bukanlah kerana calon, akan tetapi atas sebab parti yang diwakili mereka.

Ambil contoh calon DAP DUN Likas, Junz Wong, sebenarnya OKB tidak pernah mendengar siapa sebenarnya calon itu; malah sebahagian besar pengundi Likaspun tidak mengenali siapa calon itu. Demikian juga calon Parlimen Sandakan, calon ADUN Sri Tanjung, Tawau, calon DUN Kedamaian.

Selepas sahaja PRU-13 mei 2013; tiga ADUN Pembangkang meninggalkan parti yang diwakili mereka dan mengistiharkan ADUN mesra BN. Di pihak ADUN itu, mereka menyatakan mereka keluar parti yang diwakili mereka, demi rakyat di kawasan yang diwakilinya; namun sebenarnya niat mereka; bukanlah demikian; sebaliknya adalah untuk mengejar peruntukan daripada kerajaan, demi kepentingan diri sendiri. Rakyat yang mengundi mereka, tahu alasan mereka keluar. berasaskan persepsi itu; jika BN yang gembira kerana kononnya menerima sokongan daripada ADUN bekas ahli parti pembangkang jika tidak berhati-hati; maka akan terabui dengan tindakan itu. Sampai masa pilihanraya umum, kawasan yang dimenangi pembangkang itu; tetap sahaja dimenangi parti lawan; walaupun peruntukan diberikan melalui ADUN yang mengistiharkan diri mereka sebagai ADUN mesra BN. 

Cerita panas masa ini, adalah berkaitan dengan ADUN Luyang Hiew King Chieu; ADUN DAP yang keluar daripada parti itu; yang pada mulanya mengistiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan minggu lepas dikatakan diterima oleh parti MCA.

Protes awal dinyatakan oleh parti PBS, melalui Presidennya Tan Sri Pairin Kitingan; kononya cara menerima Hiew itu tidak berasaskan konsesus parti komponen Bn. Selepas itu; Timbalan Presiden LDP menyuarakan pendiriannya bahawa cara itu juga bukan berasaskan kepada konsesus.

Melihat kepada keadaan itu, terbukti menerima ADUN pembangkang sebagai ahli parti komponen Bn, bukan mendatangkan kebaikan kepada Bn, malah mengundang perbalahan. Perbalahan boleh mengundang kepada kekalahan; inilah yang berlaku pada calon DAP bagi Teluk Intan pada 31 mei lalu.

Kemasukan Hiew melalui MCA bagi DUN Luyang; kalau dilihat daripada pendekatan politik secara luaran, memang positif; namun kalau dilihat daripada rakyat yang mengundi; ianya tidak berimpak apa-apa. Kawasan itu; tetap menjadi kawasan DAP setidak-tidak dalam masa 10 tahun akan datang; kecualilah jika berlaku persempadan baru.

Bagi OKB, 12 kawasan yang dimenangi Pembangkang pada PRU-13 lalu, hanya DUN Klias, Kedamaian dan Matunggong boleh dimenangi semula; manakala kawasan-kawasan lain bakal terus dimenangi parti-parti pembangkang.Malah Dun Kiulu, dan Tambunan adalah kawasan berisko besar akan jatuh ke tangan pembangkang.

Sayogianya, pendekatan yang paling jitu bagi Bn Sabah, adalah menumpukan pembelaan kepada rakyat di mana komponen Bn itu menang; bukannya terpengaruh dengan sokongan mantan-mantan ADUN Pembangkang.

8 June 2014

Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia, Penghasut Wajar Dikenakan Tindakan Tegas: Rahman

KOTA BELUD Sabtu, 7 Jun 2014 - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar dari Malaysia. 

Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Setiausaha BN Sabah itu berkata perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius. 

"Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak 'posting' di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.

"Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan
Peringkat Mukim Timbang di Rumah Kebudayaan Tobilung dekat sini hari ini. 

Beliau berkata oleh itu, semua posting di media sosial yang mengandungi unsur hasutan mesti disiasat dan diambil tindakan segera kerana dikhuatiri akan menjadi lumrah selain boleh mengelirukan serta mempengaruhi pemikiran rakyat.

Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa. 

Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya. 

Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. 

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata kawasan parlimen berkenaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agama bagi mempertingkat interaksi dalam kalangan pemimpin pelbagai agama dan kaum. 

Beliau menyarankan agar perjumpaan pemimpin agama di kawasan parlimen itu diadakan selepas Hari Raya Puasa bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan ditubuh. - Bernama

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels