31 August 2014

Muhiyiddin Kagum Pembangunan Sabah Di Bawah Musa

TIMBALAN PERDANA MENTERI Tan Sri Muhiyiddin Yassin kagum pembangunan Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Bahagian Umno Beaufort pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan kekaguman beliau itu di depan para perwakilan Umno Bahagian itu. Musa juga turut hadir dalam mesyuarat itu.

Semenjak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, bukan sahaja beliau berjaya mengetuai tiga pilihanraya umum, juga pembangunan Sabah begitu rancak, sehingga beliau dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Pendapatan Sabah terus meningkat, pembangunan di seluruh kawasan juga meningkat; di samping peningkatan bajet tahunan Sabah terus membuat rekod. 

Selain itu usaha pembasmian kemiskian terus giat dilakukan sehingga kadar kemiskinan menurun kepada satu digit pada tahun 2012.

Pelaburan asing yang masuk ke negeri terus meningkat daripada kurang RM1 bilion tahun 2010 kepada RM3.5 bilion tahun 2013.

Kestabilan politik baik dalam Umno mahupun komponen BN terus terpelihara, atas sebab itu semua pemimpin dan wakil-wakil rakyat mempunyai masa yang cukup untuk merancang membela rakyat.

Sabah dari masa merdeka tahun 1963, tidak lekang dengan pergolakan politik. Menurut pengalaman Sabah, setiap 9 tahun ada pergolakan politik; juga ada pergantian kepimpinan negeri. Musa adalah satu-satunya Ketua Menteri yang melepasi jinx 9 tahun.

Mengapa Musa dapat terus bertahan? sebabnya kepimpinan beliau yang dinamik, tingkat kesetiakawanan beliau yang cukup tinggi; sehingga jarang orang melihat kepada kekurangan beliau, malah yang terlihat adalah kebaikan beliau.

Selain itu Musa adalah seorang yang berpendirian teguh, tidak mampu tergoyahkan dengan sebarang isu kerana beliau yakin dan tahu bahawa tindakan yang beliau lakukan adalah untuk rakyat.

Walaupun TPM tidak menyatakan kekaguman terhadap kepimpinan Musa, rakyat Sabah tahu, atas sebab itu dalam tiga PRU lalu, Sabah membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri; selain penyumbang ramai MP untuk kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels