21 December 2014

IMPAK NEGATIF IBRAHIM ALI PADA BN SABAH DAN SARAWAK

PEMBANGKITAN isu AGAMA DAN MELAYU oleh Ibrahim Ali dan Perkasa MUNGKIN BERIMPAK POSTIF kepada Umno Semenanjung, tetapi berimpak negatif terhadap parti Komponen Bn lain, selain terhadap Sabah dan Sarawak.

Sarawak sudah terkena tempias itu pada PRN negeri itu pada tahun 2011, demikian juga semasa Pilihanraya parlimen pada tahun 2013.

Sabah juga demikian, terkena tempiasan pada PRU-13, di mana untuk pertama kalinya selepas tahun 2004, Bn Sabah kalah sedozen kawasan DUN dan Pembangkang menambah kerusi untuk Parlimen.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen dipertandingkan. Daripada jumlah itu BN menang 85 kerusi. Ironinya, jumlah yang dimenangi untuk tahun 2008 dan 2013 identical, meskipun Umno menambah 8 kerusi di wilayah itu. Apa yang berlaku adalah Umno menambah kerusi, akan tetapi komponen Bn seperti MCA dan Gerakan kehilangan kerusi yang sangat signifikan. 

Pada PRU-14 akan datang, Komponen BN akan kehilangan banyak kerusi lagi, terutama komponen Parti yang berasaskan bukan islam. MCA diperkirakan akan kehilangan banyak kerusi, diikuti parti Gerakan, sementara MIC mungkin menang 1 atau 2 kerusi.

Kerusi BN untuk Sabah dan Sarawak masih mungkin boleh dipertahankan, atas sebab dua negeri itu boleh bertindak mengenepikan dakwaan Ibrahim Ali dan Perkasa melalui pengharaman kumpulan Ngo itu, selain menghalang kemasukan Presiden Ngo itu ke negeri-negeri itu.

Tindakan ekstrim Perkasa langsung tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pembangkitan isu-isu ekstrim berkaitan agama dan ketuanan melayu, berimpak negatif terhadap kerharmonian beragama di Sabah dan Sarawak.

Salah seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pernah memberi kenyataan bahawa tindak tanduk Perkasa dan Isma hanya mendatangkan impak negatif dari segi politik kepada Sabah dan Sarawak. Sebabnya, sejak merdeka masalah agama bukan masalah pokok di dua negeri itu. Malah di awal kemerdekaan, Sabah tidak mempunyai agama rasmi.

Pada Mesyuarat Tahun Ngo ekstrim melayu itu minggu lepas telah memberi amaran kepada 5 pemimpin Umno antara lain kepada Salleh Said Keruak agar tidak mencampuri tindak taduk Perkasa dan ISMA.


Sebenarnya Salleh tidak pernah mencampuri urusan Perkasa, malah satu ketika pernah merasmikan Protem Ngo itu di Sabah. Namun tindakan ekstrim Ngo itu terutama Presidennya, yang hanya bermatalamat menjual bangsanya dan agamanya untuk kepentingan tertentu. 

Salleh sebagai ahli politik yang berpandangan jauh memberi pandangan bahawa tindak tanduk Perkasa boleh mengancam keharmonian beragama dan hubungan sosial antara penduduk di Sabah dan Sarawak.

Tiada kesilapan berkaitan kenyataan Salleh itu, malah selepas itu, Ketua Menteri Sarawak juga pernah berkata bahawa tindak tanduk Perkasa tidak boleh menyebar di bumi kenyalang.

Adalah belum terlambat bagi Sabah dan Sarawak, bertindak berkaitan kehadiran kumpulan Ngo ekstrim itu di dua negeri itu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels