31 January 2015

Dilema Bumiputera Islam Sabah

ADA dua dilema buniputera islam Sabah. Pertama daripada segi kepimpinan dan Kedua semasa sudah membentuk kerajaan.

Sebelum persempadanan DUN Sabah kepada 60 Dun, Bumiputera islam bergantung samada sokongan kaum cina atau kdm jika mahu membentuk kerajaan.

Semasa Usno memerintah, Bumiputera islam mendapat sokongan kaum cina. Selepas itu berjaya, pada awal awal kemenangan bersatulah KDM dan kaum cina, memang ada wakil rakyat islam seperti Tan Sri Harris Salleh, tetapi mewakili kawasan KDM, Tenom. Faktor kemenangan Parti Berjaya atas sebab dipimpin oleh Tun Fuad Stephens.

Selepas kematian Fuad, Harris dilantik Ketua Menteri. Tahun 1985, sekali lagi keadaan semasa menjatuhkan Usno tahun 1976 berulang. Kaum KDM dan cina berpakat melalui PBS, maka tumbanglah berjaya.

Bumiputera islam, bukan islam dan cina sukar disatukan semasa kerajaan PBS, meskipun mengikut parti semua parti merupakan komponen Bn di peringkat pusat.

Bumiputera islam yang dipinggirkan sejak tahun 1976, bertindak melalui berbagai cara, namun gagal kerana tidak dapat bermufakat. Parti Usno yang secara zahirnya mendapat sokongan bumiputera islam, akan tetapi mempunyai masalah menyatukan para pemimpin islam. Akhirnya, setiap pilihanraya, tidak mampu menang, walaupun kawasan-kawasan majoriti islam dimenangi parti itu.

Tahun 1989, semasa pilihanraya kecil Ranau, di mana Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Mark Koding bertanding atas tikit parti baru AKAR, namun tidak mendapat sokongan parti Usno dan pemimpinnya, sedangkan penggerak utama Akar adalah pemimpin islam. Dispekulasikan, jika Mark menang, disitulah PBS pimpinan Datuk Pairin akan tumbang, kerana mengambil iktibar kemenangan Presiden PBS itu semasa PRK Tambunan tahun 1984.

Parti yang disokong bumiputera islam, tidak dapat membaca kehendak parti Akar, pada PRN Sabah tahun 1990, Parti Akar terpaksa bertembung dengan Usno, akhirnya pada kawasan-kawasan yang sepatutnya PBS kalah, akan tetapi mampu dimenangi parti itu, kerana perpecahan undi antara Akar dan Usno.

Ditakdirkan selepas PRN, maka menyusul PRU-peringkat Parlimen, berlakulah tikam belakang, di mana PBS keluar Bn diambang pembuangan undi untuk bergabung dengan Barisan Alternatif di bawah pimpinan Tengku Razalegh Hamzah, pakatan antara S-46, DAP dan Pas.

Ekoran tikam belakang itu, maka Usno meminta Umno masuk, sebagai ganti kepada Usno. Apabila Umno masuk tahun 1991, maka terbentuklah Bn Sabah - Umno-Akar-LDP.

Pada PRN tahun 1994, Bn Sabah berdepan dengan PBS, di mana keputusannnya Bn 23 dan PBS 25. Tidak lama kemudian, Bn mengambil alih kerajaan Negeri, ekoran dua ADUN PBS Datuk Robin Balang (Kemabong) dan Datuk Lajim Ukin (Klias) menyertai Umno.

Penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan. Bermula daripada Tun Sakaran Dandai- Datuk Salleh Tun Said- Datuk Yong Teck Lee- Tan Sri Bernard Giluk Dompok- Datuk Osu Sukam- Tan Sri Chong Kah Kiat- Datuk Musa Haji Aman.

Sembilan tahun diperlukan untuk menstabilkan politik Sabah. Kestabilan politik benar-benar berlaku apabila Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri, dimana parti yang diwakilinya hanya mewakili satu kerusi Dun, iaitu DUN Tanjong Kapor.

Dalam masa sembilan tahun, belum menampakan kaum mana yang menonjol, atau pemimpin mana yang menonjol, kerana period itu adalah masa-masa peralihan.

Tahun 2004, selepas PRU, dimana untuk pertama kali, piliahanraya Sabah serentak dengan pusat, Bn Sabah menang 59 kerusi Dun dan 24 Parlimen (melalui persempadan semula, dan PBS sudah menyertai semula Bn pada tahun 2002 semasa Kah Kiat). 

Selepas PRU itu, semua komponen parti Bn sepakat, bahawa sistem penggiliran Ketua Menteri dimansuhkan, dan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi bersetuju.

Semasa PRU 2004 itu, di mana Musa sebagai Pengerusi Bn Sabah merangkap Pengarah Pilihanraya negeri, telah memperkenalkan muka-muka baru. 

Tahun 2008, yang dipanggil PRU-12, semasa berlaku tsunami politik di Semenanjung, akan tetapi tidak merebak di Sabah, walaupun tiga pemimpin veteran Bn atau Umno tidak dicalonkan. Akan tetapi, pucuk pimpinan negeri cepat bertindak, bahawa tiga pemimpin veteran yang digugurkan itu merupakan sebahagian penggerak utama kempen berganding bahu dengan Pengarah Pilihanraya negeri. Hasilnya, keputusan tahun 2004 berulang, Bn Sabah menang 59 DUN dan 24 Parlimen.

Musa bertindak bijak, tidak semestinya seseorang yang tidak bertanding itu tidak mempunyai tempat. Tan Sri Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, Datuk Salleh Tun Said dilantik sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri berstatus Menteri dan Datuk Amir Kahar dilantik Pengerusi sebuah GLC Negeri. Selepas itu Salleh dilantik sebagai Speaker DUN Sabah hingga kini. Demikian juga Tan Sri Pandikar, masih merupakan Speaker Dewan Rakyat.

Pada PRU-13, yang mendapat jolokan Ibu kepada Semua Pilihanraya di negara ini, Salleh bertanding semula di Dun Usukan. Memang, PRU-13 sah sebagai Ibu kepada PRU, kerana Bn Sabah kalah 12 DUN (11 Dun kawasan KDM dan Cina dan satu kawasan islam), walaupun Sabah adalah simpanan tetap Bn. Sementara parlimen satu kawasan cina-iaitu Sandakan, di mana Presiden LDP tewas, dan satu kawasan KDM-Penampang, di mana Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok juga tewas. Untuk pertama kali, kawasan Penampang ditawan sepenuhnya oleh pembangkang, kerana semua DUN juga dimenangi pembangkang.

Meskipun keputusan PRU-13 itu begitu mencekam, namun ada pemimpin-pemimpin Bn Sabah terutama daripada Umno, gagal membaca keadaan itu. Sebabnya, pada 10 Julai 2014, lapan Ketua Bahagian Umno yang diketuai MP Sepanggar Datuk Jumat Idris, cuba melakukan tindakan "blunder" melalui berbagai dakwaan terhadap kempimpina negeri yang diketuai Datuk Musa.

Jumat meneruskan tindakannya itu, melalui dakwaan-dakwaan atau tuduhan-tuduhan tidak berasas melalui media sosial atau kedai-kedai kopi, kadangkala melalui media bercetak, di mana tindakannya hampir sama dengan tindak tanduk Datuk Lajim Ukin sebelum ADUN Klias itu keluar daripada Umno tahun 2012.

Dilema kepimpinan bumiputera islam Sabah berulang, yang mana, berlakunya niat atau tindakan menjatuhkan kepimpinan, tidak kurang juga, kepimpinan bumiputera islam yang mendapat jawatan, akan tetapi melupakan amanah dan tanggungjawab. 

Keadaan kedua ini, berlaku apabila ada pemimpin sudah melupakan visi asal, itu membela bumiputera islam yang tertindas sejak tahun 1976. Mereka mengulangi kealfaan mereka, dengan menganak tirikan bumiputera islam, dalam semua aspek. Mereka lebih berat kepada pembelaan kaum lain, yang bukan penyokong utama mereka untuk mendapat kuasa.

Musa sebagai Ketua Menteri hanya berkuasa dalam negeri, akan tetapi tiada kuasa berhubungan dengan peruntukan daripada persekutuan yang dikawal oleh menteri-menteri persekutuan dan jabatan-jabatan persekutuan. Peruntukan Parlimen misalnya, adalah daripada kerajaan persekutuan.

Sabah hanya diwakili dua menteri dan tiga Timbalan Menteri beragama islam, namun tindakan mereka nampak sangat membela kawasan bukan islam; mungkin strategi mereka, mahu mendapatkan sokongan daripada kawasan-kawasan itu. Ingatlah, hanya kaum atau agama sendiri sahaja akan menyokong untuk mempertahankan kuasa yang ada ditangan.

Para menteri daripada Sabah yang bukan islam, 90 peratus peruntukan mereka, memang dibelanjakan di kawasan-kawasan mereka, apabila ditambah dengan peruntukan daripada menteri beragama islam, bukan sahaja kawasan-kawasan itu mendapat 100 peratus, malah lebih daripada itu.

Sungguh tidak adil kepada bumiputera islam, apabila sokongan mereka tidak mendapat balasan, sebaliknya, kawasan di mana sokongan tidak diperoleh semasa PRU, akan tetapi mendapat pembelaan, sehingga timbul istilah, anak dipangkuan dibiarkan, kera dihutan disusukan. Salah satu, contoh ada wakil parlimen memberi kos kepada rakyat bukan beragama islam untuk ke Rome untuk menunaikan kehendak agama, namun enggan memberikan kos serupa bagi rakyat seagama denganya untuk ke mekah.(siapa makan lada terasa pedasnya).

Pemimpin Bumiputera islam yang mendapat peluang lebih mengutamakan lifestyle, sehingga menimbulkan berbagai persangka dan memualkan. Usaha Ketua Menteri (Datuk Musa) untuk meneutralkan keadaan, terbantut, kerana hanya beliau sahaja yang bersikap sederhana, walaupun sebelum menjadi pemimpin negeri, sudah berkeadaan mewah, kerana beliau seorang peniaga yang berjaya.

Bayangkan, seseorang yang mendapat kedudukan Menteri, di mana latar belakangnya, tidak mendokong lifstylenya, kini, bagaikan Adenan Kashogi, senantiasa tinggal di Hotel lima bintang, bukan dirinya sahaja akan tetapi termasuk pencacainya. Orang-orang disekelilingnya daripada pejalan kaki, kini berkereta mewah model terkini, sedangkan mereka-mereka itu, tidak pernah kelihatan semasa BN Sabah ditubuhkan pada tahun 1991, namun yang sedihnya sebahagian daripada mereka itu, berada di pihak lawan, semasa penyokong tegar Bn Sabah mula merangkak mengambil alih kerajaan negeri. Fikir-fikitkan lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels