7 February 2015

Industri Biomas Akan Wujud Di Sabah-60,000 Peluang Perkerjaan Akan Diwujudkan

TENAGA Boleh Diperbaharui- Biomas, hanya dilancarkan pada Tahun 2011. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif.

Sabah dengan kawasan yang luas, tanaman pertanian yang luas, bekas pembalakan yang luas, lautan yang luas, berpontesi pengembangan industri seperti ini. 

Semalam dilaporkan, bahawa satu mesyuarat kali pertama dilakukan, untuk meneroka industri baru ini di Sabah. Jika terwujudnya industri seumpama, peluang pekerajaan sebanyak 60,000 bakal diwujudkan

Apa itu Tenaga Biomas?

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini akan membincangkan topik ini.

Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.

Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata. Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam. Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia. Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass. Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.

Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol 

Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil utamanya ialah etanol atau metanol.

Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis 

Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau sur bahan kimia. 

Pencernaan anaerobik 

Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana dan karbon dioksida.

Industri Biomas, merupakan salah satu jawapan kepada pengangguran. Percepatlah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels