3 February 2015

Musa Bagaikan Angsa Bertelur Emas- Kenapa Mahu Dibunuh?

HANYA cemburu dan irihati sahaja yang boleh menjadi faktor mengapa ada pemimpin Umno mahu Musa letak jawatan atau perlu diganti. 

Tindakan mereka itu, hanya membantu pihak pembangkang, yang sememangnya tidak mahu seseorang yang boleh memajukan negeri, kerana mereka ketandusan idea bagaimana mengatasi sesuatu kemajuan dan pembelaan kepada rakyat yang sedang dan akan berjalan.

Pembangkang sebenarnya tiada alternatif untuk dikemukakan kepada rakyat, mereka hanya mampu membuat dakwaan palsu atau dakwaan yang direka-reka. Namun, tindakan mereka itu cepat disadari rakyat, atas sebab itu, walaupun sepanjang masa, pembangkang berpolitik dengan berbagai putar belit dan janji-janji retorik, akan tetapi bila sampai Piliahanraya, calon-calon mereka ditolak oleh rakyat.

Musa sebagai Ketua Menteri, sangat mudah menjadi sasaran para pembangkang, kerana beliau tidak suka melatah, jarang membuka mulut, sebaliknya beliau hanya tertumpu kepada memajukan negeri, agar supaya mampu mengejar ketinggalan yang sebegitu jauh, kerana akibat politiking yang bermula sejak merdeka.

Sebenarnya, pembangunan Sabah hanya bermula tahun 2003, sementara tempoh 40 tahun hilang begitu sahaja, dan apa yang paling malang, tempoh masa 40 tahun menjadikan Sabah termiskin di negara ini.

Sejak Musa menerajui Sabah, kadar kemiskinan daripada double digit, turun kepada single digit, malah pada masa ini berkeadaan sedang menurun.

Bajet Sabah meningkat, malah dua kali berada di atas RM4bilion, angka itupun merupakan rekod, simpanan kewangan negeri meningkat keparas RM3.2 bilion, dimana tidak pernah berlaku sebelum ini, kadar pembangunan di seluruh pelosok negeri rancak, projek-projek yang membuka peluang pekerjaan rancak berjalan, pembangunan bagi keperluan lifestyle seperti komplkes belah belah sedang dan akan dibuka. Terbaharu Kompleks belah Oceanus, kompleks belah bermutu lifstyle.

Pengurusan kewangan negeri, selama sedekad mendapat clean bill daripada Ketua Audit negara. Atas sebab itu FDI terus meningkat. Pada tahun 2014, FDI berjumlah lebih RM13 bilion dicatatkan, satu pencapaian luar biasa.

FDI masuk, kerana pengurusan kewangan negeri yang mendapat rating triple A daripada Agensi penarapan Kewangan antarabangsa.

Meskipun Musa mendapat tomahan dan dakwaan daripada pemimpin Umno terutama daripada Ketua bahagian Umno Sepanggar-Datuk Jumat Idris, beliau tidak pernah bersuara, apakah membidas atau membuat dakwaan kepada MP Sepanggar itu. Musa benar-benar bersifat gentlemen dan bersifat seperti kebapaan, Jarang ada pemimpin yang sedemikian. Tahniah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels