6 February 2015

Sudah Gembirakah Pengundi Kota Belud?

DENGAN yakin, Menteri itu kata, semasa tempoh masa berjawatan Menteri, beliau akan gembirakan pengundinya. Bukan gembira kerana banyak duit, tetapi gembira kerana adanya kemudahan awam, yang bakal dinikamti.

Kemudahan awam itu, adalah jalan raya yang tidak sesak, adanya tempat berniaga yang selesa, kawasan yang bersih, taman-taman yang indah, serta kemudahan-mudahan berreadah. Juga, bagi generasi muda yang bakal memilki rumah, akan punya peluang mendapat rumah, kerana bakal dibina ratusan unit rumah.

Pengundi gembira kerana penyebab banjir, akan di atasi, kemudahan asas akan dipenuhi, malah kemudahan internet juga bakal tersedia. Yang jelas semua itu, disediakan untuk menjadikan pengundi gembira.

Telah tujuh tahun, BALB Kota Belud tidak siap-siap, bukan salah wakil rakyat, akan tetapi salah pelaksana, para pegawai yang hanya mempunyai kuasa mengikut peraturan, tidak dapat menyelesaikan tugasan di luar bidang kuasa mereka. Maka, berlakulah tarik tali, saling melepaskan tanggungjawab itu, kerana satu kegagalan yang sepatutnya sudah dijangka.

Dua tahun, memang masa yang singkat, atas sebab itu, belum ada perubahan fizikal yang boleh membuatkan pengundi/rakyat gembira. Pembangunan perlu masa, pembangunan yang sudah dirancang? perlu kewangan, atas sebab itu, lambat muncul, akan tetapi, yang paling cepat berubah adalah keadaan perancang itu bersama kabilanya, macam mereka itu mempunyai lampu alladin untuk mencipta perbezaan, yang menyebab para anggota kabila itu cukup gembira.

Tak apa, biar kabila dulu yang gembira, nanti berikutnya pengundi/rakyat yang gembira. Mengapa kabila didahulukan, sebab menunjang kemenangan sangat menteri, kerana para kabila itu penyebab sang menteri dapat jawatan, kerana menang dalam pilihanraya, dan menjadi wakil rakyat.

Kemenangan sang menteri semata-mata kerana faktor kabila, bukannya atas nama parti, atas sebab itu, kepentingan anggota kabila perlu didahulukan dan diutamakan, walaupun ianya berimpak negatif ke atas parti, itu tidak penting, yang paling penting anggota kabila mesti gembira, perlu gembira, kerana jika tidak, maka tidak akan mampu menjadi penglipurlara.

Janji tidak semestinya ditepati, itu belakang kira, Janji akan diulang nanti dengan tokok tambah yang menyedapkan telinga. Taulah bagaimana memutarnya kerana sang menteri yang petah berhujah, petah bercakap, semuanya akan beres apabila tiba masanya. Kalau ada yang degil juga, tahulah caranya, setiap penyakit ada ubat, yang paling penting, sangat menteri sanggup beri kos untuk beli ubat. 

Dalam politik yang paling penting adalah popular (thinking big numbers), pengundi bagi kawasan (small numbers) mudah dikawtim. Itulah dalam benak sang menteri. Masa Datuk Harris Salleh berdepan dengan PRN Sabah tahun 1985, dibenak mantan Ketua Menteri Sabah itu, sama juga, everything can be bought, malang bukan, pengundi Tenom tidak terkesan dengan power $$, akan tetapi terkesan dengan dendam yang berbuku.

Pengundi Kota Belud, ibarat api dalam sekam, terbukti pada PRU-13 lalu, DUN Kedamaian menjadi mangsa, malah Bn yang super dalam semua bidang, terkial-kial juga berdepan dengan calon-calon pembangkang yang entah daripada mana.

Kalaulah bukan kerana parti, kerana Ketua kerajaan baik negeri/pusat dan ketua parti setempat, tidak dapat dibayangkan jika calon Bn parlimen Kota Belud kecundang. Sebenarnya, Menteri itu tahu betul, penyebab-penyebab itu, akan tetapi kejadian silam tidak jadi panduan, akan tetapi terus berulang. Sesuatu perlu dilakukan, terutama oleh pimpinan Umno Kota Belud. Jangan sampai calon umno kalah di kawasan anak sulung Umno.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels