24 April 2015

Ketaksuban Agama Jangan Merebak Ke Sabah: Musa

1. Ketaksuban agama, tidak boleh merebak ke Sabah. Sebabnya Sabah yang mempunyai lebih 32 sukuan, berbagai adat resam dan agama, ketaksuban agama boleh menghancurkan keharmonian antara kaum.

2. Kelajuan informasi masa kini, tindakan ketaksubaan agama yang berlaku di kawasan lain di Malaysia, begitu cepat diketahui. Walaupun bukan berlaku di Sabah, sedikit sebanyak dapat mempengaruhi emosi penganut-penganut agama yang merasakan ditindas.

3.Kehancuran keharmonian berbilang kaum seperti Malaysia amnya dan Sabah khasnya, akan mudah dihacurkan, jika diperapi dengan kepercayaan. Kerana agama, sesebuah negara boleh hancur, seperti mana belaku di Bosnia.

7. Persengkatan agama, jika tidak dibendung, boleh menjadi seperti api dalam sekam, menunggu untuk menyala besar. Atas sebab itu, ketaksuban beragama perlu dihindarkan terutama negeri seperti Sabah.

8. Perbalahan berkaitan penggunaan nama "ALLAH" masih segar, kerana hanya berlaku ketegangan berkenaan kalimah itu pada tahun 2011, namun kini, tindakan menurunkan SALIB di Taman Medan, Selangor menjadi katalis kepada persengkatan agama.

9. Kejadian di Taman Medan itu, walaupun bukanlah isu besar, akan tetapi kuasa maklumat yang cepat, ianya menjadi viral, bukan sahaja di ketahui di seluruh negara, malah dunia.

10. Kejadian di Taman Medan, Selangor walaupun diselesaikan dengan baik, namun ekoran ada pihak-pihak politik yang ikut campur, akhirnya isu yang sudah selesai tersebut, menjadi isu besar pula.

11. Pihak-pihak tertentu, perlu mengambil iktibar daripada kejadian itu, walaupun ianya perkara kecil, akan tetapi kerana saluran maklumat yang begitu cepat, dengan tokok tambah yang menggambit emosi, perkara kecil menjadi besar.

12. Pihak pembangkang, hanya menunggu masa, apa sahaja yang isu yang berimpak negatif kepada kerajaan, sudah tentu diapi-apikan agar supaya menggambarkan bahawa kerajaan tiada keupayaan mengurus negara.

13. Ketua Menteri Sabah yang sedang melakukan lawatan kerja ke London, terpaksa mengeluarkan kenyataan, bahawa di Malaysia, sebenarnya tiada ruang ketaksuban agama. Menurut Ketua Menteri Sabah itu " Kami di Sabah tidak mahu mana-mana paparan ketiadaan toleransi agama di negeri kita yang harmoni ini" Kenyataan Datuk Musa menjadi tajuk utama surat khabar tempat pada Jumaat.

20 April 2015

Satu Lagi Kejayan Musa: Hubungan Kerajaan Negeri-Pusat Semakin Kukuh

1. Sejak Datuk Musa Aman menjadi Ketua Menteri, hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan semakin kukuh. 

2. Musa yang berkhidmat untuk tiga Perdana Menteri, bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada rakyat juga daripada tiga Perdana Menteri.

4. Musa juga pernah bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti, malah mendapat undi kedua tertinggi daripada semua yang bertanding.

5. Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada Tahun 2003, telah mengetuai BN Sabah untuk tiga PRU, dan kesemuanya mencapai kejayaan cemerlang, sehingga Perdana Menteri ke-6 memberi jolokan kepada Sabah sebagai simpanan tetap Barisan Nasional.

6. Pada persidangan DUN Sabah yang berakhir pada 16 April, Dun tersebut diberitahu, bahawa pada dasarnya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju menyemak semula bayaran grant kepala kepada Sabah yang berkisar pada angka RM 100 perkepala setahun kepada satu angka yang munasabah, agar supaya Sabah mendapat peruntukan yang mencukupi bagi mengejar ketinggalan dalam segi pembangunan.

7. Grant perkapita yang diberikan pada Sabah berlegar-legar pada angka RM26 juta setahun, kerana asas kepada grant itu adalah jumlah rakyat Sabah.

8. Musa memilih pendekatan "eye to eye" dengan pemimpin pusat, untuk mendapatkan sesuatu untuk rakyat Sabah. Beliau tidak gemar mengambil jalan berkrofantasi, sebaliknya, senantiasa melalui perbincangan dalam keadaan menang-menang.

17 April 2015

Perbalahan Tun Dr Mahathir- DS Najib: Pemimpin Sabah Sudah Buat Keputusan

1. Para pemimpin Sabah khususnya daripada parti Umno berterima kasih kepada mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana atas kapasiti beliau sebagai Presiden parti telah memberi peluang parti itu berkembang ke Sabah pada tahun 1991.

2. Para pemimpin Umno Sabah sudah memenuhi obligasi dengan berkerja keras dan menyokong penuh kepimpinan beliau sehingga bersara pada oktober Tahun 2003.

3. Para pemimpin Umno Sabah, terus menyokong Presiden Parti, baik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemudian kepada Dato Seri Najib Razak.

4. Pada persidangan Umno bahagian-bahagian Sabah tahun 2014, sebulat suara semua ketua bahagian bersetuju berketuakan satu, diperingkat negeri berketuakan Pengerusi Umno Negeri, dan di peringkat Nasional berketuakan Presiden Parti.

5. Para pemimpin Umno Sabah setia pada pemimpin parti, dan sokongan itu bukan lakonan akan tetapi diberikan secara ikhlas.

6. Dalam keadaan perbalahan antara DS Najib dan mantan Perdana Menteri, para pemimpin Umno Sabah secara terang dan jelas sudah menyatakan akan terus berdiri teguh dibelakang Presiden dan Perdana Menteri.

7. Para pemimpin Umno Sabah dan juga rakyat sangat terhutang budi kepada DS Najib, walaupun hanya enam tahun menjawat jawatan Perdana Menteri, akan tetapi sumbangan beliau kepada Sabah melampui sumbangan mantan Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun.

8. Siapa yang tidak sayang Tun Dr Mahathir, siapa yang tidak hormat, akan tetapi, kini era DS Najib. Beliau dipilih oleh parti menjadi Presiden, kemudian rakyat memilih beliau menjadi Perdana Menteri.

9. Masing-masing pemimpin mempunyai gayanya sendiri, demikian juga Najib mempunyai gaya tersendiri. 

10. Jika berlaku perbalahan, hanya kerana suatu keinginan atau hasrat yang tidak dapat dipenuhi, para pemimpin Umno dan rakyat Sabah, sebenarnya kalau boleh tidak ingin ikut campur. Akan tetapi, sebagai penyokong, perlu membuat keputusan walaupun pedih.

Sabah Bakal Jadi Pengeluar Udang Terbesar Di Malaysia

1.SABAH memang diklasifikasikan sebagai negeri yang masih miskin, sebabnya rakyat yang masih berada dalam kategori miskin masih ditahap 8 peratus, berbanding kadar kemiskinan kebangsaaan 1 peratus.

2. Kawasan yang luas, kurangnya infrastruktur, tidak meratanya penempatan penduduk, dan kurangnya industri serta aktiviti ekonomi merupakan punca mengapa Sabah lambat membangun. Selain itu, kerapnya berubah-ubah kerajaan, juga menyumbang kepada kadar kemiskinan.

3. Bayangkan pada awal tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya sedikit di atas RM100juta. Dengan jumlah wang seumpama itu, adalah sukar bagi sesebuah negeri untuk maju. Kekurangan simpanan kewangan itu, atas sebab sedikitnya sumber pendapatan negeri. Pendapatan negeri selain bersumber daripada hasil bumi juga kutipan percukaian.

4. Sebaik sahaja Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri pada penggal pertama Tahun 2003, beliau memperkenalkan program jangka panjang- HalaTuju Sabah.Selepas sedekad, bukan sahaja kewangan negeri meningkat, akan tetapi bajet kerajaan negeri juga meningkat, malah mencipta rekod.

5. Jawapan kepada kemiskinan adalah pengwujudan aktiviti ekonomi. Atas sebab itu, berbagai kegiatan ekonomi dirancang, antara lain pelancongan, pertanian, perikanan, industri pembuatan, minyak dan gas serta pembangunan bersifat lifestyle.

6. Saban tahun, setiap sidang dewan undangan negeri, dewan itu diberitahu mengenai perkembangan baru perekonimian Sabah, demikian juga persidangan penggal ke-3 2015, Dewan itu diberitahu, bahawa dalam masa 5 tahun akan datang, Sabah bakal menjadi pengeluar udang terbesar dalam negara.

7. Perkiraan tersebut, apabila lebih 2,200 hektar kawasan di majukan untuk tujuan peternakan udang di kawasan Pitas, Kota Belud dan Tawau serta Kudat. Pelaburan berjumlah RM1.12 bilion bagi empat ladang udang itu akan menghasilkan jualan tidak kurang RM3bilion dimana RM1.5 daripadanya sumbangan kepada Gross National Income (GNI).

8. Projek udang itu selain menyumbang kepada GNI, juga akan mencipta lebih 4 ribu peluang pekerjaan dalam berbagai kapasiti.

9. Kegiatan ekonomi yang bersumber daripada pelaburan swasta, dimungkinkan kerana kestabilan politik, juga sokongan kepimpinan negeri kepada bakal-bakal pelabur dan pelabur yang sudah melabur.

10. Hanya melalui kempimpian yang kondusif dan dinamik yang diperagakan oleh Datuk Musa memungkinkan Sabah bakal akan keluar daripada negeri yang paling ramai rakyat miskin.

15 April 2015

Produk Berasas Kayu Masih Penyumbang Eksport Sabah Selain Minyak dan Gas

Pada Selasa, Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu, bahawa produk berasas kayu masih merupakan penyumbang utama eksport Sabah selain Minyak dan Gas. Eksport berasas kayu menyumbang RM1.74 bilion pada tahun 2014, manakala minyak mentah RM18.9 bilion dan mentanol RM1.5 bilion.

Bagi produk pertanian, jagung merupakan eksport utama dengan nilai RM328 juta. Di sektor perikanan udang beku mendomiasi eksport Sabah dengan nilai RM363 juta. Bagi sektor perkebunan getah menyumbang tertinggi dengan nilai eksport RM217.7 juta diikuti minyak kelapa sawit RM14.8 juta, sementara koko RM8.9 juta.

Selain produk berasas minyak dan gas, kayu kayan, pertanian, perkebunan, perikanan, Sabah juga mengeksport hot iron bernilai RM811 juta pada tahun 2014.

Di masa akan datang, eksport perikanan akan dijangka meningkat apabila projek mega udang di telaga Pitas Sabah beroprasi sepenuhnya.

Sabah memerlukan produk perikanan, pertanian selain produk berasaskan minyak dan gas untuk menyumbang kepada pendapatan negeri, kerana sumbangan daripada kayu kayan dijangka berkurangan, disebabkan polisi kerajaan negeri yang mengurangkan penebangan hutan.

Hasil Mahsyul Sabah-Musa Beritahu Dr Jeffrey- Jangan Bimbang

1. Datuk Musa memberitahu ADUN Bingkor- Dr Jeffrey Kitingan, jangan bimbang hasil mahsyul negeri khususnya minyak dan gas. Kerajaan negeri senantiasa berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas dalam keadaan menang-menang. Sabah senantiasa meminta, jika permintaan itu dirasakan dapat dipenuhi dan dirasakan adil.

2. Sebagai contoh permintaan Sabah, adalah pembinaan SAMUR. Melalui projek itu, Sabah diberikan ekuiti sebanyak 25 peratus. Dengan jumlah ini, diharapkan, sumbangan SAMUR pada perekonomian Sabah akan membuka banyak peluang perniagaan, juga membuka peluang pekerjaan.

3.Kini, Petronas telahpun bersetuju, bahawa pengeluaran minyak dan gas di kawasan darat Sabah seperti di Sandakan, akan diurus sendiri oleh Kerajaan negeri melalui syarikat minyak dan gas negeri M3Eneergy Sdn Bhd. 

4. Pengelibatan Sabah secara langsung dalam industri minyak dan gas, akan menjadi pemangkin kepada perekonomian negeri di masa-masa akan datang.

14 April 2015

Wakil Rakyat Bukan Sahaja Kelihatan Bersih Akan Tetapi Perlu Bersih: Musa

 1. Wakil Rakyat Sabah, bukan sahaja kelihatan bersih akan tetapi perlu bersih. Demikian intipati ucapan Ketua Menteri Sabah semasa majlis aku janji bersama SPRM seluruh ADUN Sabah di bangunan DUN Sabah pada Selasa.

2. Pada majlis tersebut, seluruh ADUN Sabah menandatangi akujanji bersama SPRM, di mana di pihak ADUN BN- Musa mengetuainya, manakala dipihak pembangkang diketuai oleh Datuk Lajim Ukin-ADUN Klias.

3. ADUN Sabah membuat sejarah, apabila secara bersama-sama tanpa mengira kedudukan ADUN bersetuju menandatangi akujanji bersama SPRM.

4. Dalam keadaan informasi yang semakin pantas pada masa ini, persepsi atau tanggapan negatif terhadap wakil rakyat, mengatasi realiti. Rakyat lebih cepat menerima informasi yang diputar belit, seolah-olah perkara itu betul. Demi pencerahan dan mengelak perkara negatif itu, para wakil rakyat perlu pro-aktif agar supaya persepsi yang mengaitkan ahli politik sebagai golongan pemimpin yang menyalahguna kuasa, rasuah dan tidak boleh dipercayai, maka melalui akujanji bersama SPRM, maka para wakil rakyat  memperlihatkan kesungguhan untuk bersama menyokong dan melaksanakan program pencegahan rasuah.

5. Menurut Musa, para wakil rakyat perlu mendepani program pencegahan rasuah dan seterusnya menunjukkan contoh terbaik melalui penzahiran tindakan kepimpinan telus, adil dan berintegriti khusus dalam soal pengurusan projek pembangunan, penyaluran peruntukan kewangan ADUN, bantuan kepada rakyat dan sebagainya.

13 April 2015

Sabah Perlu Kepimpinan Najib

1. Tiada yang mustahak dan penting bagi Sabah, samada rakyatnya atau pembangunannya, adalah sokongan yang bertali arus daripada kepimpinan pusat.

2. Terbukti, sebaik sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, Sabah diberi perhatian. Antara lain, pembinaan Projek Amonia di Sipitang, pembinaan SGOT, di Kimanis, kebenaran untuk Sabah menubuhkan Syarikat Minyak dan Gas, malah membenarkan Sabah mengambil alih operasi minyak dan gas bagi telaga-telaga baru yang dijumpai.

3. Selain itu, pengistiharan 16 September sebagai hari Malaysia dan cuti umum seluruh negara, merupakan pengiktirafan kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Bayangkan sahaja sejak tahun 1963, 16 September hanya dijadikan sebagai cuti umum bagi TYT Sabah sahaja.

4.Melalui pemerintahan Najib, untuk julung kalinya enam menteri penuh kabinet daripada Sabah, ditambah dengan jumlah Timbalan Menteri yang hampir sama ramainya. Juga, untuk pertama kalinya, Speaker Dewan Rakyat dilantik daripada Sabah.

5. Juga melalui kepimpinan Najib, Trans-Borneo yang menghubungkan semua bandar di Sabah dan Sarawak menjadi realiti semasa pemerintahan Najib.

6. Juga melalui pemerintahan Najib, diwujudkan RCI untuk mengenal pasti, penyebab membanjirnya Pendatang Tanpa Izin ke Sabah, serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil untuk membendung kedatangan PATI.

7. Demi menjamin keseleamatan Sabah, diwujudkan ESSZONE/ESSCOM sebagai benteng kepada negeri, agar kemasukan PATI tidak berlaku.

8.Sabah tidak boleh kehilangan kepimpian Najib untuk tempoh 5-10 tahun akan datang, kerana Sabah dan rakyatnya memerlukan kepimpinan beliau.

9. Adalah tepat tindakan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman menyokong secara terbuka kepimpinan Najib.

10. Apapun kritikan terhadap Najib, rakyat Sabah tidak akan berganjak kepada sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri ke-6 itu.

11. Benarlah kata Speaker DUN Sabah- Datuk salleh Tun Said, bahawa Sabah dan Sarawak akan tetap menjadi fixed deposit UBN pada PRU-14 akan datang.

10 April 2015

Sabah Terus Membangun di Bawah Musa- Tun Juhar

Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu semalam, melalui Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Negeri Sabah- antara kandungan ucapan tersebut adalah seperti berikut:-

1. SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC) yang diperkenalkan semasa pemerintahan Musa telah menerima RM50.4 bilion sejak tahun 2008 sehingga 2014. Ertinya, setiap tahun pelaburan yang dicurahkan melalui program itu rata-rata RM7.2 bilion setahun. 

2. Jumlah pelaburan pada SDC hampir 2 kali ganda bajet tahun negeri.

3. Sejak Sabah diterajui Musa, pelaburan untuk berbagai sektor terus meningkat, sebagai contoh tahun 2014, Sabah menerima RM2.8 bilion pelaburan, dimana RM570 juta merupakan pelaburan asing.

4. Demi permoden Sabah misalnya, pada Tahun 2014 Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.2 bilion untuk pembangunan infrastruktur, manakala Kerajaan Persekutuan pula membelanjakan RM2.6 bilion bagi maksud yang sama.

5. Bagi tujuan membuka peluang pekerjaan dan sektor perniagaan, kerajaan negeri menwujudkan pusat peranginan pelancongan bersepadu Teluk Dalit, Pusat konvensyen Antarabangsa Sabah, pusat Teknologi dan Konvensyen Antarabangsa Sabah, Tawau Green Energy, Jesselton Water Front, Sabah Amonia Urea (SAMUR), serta projek peternakan udang di Telaga, Pitas.

6.Untuk tahun 2015, Kerajaan negeri telah meluluskan pembangunan hartanah bernilai RM3.7 bilion.

7. Demi keselesaan rakyat, Kerajaan Negeri juga mengwujudkan pusat-pusat transformasi, seperti Pusat Transformasi Luar Bandar, Pusat Transformasi Bandar Mini, Projek Rimbunan Kasih dan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru.

7 April 2015

Satu Lagi Kejayaan Datuk Musa

DATUK Musa masih ingat, lawatan julung kali beliau di Pejabatn Perbadanan Pnjaman Sabah (SCC) tahun 2000, beliau diberitahu, bahawa keuntungan syarikat milik negeri itu hanya RM6 juta. Namun selepas 14 tahun, kini keuntungan syarikat itu mencecah RM71.1 juta pada tahun 2014.

Ekoran keuntungan yang cukup tinggi itu, GLC berkenaan membayar dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM20 juta untuk tahun 2014.

GLC itu berperanaan sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

Pekan-pekan baru di Sabah kebanyakkannya mendapat pembiayaan daripada syarikat milik kerajaan negeri tersebut.

Musa yang berlatar belakang perbankan, sudah tentu bangga dan gembira dengan pencapaian syarikat milik negeri itu.

5 April 2015

Hubungan Najib-Tun Dr Mahathir: Musa Boleh Jadi Perantara

1.TIADA pihak dalam Bn yang mendapat keuntungan daripada pertikaian antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, melainkan pihak pembanggkang.

2. Perlu ada pihak yang berwibawa menjembatani agar kedua belah pihak bertaut semula demi Umno Bn dan negara.

3. Mungkin mantan Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab tertentu, mengapa beliau menyerang bertali arus Perdana Menteri. Sebagai mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Presiden Umno, sudah tentu beliau melihat sesuatu yang tidak kena.

4.Sebagai mantan Perdana Menteri dan negarawan, mungkin Tun Dr Mahathir merasa terkilan, apabila teguran-teguran beliau tidak diperhalusi dan tidak diperbetulkan.

5. Pembangkitan isu 1MDB, yang menjadi senjata utama mantan PM itu menyerang Najib, perlu ditangani dengan cepat, kerana isu itu mengena dengan perasaan rakyat jelata.

6. Seharusnya pihak Jabatan Perdana Menteri khususnya Perdana Menteri memperjelas kedudukan sebenar 1MDB kepada Tun Dr Mahathir secara terperinci, jika boleh melalui perjumpaan 4 mata.

7. Oleh kerana isu 1MDB tidak dijelaskan dengan terperinci kepada mantan PM itu, kini Tun Dr Mahathir memperlebar jangkauan kritikan beliau kepada peribadi Najib, termasuk mempersoalkan, punca mana anak tiri beliau Reza Aziz mendapat sumber kewangan ratusan juta untuk membeli harta di New York, meneribitkan filem Hollywood berkos ratusan juta ringgit, akan tetapi filem itu tidak mendapat sambutan aka rugi.

8.Kedudukan kewangan 1MDB termasuk menyimpan di Singapura, kedudukan aset dan hutang, perlu dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir, walaupun Najib tidak mempunyai obligasi kepada tindakan itu.

9. Syogianya Najib dapat mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk menangkis serangan pihak pembangkang berhubungan dengan 1MDB, jika dari awal-awal satu penjelasan terperinci diberikan.


10. Sebenarnya hubungan antara Najib dan Tun Mahathir adalah masalah teknikal yang boleh dirungkai dan diselesaikan.

11. Pihak kepimpinan Bn perlu melihat cara terbaik mebaik pulih hubungan antara Najib dan Tun Dr Mahathir. Mungkin kah pemimpin seperti Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman boleh menjadi perantara?.

4 April 2015

Jika Mahu Tahu Masalah Rakyat-Turun Padang Lah" Musa

JAWATAN Ketua Menteri tidak menghalang Datuk Musa Aman melakukan turun padang. Tujuh hari seminggu, ada sahaja aktiviti beliau turun padang. Menurut beliau, hanya melalui turun padang sahajalah mengetahui masalah rakyat.

Acara turun padang perlu diamalkan sepanjang masa. Jangan hanya dijalankan menjelang pilihanraya. Ambillah iktibar pada kawasan-kawasan yang kalah pada PRU-13 lalu, faktor penyumbang kepada kekalahan calon-calon Bn pada kawasan-kawasan itu, kerana para calon-calonnya kurang mesra rakyat kerana kurang turun padang.

Mengambil hati rakyat jelata bukan sahaja melalui pendekatan pembangunan atau berbentuk kewangan, namun pendekatan kemanusian memberi impak yang sangat besar sokongan kepada seseorang pemimpin.

Rakyat jelata pada masa kini, bukan lagi bergantung kepada "indah khabar" tetapi lebih terpengaruh dengan pendekatan peribadi.

Melihat keadaan politik semasa, nampaknya untuk memperkuat sokongan dan ikatan antara rakyat dan pemimpin, maka acara turun padang perlu dipergiat.

Semalam di Sandakan, Datuk Musa membuat kenyataan, agar para wakil rakyat kerap turun padang, agar supaya mereka "alert' dan mengetahui permasalahan rakyat.

1 April 2015

Musa Selamatkan Yayasan Sabah

AWAL kemerdekaan, Yayasan Sabah merupakan satu yayasan yang gergasi, namun bermula tahun 80-an, menjelang tahun 90-an, yayasan itu, bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Sebuah yayasan yang hanya bergantung kepada hutan, suatu ketika hampir sahaja dimiliki pihak lain, kalaulah Musa tidak menjadi Pengarah yayasan itu.

Kini, Yayasan Sabah, bukan lagi sepenuh bergantung kepada hasil hutan, akan tetapi telah terlibat dalam berbagai sektor, termasuk perladangan.

Daripada yayasan yang hampir lumpuh pada tahun 1995, kini memiliki asset dan wang simpanan berbilion ringgit jumlah. OKB tidak pasti berapa bilion, kerana Pengerusinyapun tidak menyebut jumlah sebenar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels