10 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Mempamirkan Ketokohan Musa

1. Sebaik sahaja gempa itu berlaku pada pagi Jumaat 5 Jun, Datuk Musa selain sebagai Ketua Menteri Sabah, juga pengerusi Keselamatan Sabah, membuat tindakan pantas.

2. Tindakan beliau mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan kawasan Ranau, bertujuan agar semua pihak yang terlibat tidak perlu ke pejabat, sebaliknya berpeluang membantu impak kepada gegaran tersebut. Selain itu, beliau memerintahkan agar Ahli Jawatan Kuasa Bencana Negeri diaktifkan, agar segala bantuan yang diperlukan boleh digerakkan bagi membantu mangsa atau sesiapa sahaja yang terkena impak kepada gegaran gempa tersebut.

3. Juga, kerana berlakunya kematian akibat gempa tersebut, Musa mengumumkan hari Isnin 8 Jun sebagai hari berkabung bagi Sabah, tanda turut berdukacitanya seluruh rakyat Sabah.

4. Ketokohan Musa, bukan sahaja dikunjungi Timbalan Perdana Menteri akan tetapi juga oleh Perdana Menteri, selain para pemimpin lain termasuk daripada Sarawak.

5. Melihat kepada akibat gempa tersebut, semua pihak bertungkus lumus, menyalurkan berbagai bantuan, baik tenaga mahupun harta benda. Sebagai bukti kepada semua itu, tabungan yang diwujudkan mengalir bantuan-bantuan daripada orang ramai.

6. Tanpa berlengah, bagi membantu para mangsa, bantuan segera disalurkan, malah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan kawasan peranginan Taman Kinabalu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels