19 August 2015

Punca Pembangunan Luar Bandar Terbantut Di Sabah

1. Selepas meneliti punca pembangunan luar bandar yang dibiayai kerajaan Persekutuan terbantut di Sabah akhirnya Ketua Menteri Sabah bersuara. 

2. Musa mengakui berbilion ringgit peruntukan dibawa ke Sabah melalui berbagai agensi persekutuan khususnya bagi pelaksanaan pembinaan jalan perhubungan di luar bandar, bekalan litrik luar bandar, bekalan air luar bandar namun akibat kuasa yang berlapis-lapis serta karenah permainan politik akhirnya pembanguan luar bandar terbantut sehingga merugikan rakyat. Apa yang malang menurut Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, rakyat menuduh kerajaan negeri tidak menunaikan janji, sedangkan terbantut atau terbengkalainya projek-projek tersebut di luar kawalan kerajaan negeri.

3. Dengan kadar yang segera, jika boleh melalui Bajet 2016, seluruh peruntukan pembangunan daripada Persekutuan untuk Sabah disalurkan terus kepada kerajaan negeri, agar supaya daripada peringkat awal lagi kerajaan negeri dapat merancang dan menimplimentasi projek-projek sesuai dengan keperluan rakyat dan siap sesuai dengan perancangan. Jika semua peruntukan daripada persekutuan disalurkan kepada kerajaan negeri, maka akan menghidar kelambatan atau kelewatan pelaksanaan kerana jalinan birokrasi yang pendek.

4. Kerajaan Persekutuan perlu yakin kepada pengurusan kewangan negeri, kerana telah berdekad diakui oleh Ketua Audit Negara, sebagai negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang cemerlang.

5. Sabah menunjukkan bahwa sebarang projek kendalian kerajaan negeri senantiasa siap sesuai dengan jadual, malah banyak projek disiapkan lebih awal. Melalui kemampuan tersebut, kerajaan Sabah yakin, jika semua peruntukan persekutuan kepada Sabah terus disalurkan kepada akaun kerajaan negeri, maka ianya mempercepat pembangunan negeri.

6. Satu faktor yang membolehkan Sabah cepat membangun jika peruntukan kewangan terus diberikan, kerana Sabah juga mengamalkan konsep kabinet seperti Persekutuan, di mana setiap kementerian yang ada di Persekutuan juga terdapat di Sabah, kecuali polis, angkatan tentera, kesihatan dan pendidikan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels