17 October 2015

PPR Batu Sapi: Satu Lagi Pembelaan Untuk Rakyat: Musa

1. Tiada yang ada dihati Ketua Menteri Sabah selain membela rakyat.

2. Pada Jumaat, Ketua Menteri telah melawat tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi Batu Sapi yang bakal dibina dengan 900 unit rumah yang bernilai RM149juta. Projek itu dijangka siap pada Februari 2019.

3. Apa yang membanggakan, perumahan tersebut disediakan unit-unit yang bersifat mesra OKU.

4. Di Sandakan, selain PPR Batu Sapi, juga ada PPR Taman Mesra, PPR Taman Murni, PPR Jalan Lintas Sibuga, PPR Pekan Muhibah dan PPR Gum-Gum yang menyebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang paling banyak projek perumahan untuk rakyat.

5. Musa selain Ketua Menteri Sabah, juga merupakan ADUN Libaran, Sandakan.

6.Untuk makluman, projek PPR, bukan sahaja di bina di Sandakan akan tetapi di Seluruh Sabah, termasuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Kota Belud dan kawasan-kawasan lain.

7. Projek PPR merupakan matalamat kerajaan di bawa pemerintahan DS Najib, kerana menjelang negara lepas landas sebagai negara maju pada Tahun 2020, setidak-tidaknya 95 peratus isi rumah mempunyai rumah kediaman, khususnya mereka yang termasuk dalam 40 peratus rakyat yang menjadi sasaran kerajaan di mana kini dalam kategori berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana.

8. Apa yang membanggakan rakyat, sejak tahun 2003, selepas sahaja Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau melancarkan Hala Tuju Sabah, dimana hala tuju itu memacu Sabah mengejar ketinggalan dalam semua segi termasuk pembangunan fizikal.

9. Pada November nanti, Musa akan membentang bajet bagi tahun 2016, sebagai permulaan bagi Rancangan Malaysia ke-11. Bajet itu nanti sebagi pilar bagi penerusan pembangunan Sabah.

3 October 2015

Disebalik Pengeluaran Kad Pengenalan Pada Rakyat Asing Di Sabah

1. Telah lama melalui cakap-cakap mulut, bahawa pengeluaran Kad Pengenalan kepada rakyat asing di Sabah bermotifkan kewangan, namun demikian, pihak-pihak pembangkang mendakwa bahawa pemimpin kerajaan mendalangi pengeluaran kad pengenalan, kononnya untuk menambah undi bagi pihak barisan nasional.

2. Pendedahan SPRM berkaitan pengeluaran Kad Pengenalan Malaysia yang melibatkan beberapa individu termasuk pegawai tinggi Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Sabah, membuktikan bahawa dakwaan pengeluaran Kad Pengenalan kepada rakyat asing, kononnya bermotifkan politik, ternyata fitnah, kerana melalui pendedahan SPRM tersebut, maka terbuktilah, bahawa pengeluaran Kad Pengenalan bagi mereka yang tidak layak menjadi warganegara merupakan satu bentuk bisnes yang mendatangkan pendapatan yang lumayan.

3. Menurut siasatan awal SPRM, sindiket mengeluarkan Kad Pengenalan membabitkan bayaran bermula daripada RM5,000.00. Target mereka adalah warga india, indonesia mahupun filipna bagi bayaran sebesar itu, namun yang membabitkan rakyat taiwan dan china dikatakan bermula daripada RM15,000.00.

4. Tindakan SPRM membongkar bisnes kad pengenalan ini, sebenarnya telah lama ditunggu-tunggu, kerana melalui siasatan RCI Pati Sabahpun, hanya dapat memberi anggapan, bahawa pengeluaran kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak layak merupakan satu sindiket, tanpa menunjuk pihak mana yang terlibat.

5. Melalui cakap-cakap mulut, mustahil pihak lain boleh mengeluarkan kad pengenalan bermutu tinggi, jika tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran negara, kerana hanya jabatan itu mengetahui, kualiti kertas atau kad yang digunapakai bagi mykad Malaysia.

6. Telah lama dianggap, bahawa memang ada pegawai-pegawai jabatan pendaftaran negara terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak layak, namun sejak berdekad, tiada tindakan yang konkrit mencari tahu. Hanya yang diketahui adalah, apabila rakyat asing yang memilki kad pengenalan yang dikategorikan sebagai "palsu", maka pemilik itulah yang menjadi korban, sedangkan mereka yang mendapat keuntungan kewangan terlepas begitu sahaja.

7. Tahun 90-an puncaknya 'pengeluran" kad pengenalan Malaysia bagi rakyat Sabah untuk rakyat asing, bukan sedikit yang menjadi kaya raya.

8. Melalui tindakan SPRM membongkar bisnes pengeluaran kad pengenalan bagi rakyat asing di Sabah, merupakan tindakan yang ditunggu-tunggu, bagi membersihkan jabatan pendaftaran negara daripada mereka yang tidak amanah. Perbuatan mereka itu, bukan sahaja perbuatan tercela akan tetapi pengkhianat negara.

9. "Tip of iceberg" bahawa, warga taiwan, china, india yang mendapat kad pengenalan Malaysia, sebenarnya lebih parah, atas sebab itu, kawasan-kawasan tumpuan masyarkat cina di Sabah khususnya bandar, penduduknya tiba-tiba melonjak.

10. Pihak kerajaan atau sesiapa sahaja, jangan hanya menuding jari kepada warga pakistan, indonesia atau filipina, sebaliknya perlu bercakap berkaitan dengan para 9.

2 October 2015

Tambahan Kerusi DUN Sabah- Parti Mana Diberi Kepercayaan?

1. Jika tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah boleh digunapakai pada PRU-14, komponen parti mana yang bakal diberi tanggungjawab? 

2. Melihat pertamabahan kerusi tersebut, kebanyakkannya melibatkan kawasan bumiputera, khususnya bumiputera islam, maka jika dilihat daripada komponen parti mana yang bakal diberikan kepercayaan adalah parti Umno.

2. Sebagai rekod, pada PRU-13 lalu, Umno hampir menang 100 peratus bagi kawasan yang ditandingi, walaupun kemenangan itu tercacat, kerana kalah di kawasan DUN Klias kepada mantan pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin yang keluar daripada parti menjelang PRU tersebut. Walaupun Lajim menang, namun kemenangan itu hanya majoriti kecil, iaitu 194 undi.

3.Persempadanan baru Sabah meliputi tujuh kawasan pilihan raya negeri yang baru iaitu Darau di Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Limbahau di Papar, Pandasan di Kota Belud, Sepagaya di Lahad Datu, Langkon di Kota Marudu dan Bukit Garam di Kinabatangan.

4. Melihat kepada persempadan tersebut, nampaknya hanya Umno dan PBS bakal menerima tambahan kerusi, kerana melihatkan kepada taburan pengundi serta kebolehmenangan calon. PBS kemungkinan besar diberikan DUN Langkon, kawasan tradisi parti itu.

5. Jika pertambahan kerusi menjadi kenyataan, maka pada PRU-14, kerusi DUN Sabah akan menjadi 67. Bagi parlimen pula, kemungkinan status quo dipertahankan, iaitu 25. Pada PRU-13, Bn menang 22 Parlimen, manakala DAP 2 dan PKR satu. Bagi kawasan Dun pula, BN menang 48, manakala PKR-DAP-STAR 12.

6. Melihat kepada perkembangkan politik terkini, khususnya di Sabah, nampaknya, parti pembangkang, tidak akan dapat mengulangi kejayaan pada PRU-13 lalu. Walaupun demikian, Bn kemungkinan besar akan gagal menawan Parlimen Penampang serta dua kawasan Dun, demikian juga Parlimen Kota Kinabalu bersama dua Dun, akan tetapi bagi Parlimen Sandakan, serta Dun Klias, bakal ditawan semula oleh BN. Di kawasan Tawau pula, kawasan Sri Tanjung, kawasan itu akan terus mencacatkan keupayaan Bn di kawasan tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels