3 October 2015

Disebalik Pengeluaran Kad Pengenalan Pada Rakyat Asing Di Sabah

1. Telah lama melalui cakap-cakap mulut, bahawa pengeluaran Kad Pengenalan kepada rakyat asing di Sabah bermotifkan kewangan, namun demikian, pihak-pihak pembangkang mendakwa bahawa pemimpin kerajaan mendalangi pengeluaran kad pengenalan, kononnya untuk menambah undi bagi pihak barisan nasional.

2. Pendedahan SPRM berkaitan pengeluaran Kad Pengenalan Malaysia yang melibatkan beberapa individu termasuk pegawai tinggi Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Sabah, membuktikan bahawa dakwaan pengeluaran Kad Pengenalan kepada rakyat asing, kononnya bermotifkan politik, ternyata fitnah, kerana melalui pendedahan SPRM tersebut, maka terbuktilah, bahawa pengeluaran Kad Pengenalan bagi mereka yang tidak layak menjadi warganegara merupakan satu bentuk bisnes yang mendatangkan pendapatan yang lumayan.

3. Menurut siasatan awal SPRM, sindiket mengeluarkan Kad Pengenalan membabitkan bayaran bermula daripada RM5,000.00. Target mereka adalah warga india, indonesia mahupun filipna bagi bayaran sebesar itu, namun yang membabitkan rakyat taiwan dan china dikatakan bermula daripada RM15,000.00.

4. Tindakan SPRM membongkar bisnes kad pengenalan ini, sebenarnya telah lama ditunggu-tunggu, kerana melalui siasatan RCI Pati Sabahpun, hanya dapat memberi anggapan, bahawa pengeluaran kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak layak merupakan satu sindiket, tanpa menunjuk pihak mana yang terlibat.

5. Melalui cakap-cakap mulut, mustahil pihak lain boleh mengeluarkan kad pengenalan bermutu tinggi, jika tidak melibatkan Jabatan Pendaftaran negara, kerana hanya jabatan itu mengetahui, kualiti kertas atau kad yang digunapakai bagi mykad Malaysia.

6. Telah lama dianggap, bahawa memang ada pegawai-pegawai jabatan pendaftaran negara terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak layak, namun sejak berdekad, tiada tindakan yang konkrit mencari tahu. Hanya yang diketahui adalah, apabila rakyat asing yang memilki kad pengenalan yang dikategorikan sebagai "palsu", maka pemilik itulah yang menjadi korban, sedangkan mereka yang mendapat keuntungan kewangan terlepas begitu sahaja.

7. Tahun 90-an puncaknya 'pengeluran" kad pengenalan Malaysia bagi rakyat Sabah untuk rakyat asing, bukan sedikit yang menjadi kaya raya.

8. Melalui tindakan SPRM membongkar bisnes pengeluaran kad pengenalan bagi rakyat asing di Sabah, merupakan tindakan yang ditunggu-tunggu, bagi membersihkan jabatan pendaftaran negara daripada mereka yang tidak amanah. Perbuatan mereka itu, bukan sahaja perbuatan tercela akan tetapi pengkhianat negara.

9. "Tip of iceberg" bahawa, warga taiwan, china, india yang mendapat kad pengenalan Malaysia, sebenarnya lebih parah, atas sebab itu, kawasan-kawasan tumpuan masyarkat cina di Sabah khususnya bandar, penduduknya tiba-tiba melonjak.

10. Pihak kerajaan atau sesiapa sahaja, jangan hanya menuding jari kepada warga pakistan, indonesia atau filipina, sebaliknya perlu bercakap berkaitan dengan para 9.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels