21 November 2015

Bajet2016 Sabah- Bajet Surplus

1. Sekali lagi, Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kewangan Negeri, membentangkan bajet surplus. Walaupun lebihan bajet untuk Tahun 2016 hanya berjumlah Rm29.90juta berbanding Bajet2015 dengan lebihan RM49.23 juta, namun belajawan negeri bagi tahun hadapan merupakan belajawan berhemah berjiwa rakyat.

2. Pada Tahun 2016 dengan anggaran kutipan hasil berjumlah RM3,520.29juta berbanding dengan Balanjawan RM3,490.39 juta.

3. Penurunan jumlah bajet negeri, banyak dipengaruhi oleh penurunan harga minyak dan komodoiti pertanian seperti kelapa sawit di pasaran dunia. Walaupun demikian, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Musa, mampu merangka bajet untuk kesejahteraan rakyat jelata.

4. Bajet2016 negeri Sabah yang dibentangkan pada Jumaat, akan dibahas bermula isnin depan, dan seteruskan dipohon untuk diluluskan selepas perbahasan.

5. Setiap Bajet sekurang-kurang mempunyai empat pecahan, iaitu emolumen, perbelanjaan berulang, perbelanjaan khas dan perbelanjaan pembangunan. Bagi Tahun 2016, belanjawaan sebanyak RM3.490.39juta digunakan untuk - Emolumen RM714.29 juta, - Perbelanjaan Berulang RM1,179.55 juta,- Perbelanjaan Khas RM1,596.54 juta,- Pembangunan RM1,148.89 juta, merangkumi peruntukan negeri RM698.99 juta dan peruntukan Kerajaan Persekutuan RM449.89 juta.

6.. Perbelanjaan pembangunan 2016 mengikut bidang: - RM441.67 juta atau 63.19 peratus adalah untuk ekonomi, - RM212.76 juta atau 30.44 peratus untuk sosial,- RM44.56 juta atau 6.37 juta adalah untuk pentadbiran.

7. Peruntukan mengikut kementerian (Perbekalan/Pembangunan): - Kementerian Kewangan RM1,243.84 / RM14 juta,- Kementerian Pembangunan Infrastruktur RM718.01 juta / RM246.87 juta,
- Jabatan Ketua Menteri RM475.86 juta / RM153.60 juta,- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan RM295.62 / RM113.98, - Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna RM139.42 juta / RM5.02 juta,- Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar RM110.32 juta / RM13.15 juta,- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan RM82.40 juta / RM18.37 juta,
- Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat RM87.09 juta / RM4.15 juta,
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar RM70.98 juta / RM100 juta,- Kementerian Belia dan Sukan RM65.68 juta / RM14.45 juta,- Kementerian Pembangunan Industri RM11.15 juta / RM15.40 juta. Perbelanjaan perbekalan yang tidak termasuk dalam kementerian-kementerian ialah sebanyak RM28.45 juta manakala Perbelanjaan Tanggungan pula ialah sebanyak RM161.57 juta.

8. Peruntukan pembangunan:
- RM1,373.59 juta diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam,
- RM469.50 juta bagi pertanian,
- RM76.46 juta bagi pembangunan sektor industri dan pembuatan,
- RM218.37 juta bagi pelancongan,
- RM290.08 juta bagi mensejahterakan hidup rakyat,
- RM234.96 juta bagi mempersiaga modal insan,
- RM234.96 juta bagi memperkasa belia,
- RM56.75 juta bagi mencemerlangkan sukan,
- RM82.16 juta bagi pembangunan ICT,
- RM218.31 juta bagi pembangunan wanita,
- RM80.22 juta bagi pembangunan bandar dan wilayah serta kuasa-kuasa tempatan.

9. Peruntukan keperluan rakyat:
- Pembinaan Loji Air Semporna & Loji Rawatan Air Kundasang
- Pengenalan 4 Mini Estet Sejahtera (MESEJ) untuk membasmi kemiskinan.
- Perkhidmatan Keretapi yang lebih berkualiti antara Tg Aru-Tenom.
- Liputan Sistem Pembentungan berkualiti di Keningau.
- Program Kampung Sejahtera untuk pembangunan Kampung Yang Mundur di Sabah.
- Pengenalan K-Rakyat, 1 Sabah 1 Kontek Rakyat.
- Peruntukan 12.5 Juta Subsidi bagi golongan kurang mampu memiliki rumah kos rendah bagi kawasan pedalaman & Tawau.
- Bantuan Khas RM 500 kepada Penjawat Awam Negeri Sabah bermula Januari 2016.
- Kenaikan 1 Tangga Gaji bagi semua Penjawat Awam Negeri Sabah.

Ucapan penuh YAB Ketua Menteri Sabah boleh dimuat turun melalui laman web https://www.sabah.gov.my/main/ms-MY/Home/Budget..

19 November 2015

Bajet 2016 Sabah Akan Dibentang Esok

1. Esok, Jumaat di Dewan Undang Negeri Sabah, persidangan terakhir DUN untuk Tahun 2015, Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kewangan Negeri akan membentangkan Bajet Sabah bagi Tahun 2016.

2. Bajet Sabah bagi tahun depan, besar kemungkinan tidak dapat menandingi bajet-bajet sebelumnya memandangkan harga minyak dan komoditi yang jatuh di pasaran dunia.

3. Perekonomian Sabah, sebenarnya tergantung kepada tiga sektor, iaitu sektor minyak, perladangan dan pelancongan. 

4. Selain harga minyak dan komoditi pertanian seperti kelapa sawit yang menjunam di pasaran dunia, sektor pelancongan juga terganggu akibat gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu awal Jun lalu, selain penculikan di Sandakan pada awal mei.

5. Bajet Sabah bagi tahun 2015 berjumlah RM3.812juta dengan surplus RM49.23juta. Bajet Tahun 2015 yang membawa visi Menumpu Kelestarian Pembangunan Untuk Kesejahteraan Rakyat. Apa kah tema bajet tahun 2016? dan berapa jumlah kah bajet Negeri? Esok akan diketahui semasa Ketua Menteri membentangkannya.

18 November 2015

Sabah Akan Terus Simpanan Tetap Bn

1. Terlihat bagaimana para MP Bn Sabah kecuali MP Semporna menyokong DS Najib Razak melalui sokongan terhadap Bajet2016. Daripada 22 MP Bn Sabah, 21 menyokong bajet tersebut. 

2. Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen. Pada PRU 2004 dan 2008, hanya satu kawasan terlepas kepada pembangkang, kecuali pada PRU-13, di mana pembangkang menambah 2 kerusi, iaitu Penampang dan Sandakan.

3. Melihat kepada keadaan politik semasa, walaupun berbagai isu nasional menyelubungi negara, dan isu GST, nampaknya rakyat Sabah masih berdiri teguh kepada kerajaan Bn. 

4. Para wakil rakyat Bn Sabah, adalah mereka yang mewakili kawasan masing-masing, mempunyai perasaan yang sama dengan rakyat yang diwakili. Perasaan rakyat yang diwakili itu dizahirkan melalui para MP yang mereka pilih , dan ditunjukan melalui sokongan terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 23 oktober lalu di Dewan Rakyat.

5. Para pemimpin Sabah yang mendengar degup jantung rakyat yang diwakili mereka, kecuali Semporna, menganggap bahawa kepimpinan DS Najib merupakan yang terbaik untuk Sabah. 

6. Kepimpinan DS Najib Razak, bukan sahaja mendapat sokongan para pemimpin Bn di Sabah, akan tetapi sokongan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN negeri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri- Datuk Musa Haji Aman, akan terus memperkokoh kedudukan Perdana Menteri, malah melalui sokongan tersebut, Sabah akan terus menjadi simpanan tetap Bn pada PRU-14 akan datang.

7. Sebenarnya, selepas sahaja keputusan PRU-13, di mana dua kawasan yang dimenangi pembangkang di peringkat parlimen dan 12 kawasan dun, rakyat di kawasan-kawasan tersebut merasa tertipu oleh dakyah pembangkang sebelum PRU itu. Kini, rasa menyesal rakyat di kawasan-kawasan tersebut ditunjukkan melalui sokongan mereka terhadap aktiviti-aktviti Bn di kawasan-kawasan tersebut, malah dua ADUN pembangkang awal-awal lagi telah mengistiharkan diri sebagai ADUN mesra Bn, iaitu ADUN Matunggong dan ADUN Kedamaian. Malah ADUN Kedamaian telahpun diterima oleh PBRS parti kompnen BN sebagai salah seorang Naib Presiden Parti itu.

8. Kini rakyat Sabah terutama di kawasan yang dimenangi pembangkang, menyedari, bahawa perjuangan Ketua Menteri Sabah adalah untuk rakyat keseluruhan, tanpa mengenal suku dan agama, melainkan memajukan Sabah untuk generasi akan datang.

9. Melalui kepimpinan Musa, dijalankan berbagai program untuk rakyat termasuklah penghijauan negeri ini, agar negeri ini akan terus menjadi tumpuhan pelancong asing, kerana kehijauan semulajadi yang senantiasa terperlihara.

10.Dalam masa 4 tahun daripada sekarang, diperkirakan Sabah akan menikmati semula pendapatan melalui perkayuan, kerana impak kepada pemuliharan hutan yang terkawal, sejak 20 tahun lalu. Selain itu, Sabah juga akan menjadi pengeluar undang peliharaan terbesar, apabila projek udang di Pitas beroperasi sepenuhnya.

11. Sabah di bawah teraju Musa, bukan sahaja diiktiraf oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri yang mengamalkan tata urus kewangan yang baik, akan tetapi penarafan antarabangsa juga memberi gred AAA kepada pengurusan kewangan negeri.

12. Sabah, sejak diterajui Musa, bukan sahaja mampu mengumpul simpanan kewangan negeri yang cukup besar, malah dapat erangka bajet negeri yang cukup besar, malah memcatit rekod, selain itu, amalan pengurusan negeri yang telus dan teratur, membuatkan lebihan dagangan negeri senentias surplus beberapa tahun lamanya.

13. Pada November ini, Musa akan membentangkan bajet tahun 2016, apa kah bajet tersebut akan melepasi angka RM4bilion seperti tahun 2014 dan 2013? sama-sama kita tunggu, kerana bajet tersebut mengambarkan pembelaan kepada rakyat  Sabah yang terus memilih kerajaan Bn dan seterusnya menjadikan Sabah terus menjadi simpanan tetap Putrajaya.

15 November 2015

Minyak Sabah

1. Sedih, apabila terbaca, bahawa Sabah merupakan pengeluar minyak terbesar dalam negara, namun hanya dibayar sekitar RM1bilion setahun. 

2. Kalau melihat kenyataan daripada Shell, bahawa daripada 600 boe keluaran negara, hampir 50 peratus daripada keluaran itu datangnya daripada Sabah. 

3. Cari gali minyak dan gas bermula tahun 1974, apabila Petronas ditubuhkan. Perjanjian bayaran dimuktamadkan pada Tahun 1976, di mana Sabah dibayar tunai 5 peratus daripada keluaran kasar, sebabnya, di atas kertas, keuntungan 15 peratus, dibahagi tiga, 1/3 bagi operator, 1/3 untuk persekutuan dan 1/3 lagi negeri pengeluar.

4, Selama 40 tahun, sebagai pengeluar minyak dan gas, tiada mercu tanda yang mengambarkan bahawa Sabah merupakan pengeluar minyak utama negara, sebaliknya, wilayah yang bukan pengeluar mempunyai mercu tanda, seperti Kuala Lumpur dengan KLCCnya,Melaka dengan penapis minyak dan kini Johor juga dengan pusat lojistik minyaknya.

5. Memang beberapa tahun lalu dibina SGOT di Kimanis Sabah, untuk saluran gas ke Bintulu, namun ianya wujud selepas beberapa dekad.

6. Kalaulah dilihat masa puncak harga minyak, di mana Sabah mengeluarkan sekurang-kurangnya 300ribu boe, maka Sabah dalam setahun mengeluarkan RM47bilion setara minyak, walaupun kini hanya separuh daripada jumlah itu, akibat penurunan harga minyak global.

7. Tidak dapat dibayangkan impak pembangun ke atas Sabah, jika keluaran hasil minyaknya digunakan untuk membangun Sabah, mungkin impak ekonominya tidak mengakibatkan penghijrahan.

8. OKlah, belum terlambat, jika selama 40 tahun hasil minyak Sabah ditumpukan untuk pembangunan Semenanjung, maka sudah tiba giliran Sabah pula untuk tempoh masa yang sama membangun negeri itu, agar on-par apa yang dikecapi penduduk Semenanjung, cara itu, barulah dikatakan adil dan seadilnya. 

9. OKB rasa, hanya melalui kepimpin DS Najib Razak dan kepiminan Datuk Musa Aman sahaja, ianya boleh berlaku. Sama-sama kita tunggu.

1 November 2015

Di Sabah Tiada Isu Utama Boleh Menyebabkan Rakyat Menolak Kerajaan Bn

1. Memang diakui bahawa pada PRU-13 lalu, Bn Sabah mengalami kekalahan di 12 Dun, di mana kekalahan tersebut mencercat kejayaan bagi PRU-2004 dan 2008, di mana hanya satu kerusi terlepas kepada parti pembangkang.

2. PRU-13 merupakan pilihanraya yang dipenuhi berbagai janji daripada pembangkang yang diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga menyebabkan beberapa kawasan terperangkap dengan janji-janji tersebut, khususnya kawasan-kawasan KDM dan cina.

3. PRU-13 dipenuhi berbagai sentimen yang direkayasa oleh pembangkang khususnya berkaitan dengan Kalimah Allah serta isu pembakaran injil oleh Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.

4. Faktor yang menyebabkan kekalahan calon-calon Bn pada PRU-13 lalu di Sabah, selain faktor yang disebutkan pada para 2 dan 3, juga calon-calon yang dikemukakan parti-parti komponen yang tidak berwibawa malah tidak mempunyai rekod berkerja untuk rakyat, malah bagi calon-calon recycle, seperti di Dun Kedamaian dan Tamparuli, walaupun berpenggal-penggal sebagai wakil rakyat, malah diberikan peluang sebagai pembantu Menteri, namun tidak mengutamakan rakyat yang diwakilinya, malah ada calon tertentu, tidak membenarkan rakyat daripada kawasannya berkunjung ke rumah kediamannya.

5. Bagi berdepan dengan PRU-14, sebenarnya tiada isu utama yang boleh di bawah pembangkang mengecam kerajaan Bn secara umum, namun, masalah utama yang didepani oleh Bn adalah masalah setempat, khususnya berkaitan peribadi dan perebutan kuasa sesama sendiri di kawasan-kawasan tertentu. Sebagai misalan, bagi Dun Kedamaian, telah terdedah, bahawa memang wujud kepentingan peribadi di kawasan tersebut. Ianya ditunjukkan melalui pemilihan Bahagian PBS di kawasan itu pada bulan lalu. Bekas Setiausaha Bahagian PBS yang dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan tersebut telah bertanding jawatan Ketua Bahagian, kerana kekosongan jawatan tersebut. Syogianya, mantan Ketua Bahagian kawasan tersebut akan membantu setiausaha bahagian yang telah begitu lamanya berkhidmat semasa beliau menjadi Ketua Bahagian, namun pada pemilihan tersebut, mantan Ketua Bahagian itu berkempen menentang bekas Setiausaha bahagiannya tersebut, dengan bunyi kempen, sesiapa sahaja boleh mengundi calon-calon Ketua Bahagian, akan tetapi jangan undi Daimin Sulukan, kerana kalau menang, dia akan menjual PBS kepada Datuk Salleh Tun Said atau Umno, kerana didapati Daimin merupakan penyokong kepada Datuk Salleh.

6. Datuk Salleh merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, by convention, setiap kawasan di mana MP nya daripada Umno, maka Ketua Bahagian Umno merupakan Pengerusi Bn bagi kawasan tersebut. Melihat kepada keadaan di Dun Kedamaian, kawasan itu, tidak akan bakal kembali kepada pangkuan Bn, kerana masalah beberapa pemimpin di kawasan tersebut. Mereka akan sanggup mengalahkan calon Bn, dengan tujuan agar semua pihak putih mata. Inilah yang berlaku pada PRU-13 lalu, kerana rekod calon yang bersifat seperti pada para 5, maka ramai pengundi menolak calon tersebut meskipun mewakili Bn. Akibat tindakan beberapa pemimpin dan pengundi, maka calon parlimen Bn juga terkena tempias, sehingga semua Pusat daerah Mengundi bagi kawasan tersebut Bn kalah.

7. Berdepan dengan PRU-14, Bn Sabah walaupun pada masa ini ada kejadian-kejadian yang berlaku, khususnya dalam Umno, kerana pemecatan MP Semporna yang juga Naib Presiden Umno daripada kabinet Persekutuan, hanya akan berimpak bagi kawasan Parlimen Semporna, tidak akan merebak ke kawasan Dun, walaupun MP Semporna tersebut tidak dicalonkan semula.

8. Sebenarnya, isu yang didepani Bn Sabah, bukan bersifat umum yang mengarah kepada pucuk pimpinan yang diketuai Ketua Menteri Sabah, akan tetapi bersifat setempat yang berkaitan dengan perkhidmatan wakil-wakil rakyat. Untuk pengetahuan pucuk pimpinan, ada wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu tidak berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya secara keseluruhan, akan tetapi berisfat selektif dan pilih kasih, dan mengutamakan para kroni dan pembodek.

9. Adalah dicadangkan untuk memastikan, kawasan-kawasan yang dimenangi dengan majoriti yang rendah untuk kekal sebagai kawasan Bn, maka pergantian calon perlu dilakukan, kerana mengekalkan calon-calon yang menang pada PRU-13 lalu, boleh membawa padah atau lebih banyak negatifnya daripada positif.

10. Pucuk pimpinan Bn Sabah, sudah tentu mempunyai maklumat yang jitu dan terkini berkaitan dengan kawasan-kawasan yang diwakili ADUN tertentu, samada yang melibatkan ADUN daripada Umno mahupun komponen Bn. Jangan berulang kekalahan calon-calon Bn pada PRU-13 lalu kepada calon-calon pembangkang yang tidak dikenali, atas sebab protes pengundi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels