1 November 2015

Di Sabah Tiada Isu Utama Boleh Menyebabkan Rakyat Menolak Kerajaan Bn

1. Memang diakui bahawa pada PRU-13 lalu, Bn Sabah mengalami kekalahan di 12 Dun, di mana kekalahan tersebut mencercat kejayaan bagi PRU-2004 dan 2008, di mana hanya satu kerusi terlepas kepada parti pembangkang.

2. PRU-13 merupakan pilihanraya yang dipenuhi berbagai janji daripada pembangkang yang diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga menyebabkan beberapa kawasan terperangkap dengan janji-janji tersebut, khususnya kawasan-kawasan KDM dan cina.

3. PRU-13 dipenuhi berbagai sentimen yang direkayasa oleh pembangkang khususnya berkaitan dengan Kalimah Allah serta isu pembakaran injil oleh Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.

4. Faktor yang menyebabkan kekalahan calon-calon Bn pada PRU-13 lalu di Sabah, selain faktor yang disebutkan pada para 2 dan 3, juga calon-calon yang dikemukakan parti-parti komponen yang tidak berwibawa malah tidak mempunyai rekod berkerja untuk rakyat, malah bagi calon-calon recycle, seperti di Dun Kedamaian dan Tamparuli, walaupun berpenggal-penggal sebagai wakil rakyat, malah diberikan peluang sebagai pembantu Menteri, namun tidak mengutamakan rakyat yang diwakilinya, malah ada calon tertentu, tidak membenarkan rakyat daripada kawasannya berkunjung ke rumah kediamannya.

5. Bagi berdepan dengan PRU-14, sebenarnya tiada isu utama yang boleh di bawah pembangkang mengecam kerajaan Bn secara umum, namun, masalah utama yang didepani oleh Bn adalah masalah setempat, khususnya berkaitan peribadi dan perebutan kuasa sesama sendiri di kawasan-kawasan tertentu. Sebagai misalan, bagi Dun Kedamaian, telah terdedah, bahawa memang wujud kepentingan peribadi di kawasan tersebut. Ianya ditunjukkan melalui pemilihan Bahagian PBS di kawasan itu pada bulan lalu. Bekas Setiausaha Bahagian PBS yang dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan tersebut telah bertanding jawatan Ketua Bahagian, kerana kekosongan jawatan tersebut. Syogianya, mantan Ketua Bahagian kawasan tersebut akan membantu setiausaha bahagian yang telah begitu lamanya berkhidmat semasa beliau menjadi Ketua Bahagian, namun pada pemilihan tersebut, mantan Ketua Bahagian itu berkempen menentang bekas Setiausaha bahagiannya tersebut, dengan bunyi kempen, sesiapa sahaja boleh mengundi calon-calon Ketua Bahagian, akan tetapi jangan undi Daimin Sulukan, kerana kalau menang, dia akan menjual PBS kepada Datuk Salleh Tun Said atau Umno, kerana didapati Daimin merupakan penyokong kepada Datuk Salleh.

6. Datuk Salleh merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, by convention, setiap kawasan di mana MP nya daripada Umno, maka Ketua Bahagian Umno merupakan Pengerusi Bn bagi kawasan tersebut. Melihat kepada keadaan di Dun Kedamaian, kawasan itu, tidak akan bakal kembali kepada pangkuan Bn, kerana masalah beberapa pemimpin di kawasan tersebut. Mereka akan sanggup mengalahkan calon Bn, dengan tujuan agar semua pihak putih mata. Inilah yang berlaku pada PRU-13 lalu, kerana rekod calon yang bersifat seperti pada para 5, maka ramai pengundi menolak calon tersebut meskipun mewakili Bn. Akibat tindakan beberapa pemimpin dan pengundi, maka calon parlimen Bn juga terkena tempias, sehingga semua Pusat daerah Mengundi bagi kawasan tersebut Bn kalah.

7. Berdepan dengan PRU-14, Bn Sabah walaupun pada masa ini ada kejadian-kejadian yang berlaku, khususnya dalam Umno, kerana pemecatan MP Semporna yang juga Naib Presiden Umno daripada kabinet Persekutuan, hanya akan berimpak bagi kawasan Parlimen Semporna, tidak akan merebak ke kawasan Dun, walaupun MP Semporna tersebut tidak dicalonkan semula.

8. Sebenarnya, isu yang didepani Bn Sabah, bukan bersifat umum yang mengarah kepada pucuk pimpinan yang diketuai Ketua Menteri Sabah, akan tetapi bersifat setempat yang berkaitan dengan perkhidmatan wakil-wakil rakyat. Untuk pengetahuan pucuk pimpinan, ada wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu tidak berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya secara keseluruhan, akan tetapi berisfat selektif dan pilih kasih, dan mengutamakan para kroni dan pembodek.

9. Adalah dicadangkan untuk memastikan, kawasan-kawasan yang dimenangi dengan majoriti yang rendah untuk kekal sebagai kawasan Bn, maka pergantian calon perlu dilakukan, kerana mengekalkan calon-calon yang menang pada PRU-13 lalu, boleh membawa padah atau lebih banyak negatifnya daripada positif.

10. Pucuk pimpinan Bn Sabah, sudah tentu mempunyai maklumat yang jitu dan terkini berkaitan dengan kawasan-kawasan yang diwakili ADUN tertentu, samada yang melibatkan ADUN daripada Umno mahupun komponen Bn. Jangan berulang kekalahan calon-calon Bn pada PRU-13 lalu kepada calon-calon pembangkang yang tidak dikenali, atas sebab protes pengundi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels