21 June 2015

Perkukuh Perpaduan Menerusi Amalan Mulia: Musa

1. Sempena Majlis Berbuka Puasa Zon1 (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran) pada Sabtu di Kudat, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengingatkan umat islam agar terus mengukuhkan perpaduan bukan sahaja sesama kaum muslimin tetapi juga dengan penganut kepercayaan lain melalui pelbagai amalan mulia seperti bersatu hati, bekerjasama dan slaing hormat menghormati.

2. Amalan mulia ini, kata Musa, sudah menjadi budaya masyarakat Sabah yang menjadikan keamanan terus dikecapi di negeri ini.

3. Menurut Ketua Menteri tersebut, amalan tersebut akan diteruskan untuk menjaga perpaduan. Hanya melalui perpaduan yang kukuh, negeri dan negara akan senantiasa maju. Perancangan dan program yang dijalankan demi faedah rakyat akan berjalan lancar melalui perpaduan yang kukuh, tambah beliau, semasa berucap pada majlis tersebut.

4. Pada kesempatan yang sama, Musa juga berkata, sebagai kerajaan yang diterajui Umno dan Barisan Nasional, kepimpian negeri dan negara akan terus prihatin dengan kepentingan dan keperluan rakyat dengan melaksanakan yang terbaik terutama bagi menunaikan segala janji pilihan raya kepada rakyat.

5. Mengenai beberapa musibah yang melanda Sabah baru-baru ini, seperti gempa bumi, disusuli dengan banjir lumpur, Musa melahirkan kesyukuran kerana melalui kerjasama semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, badan swasta serta pemimpin tempatan dan penduduk Ranau dan sekitarnya kerana dapat menangani bencana tersebut dengan baik.

6. Beliau juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana prihatin dan mengambil berat terhadap musibah yang menimpa Sabah khususnya kepada Perdana Menteri dan Timbalannya kerana datang melihat sendiri dan meninjau kesan gempa di Ranau.

7. Sesungguhnya menurut beliau, tiada masalah yang tidak boleh diatasi, jika terdapat kerjasama erat di semua peringkat khususnya antara Pusat dan Negeri. 

8. Sempena Majlis berbuka puasa Zon1, antara pemimpin negeri yang turut hadir, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Nizam-Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, para Ketua Bahagian serta timbalan Umno Bahagaian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

16 June 2015

Penyelesaian PATI Sabah

1. Hanya melalui kepimpinan Datuk Musa Aman, diwujudkan cara penyelesaian PATI Sabah. 

2. Masalah PATI yang telah wujud berdekad lamanya, yang bermula tahun 70-an, hanya diselesaikan secara serius bermuala pada Disember 2014.

3. Ekoran dikeluarkannya temuan RCI PATI Sabah pada awal Disember 2014, Ketua Menteri Sabah mengeluar tiga keputusan drastik- MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG pati. Daripada 13 Ketua Menteri Sabah, HANYA Musa yang bertindak demikian.

4. Ketua Menteri Sabah tersebut tidak akan boleh membuat keputusan drastik seperti itu jika tidak mendapat sokongan daripada Perdana Menteri. Kerana sokongan tersebut, maka kerajaan negeri dapat memanfaatkan semua agensi persekutuan yang berkait rapat dengan penguatkuasaan.

5. Mengatasi PATI tidak semudah digambarkan, kerana masalah parti sudah berakar umbi. Sebagai contoh, penculikan di Sabah dikatakan mempunyai hubungkait dengan PATI dan orang tempatan yang bertindak sebagai sindiket bermotifkan kewangan.

6. Kewujudan ESSZONE/ESSCOME tidak akan berfungsi dengan baik jika tidak mendapat kerjasama semua pihak, termasuk rakyat dan para pemimpin politik.

13 June 2015

Bangunan Di Sabah Perlu Quake-Proof: Musa

1. Mengambil iktibar gempa bumi yang melanda Sabah pada 5 Jun yang mengakibatkan kerosakan harta benda, Ketua Menteri Sabah menyeru sektor pembinaan agar mempertimbangkan membina perumahan dan bangunan di Sabah pada masa akan datang perlulah kebal gegaran gempa bumi.

2. Sabah kini sudah termasuk kawasan gegaran, walaupun sebelum ini berada di luar lingkaran Ring Of fire (ROF).

3. Gegaran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Ritcher pada pagi jumaat 5 Jun, bukan sahaja menyebabkan banyak rumah dan bangunan retak, akan tetapi memyebabkan kematian terhadap 14 pendaki dan 4 malim yang sedang berada di Gunung Kinabalu.

4. Gegaran berlaku lagi 2.29 pagi 13 Jun berukuran 5.1 pada skala Ritcher. Kerosakan sedang dikaji oleh pihak berkuatkuasa.

11 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Sabah Berkabung Sehari

1. Musibah atau malapetaka alam, tiada siapapun manusia boleh mencegahnya, apatah lagi gempa bumi.

2. Sabah dilanda gempa pada pagi Jumaat 5 Jun jam 7.15.51 pagi, di mana kawasan peranginan Gunung Kinabalu di landa teruk, bukan sahaja kerosakan harta benda, akan tetapi melibatkan 18 mangsa.

3. Taman Kinabalu, di mana Gunung Kinabalu berlokasi mengalami kerosakan teruk, sehingga memerlukan berjuta untuk membaiki pulih dan memberishkan kawasan itu agar bersedia menerima kembali pelawat.

4. Gunung Kinabalu, merupakan tarikan pelancong merata dunia, termasuk penduduk tempatan.

5. Gunung tertinggi di Asia tersebut, julung kali diterpa gempa yang mengakibatkan korban nyawa.

6. Mendengar berbagai cerita, mereka yang terperangkap semasa gempa, cukup mengerikan, sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah mereka yang terselamat, merasa hidup kembali.

7. Mengingat kepada bencana alam semulajadi melanda Sabah tersebut, Ketua Menteri Sabah mengistiharkan hari berkabung pada Isnin 8 Jun untuk menggambarkan betapa sedihnya rakyat Sabah.

10 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Mempamirkan Ketokohan Musa

1. Sebaik sahaja gempa itu berlaku pada pagi Jumaat 5 Jun, Datuk Musa selain sebagai Ketua Menteri Sabah, juga pengerusi Keselamatan Sabah, membuat tindakan pantas.

2. Tindakan beliau mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan kawasan Ranau, bertujuan agar semua pihak yang terlibat tidak perlu ke pejabat, sebaliknya berpeluang membantu impak kepada gegaran tersebut. Selain itu, beliau memerintahkan agar Ahli Jawatan Kuasa Bencana Negeri diaktifkan, agar segala bantuan yang diperlukan boleh digerakkan bagi membantu mangsa atau sesiapa sahaja yang terkena impak kepada gegaran gempa tersebut.

3. Juga, kerana berlakunya kematian akibat gempa tersebut, Musa mengumumkan hari Isnin 8 Jun sebagai hari berkabung bagi Sabah, tanda turut berdukacitanya seluruh rakyat Sabah.

4. Ketokohan Musa, bukan sahaja dikunjungi Timbalan Perdana Menteri akan tetapi juga oleh Perdana Menteri, selain para pemimpin lain termasuk daripada Sarawak.

5. Melihat kepada akibat gempa tersebut, semua pihak bertungkus lumus, menyalurkan berbagai bantuan, baik tenaga mahupun harta benda. Sebagai bukti kepada semua itu, tabungan yang diwujudkan mengalir bantuan-bantuan daripada orang ramai.

6. Tanpa berlengah, bagi membantu para mangsa, bantuan segera disalurkan, malah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan kawasan peranginan Taman Kinabalu.

5 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Musa Bertindak Cepat

1. Gempa bumi yang melanda Sabah pada jam 7.15.51 pagi 10km Barat Laut Ranau Sabah di kedalaman 80km, telah mengeggarkan kawasan Pantai Barat Sabah daripada Kudat hingga ke Beufort.

2. Selepas sahaja kejadian tersebut, Ketua Menteri Sabah telah bertindak cepat, pertama mengumumkan cuti bencana bagi Kakitangan Kerajaan bagi kawasan Ranau, kedua telah mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Bencana Alam negeri,

3. Melalui tindakan cepat tersebut, beliau bertukar-tukar tweet dengan Menteri Pertahanan Dato Hishamuddin Hussien dan Dato Masidi Manjun, berkaitan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada para pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap.

4. Sehingga tulisan ini ditulis, masih 89 pendaki gagal dikesan, namun pihak Majlis Keselamatan Negara yang diketuai Brig Jeneral Masrani sedang bertungkus lumus mengesan para pendaki tersebut dengan menggunakan berbagai aset termasuk Helikopter EC735 yang mampu digunakan dalam keadaan ekstrim.

5.Tindakan cepat Ketua Menteri mendorong berbagai pihak juga bertindak cepat, termasuk pasukan keselamatan dan bomba.

6. Gegaran pagi Jumaat yang berkekuatan 6 pada Richter Scale telah mengakibatkan gegaran kuat termasuk merosakan harta benda di sekikar kawasan pusat gegaran.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels