31 January 2018

BN Menjamin Masa Depan Sabah dan Rakyatnya

KATA peribahasa, jangan sesekali terperangkap dengan keadaan seperti tikus membaki labu, mendengar guruh di langit lalu mencurahkan air di tempayan, atau mengejar bayang-bayang, kerana semua itu merangkap anda pada sesuatu yang sia-sia.

Kerajaan Bn yang menerajui Sabah sejak tahun 1994, telah menunjukkan komitmen dan komited memajukan negeri dan rakyatnya.

Perancangan yang mantap sudah dibuat, ada yang sudah siap dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Halatuju pembangunan dan Kemajuan Sabah sudah "in-place" dan telah membuahkan hasil, pelaksanaan pada landasan betul, dan pasti pada tahun 2025, Sabah lepas landas sebagai negeri maju.

Rakyat Sabah tidak perlu lagi terpengaruh dengan parti-parti yang tidak tentu arah, yang mana para pemimpinnya masih asyik dengan janji-janji bulan bintang, janji retorik.

Parti Bn ibarat kerja menanam padi, bukan sahaja padi sudah dituai, malah penanaman sudah berkali-kali, selain itu padi sudah menjadi beras dan seterusnya nasi. Berbanding parti-parti yang melawan, sawah bendang masih dipenuhi lalang, semak belukar, namun memberi tahu rakyat, bahawa hasil tuaian padi bakal berkarung-karung/berguni-guni, sedangkan jenis benihpun belum dikenal pasti, entah-entah benih padi angin.

Kepada rakyat Sabah, pada PRU-14, pastikan anda terus memilih parti Bn untuk meneruskan momentum pembangunan dan kemajuan untuk generasi akan datang. Jangan terperangkap dengan kata peribahasa, parti seperti tikus membaiki labu, mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels