23 January 2018

SOMBONG DAN EGONYA SHAFIE

Lihat lambang #1 dibaju beliau
SELEPAS menghina RELA, Datuk Shafie menghina pula ibu bapa pelajar yang mendapat bantuan beg sekolah daripada agensi kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dalam rangka bantuan (CSR) syarikat-syarikat berkenaan.

Dahulu, semasa masih menteri, beliau juga turut sama membahagikan beg-beg sekolah kepada para pelajar, namun masa itu, menurut beliau, tindakan seumpama itu adalah untuk mengurangkan beban ibu bapa pelajar, khususnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Namun, kini, beliau menghina pula tindakan itu, kerana menurut beliau, menerusi tindakan itu, menunjukkan kerajaan gagal menjadikan semua rakyat cukup pendapatan.

Shafie lupa, bahawa hanya setahun lebih sedikit beliau meninggalkan kerajaan yang telah menjadikan beliau kaya raya, dikenali, malah menjadikan beliau menteri. Mengapa selama menjadi pemimpin kerajaan yang memberikan jasa kepada beliau, tidak sepatah perkataanpun keluar daripada mulut beliau, bahawa memberikan beg sekolah dan bantuan-bantuan kepada pelajar di mana ibu bapa mereka kurang pendapatan, tidak menjadi satu masalah. Mengapa baru sekarang? 

Menerusi kenyataan MP Semporna itu, menunjukkan bahawa beliau adalah seseorang yang mudah lupa daratan, seperti kacang lupakan kulit. Rakyat kena berfikir 1000 kali menyokong pemimpin seumpama ini, kerana rakyat hanya dijadikan batu loncatan untuk beliau mendapat kuasa. Parti Umno merupakan parti yang beliau pergunakan untuk menempah nama dan kedudukan selama 22 tahun, malah parlimen Semporna yang beliau wakili sekarang, kerana menang melalui parti Umno. Parti yang berjasa pada beliau selama 22 tahun, memberi beliau kuasa memeperkayakan para kroni beliau, sehinggakan hak rakyat menerusi dana KKLW untuk rakyat luar bandar pun, diselewengkan.

Rakyat kena mengambil iktibar, menerusi tindakan Presiden parti Warisan Sabah itu masa lalu, bahawa beliau hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dan para korni beliau. Rakyat hanya dijadikan keldai sebagai mencapai hasrat peribadi, bukannya membela rakyat. Bukti nyata, parti dan kerajaanpun yang memberi beliau nama dan kedudukan, boleh beliau lupa, apatah lagi rakyat!!!. Menyokong Shafie, sama dengan menyiram air di daun keladi, sama dengan mencurah garam ke laut, jawapannya adalah sia-sia. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels