18 February 2018

Semporna Bakal Pusat Produk Pelancong- Ramlee

Semporna adalah satu kawasan pelancongan di Sabah, kerana Pulau Sipadan yang terkenal di dunia terletak di kawasan itu.

Sesuai dengan jenama itu, pada Sabtu diadakan Expo Usahawan Aspirasi Sabah yang diadakan di Padang Pekan Semporna yang dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Ramlee Marahaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Ramlee berkata program seumpama itu memang tepat pada masanya, bagi memacu ekonomi bumiputera khususnya dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan.

Sebagai kawasan tumpuan pelancong, sudah tentu kuasa beli pelanggan atau pengguna terhadap produk pelancongan dan perkhidmatan cukup tinggi, dengan demikian maka dapat mempertingkat perekonomian kawasan itu secara umumnya.

Timbalan Ketua Biro Penerangan Umno Sabah itu menekankan, bahawa rezeki ( pendapatan atau kekayaan) 9/10 bersumber daripada perniagaan.

ADUN Bugaya itu mengharapkan penduduk Semporna khususnya dan Sabah amnya dapat memanfaatkan jenama Semporna sebagai kawasan peranginan dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan, kerana selain menyumbang kepada pendapatan perkapita rakyat kawasan itu, juga Negeri dan Negara.Sudah tiba masanya rakyat Semporna membuka mata berkaitan potensi Semporna sebagai pusat peruncitan dan perkhidmatan yang berkaitan pelancongan.

Pelanongan menurut Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu merupakan sektor utama dalam halatuju Sabah menuju Negeri Maju pada tahun 2025 yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.

17 February 2018

Perkukuh Semporna Sebagai Tumpuan Pelancong- Ramlee

Semporna akan terus diperkukuhkan sebagai tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Mesej itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban semasa melancarkan Kayuhan Basikal Patriot & Jalinan Silaturahim Semporna anjuran Biro Tata Negara (BTN) dan Umno Semporna di Pekan Semporna pada Sabtu.

Program itu disertai 400 peserta yang datangnya dari Semporna dan kawasan berhampiran. Antara pesereta Kayuhan itu adalah ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang, dan Pengarah BTN Pusat- Datuk Ibrahim Saad.

Ramlee dalam ucapan beliau semasa melancarkan program itu, aktiviti sedemikian akan mendorong beliau untuk meningkat prasarana di kawasan Semporna termasuk prasarana sukan.

Aktiviti berbasikal seumpama ini, dapat menjalinkan perpaduan dan kesatuan yang kukuh pada masyarakat Semporna dengan mereka yang menyertainya.

Beliau berharap, aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

10 February 2018

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (CTC) SEMPORNA DILANCAR

DATUK Ramlee Maharaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Bugaya melancarkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (CTC) Semporna pada Sabtu.

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan. Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama / tertentu (key touchpoint services) yang diperlukan kepada penduduk luar Bandar atau komuniti pedalaman.


Semporna dipilih bagi pelancaran CTC, sebagai pemudah cara Kawasan itu maju, seiring dengan kemajuan di Kawasan-kawasan lain.

Semporna sebagai Kawasan pelancongan antarabangsa, memerlukan pusat seumpama ini, bagi memudahkan rakyat Kawasan itu bagi mengembangkan aktiviti masing-masing.

4 February 2018

SEMPORNA BERUBAH WAJAH


Datuk Ramlee Semasa Melancarkan Internet Berkelajuan Tinggi unifi TM 
RAHMAT kepada rakyat Semporna, apabila Datuk Shafie Apdal bukan lagi pemimpin Umno dan Bn di kawasan itu, pembangunan dan kemajuan kawasan itu semakin rancak.

Membangun dan memajukan kawasan itu dirancang kepimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman dan diterjemahkan oleh Datuk Ramlee Maharaban, semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Jika pada awal tahun 2017, dilaksanakan pecah tanah pembinaan Pasar Sejahtera Pekan Semporna, dan kini projek itu sudah berjalan, semalam pula di Pekan itu telah dipasang internet berkelajuan tinggi (High Speed Broadband) UNIFI oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Kemudahan internet berkelajuan tinggi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri, merangkap ADUN Bugaya- Datuk Ramlee Marahaban.

Dengan adanya internet berkelajuan tinggi di kawasan itu, ianya boleh mendorong kemajuan kawasan itu, selain sebagai pemudah cara kemajuan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Kemudahan internet, sudah merupakan sebahagian keperluan rakyat masa kini, bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat, akan tetapi sebagai perantara untuk menjalankan perniagaan.

Kemudahan internet berkadar laju, memang diperlukan bagi kawasan seperti Semporna, kerana kawasan itu merupakan destinasi pelancongan baik pelancong dalam negara akan tetapi pelancong antarabangsa.

Ramlee melihat keperluan dan pentingnya kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, kerana kemudahan seumpama itu merupakan satu keperluan untuk menjadikan rakyat kawasan itu sebagai sebahagian daripada dunia digital.

Inisiatif beliau tahun lalu, agar kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, tidak sampai setahun sudah menjadi kenyataan.

Dunia digital bukan sahaja merupakan sebahagian daripada gaya hidup, akan tetapi juga sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian masyarkat di seluruh pelosok dunia.

Kemudahan internet, boleh menjadi perantara bagi penguasa atau peniaga atas talian, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga boleh menjadi perantara sebagai media mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan kadar kos yang termurah.

Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan semalam, memang untuk sementara hanya meliputi kawasan Pekan dan sekitarnya, akan tetapi di masa yang terdekat akan diperluas di kawasan-kawasan lain termasuk kawasan-kawasan pulau.

Tergambar sungguh, bahawa kawasan Semporna akan semakin maju, selepas Shafie tidak lagi menjadi pemimpin kerajaan di kawasan itu, apabila pada acara perasmian UNIFI TM itu, Ramlee turut mengumumkan Peruntukan Sebanyak RM 2 Juta Bagi Menaik Taraf Padang Pekan Semporna.

Umum mengetahui, bahawa padang pekan semporna begitu nostalgia dan bersejarah kerana lahirnya atlet-atlet Semporna yang hebat dan terkenal adalah kerana padang pekan Semporna yang begitu sinonim dengan masyarakat setempat.Bukan sahaja sebagai tempat untuk bersukan dan melahirkan atlet terkenal, padang pekan semporna turut menjadi tempat majlis keraian dan majlis-majlis ilmu serta rasmi kerajaan seperti sambutan hari kebangsaan. sambutan maulidur rasul, sambutan regata lepa dan sebagainya.

Peruntukan sebanyak RM 2 Juta itu akan merangkumi 2 komponen utama, pertama padang bola sepak dengan dilengkapi kemudahan padang sintetik bertaraf olimipik, manakala yang kedua adalah padang bagi jenis yang tahan lasak ( heavy duty ) bagi menampung kenderaan berat atau majlis berbentuk pameran. Selain itu, komponen-komponen lain turut akan di naik taraf seperti tandas awam, kawasan tempat duduk, pagar dan pentas utama padang pekan semporna.

Lanskap Semporna pasti berubah 360 darjah melalui kerja-kerja penaiktarafan padang pekan semporna yang akan berubah wajah sedikit masa lagi, Inilah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) terhadap kesejahteraan rakyat semporna khususnya dan banyak lagi, yang sentiasa memahami aspirasi terutamanya anak muda dan masyarakat umum. Komitmen pemimpin kita dalam menyuarakan keperluan dan suara kita untuk diangkat bagi perhatian pucuk pimpinan sentiasa diberi laluan mudah untuk direalisasikan, inilah kerajaan bertunjangkan rakyat untuk rakyat yakni Kerajaan Barisan Nasioanl dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels