31 March 2018

PRU-14: CALON NOMAD

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Dr Zahid Hamidi semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Negeri Johor, untuk menolak calon nomad, membawa implikasi seorang calon daripada Sabah yang terpaksa berpindah tempat, kerana tidak lagi menjadi pilihan parti dan pemimpin setempat.

Memang kenyataan TPM itu merujuk kepada Lim Kit Siang, kerana penasihat DAP itu merupakan calon nomad.

Jika lah, pengundi mengambil iktibar kepada kenyataan TPM itu, maka jika ada calon Bn dalam kategori yang sama, maka ianya boleh digunakan oleh parti lawan untuk merai undi.

Jalinan komunikasi pada era ini, tidak lagi terhad, di tempat di mana sesuatu kenyataan itu diucapkan. 

Kenyataan TPM itu, sudahpun digunapakai oleh parti lawan dan disebarkan melalui media alternatif, cerita-cerita kedai kopi. Nampak gayanya, kenyataan TPM itu, boleh menjadi penghalang kepada calon "nomad" Bn Sabah pada PRU-14. 

Apa kah menerusi kenyataan TPM itu, boleh mempengaruhi keputusan Bn Sabah mencalonkan calon "nomad"? kerana, kenyataan itu, boleh menghalang kemenangan.

KEHADIRAN CERAMAH DAN JUMLAH UNDI

JUMLAH undi seseorang calon ditentukan oleh pengundi yang mendaftar di kawasan itu, sedangkan kehadiran pada sesebuah ceramah politik, analog dengan undi popular, tidak mencerminkan undi pada sesebuah kawasan.

Memang daripada segi propaganda, kehadiran pada sesebuah ceramah politik, boleh membangkitkan emosi pihak lain yang melihat. 

Sehingga kini, relevansi antara kehadiran ceramah politik dengan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon belum dibuktikan, kerana kerap kita melihat, pada ceramah-ceramah atau perjumpaan politik sebelum ini, sebagai contoh pada awal era reformasi pada tahun 1998, lautan manusia yang menghadiri perjumpaan Dato Seri Anwar, namun pada PRU 1999, parti yang menyokong beliau, tidak juga mendapat kerusi yang banyak, malah hanya menang di kawasan tradisi beliau Permatang Pauh.

Di Sabah di ambang PRU-13, perjumpaan Anwar di Sepanggar dipenuhi ribuan manusia, namun pada PRU-13, Sepanggar dimenangi calon Bn dengan majoriti yang cukup besar.

Pemimpin Pakatan Harapan, mendakwa, bahawa tsunami melayu akan berlaku, kerana kehadiran begitu ramai pada ceramah politik Tun Dr Mahathir di Guar Cempedak, Kedah. 

Kehadiran pada sesebuah ceramah politik, merupakan peristiwa "homogen" di mana mereka yang sefahaman berkumpul pada suatu masa, namun mereka itu tidak menggambarkan jumlah undi di sesebuah kawasan.

Sistem pengundian negara berasaskan Pusat Daerah Mengundi, berasaskan first the past post, bukan berasaskan undi popular.

Sebab itu, kehadiran ceramah politik, tidak menggambarkan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon atau parti.

Banyak contoh di negara ini, di mana ceramah politik yang dibanjiri hadirin, namun selepas pengiraan undi, jumlah kehadiran itu tidak diterjemahkan kepada jumlah undi.

Sebenarnya, kemenangan seseorang calon atau parti pada sesebuah kawasan, sangat bergantung kepada penyokong "homogen" pada sesebuah kawasan. Jika jumlah yang berfahaman sama itu majoriti, maka calon atau parti yang disokong akan menang.

Membuat kesimpulan, bahawa kehadiran menggambarkan sokongan, tidak semestinya betul. Jika andaian dibuat berasaskan kehadiran, maka analog dengan mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Kehadiran yang begitu ramai pada ceramah parti lawan, sebenarnya boleh menjadi pembakar semangat kepada jentera Bn untuk berkerja lebih kuat lagi.

PRU-14 SABAH: PEMBANGKANG MEMBANGKITKAN SENTIMEN DAN EMOSI

Bangunan Jadi Rebutan
Berita palsu yang dikaitkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan 30,000 dokumen kepada warga asing kononnya untuk melayakkan mereka mengundi, dakwaan Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa undi pos disorokkan dengan undi palsu, selain isu persempadanan merupakan isu yang membangkitkan sentimen dan emosi.

Pada PRU-13, berita palsu yang dikaitkan dengan 40ribu pengundi Bangla, isu padam lampu semasa pengiraan undi, isu pembakaran kitab injil, jika Bn menang juga telah menimbulkan sentimen & emosi.

Selain daripada itu tujuan jangka panjang kaum cina untuk menguasai politik tanah air, telah mendapat jolokan "tsunami cina" pada PRU-12 & 13.

Kaum cina telah sedar daripada awal, setiap daripada mereka yang cukup umur untuk mengundi, maka mereka mendaftar sebagai pengundi, berbeza dengan kaum melayu, yang masih terpaku bahawa negara ini mempunyai majoriti penduduk melayu, maka tidak kurang 3 juta di seluruh negara yang layak mengundi, tidak mendaftar sebagai pengundi.

Jika pada PRU-12 &13 telah berlakunya tsunami kaum cina, yang menyebabkan kehilangan kuasa 2/3 bagi Bn dan pada PRU13, undi popular, maka parti-parti yang melawan Bn mengharapkan tsunami melayu pula pada PRU-14.

Harapan untuk tsunami melayu disandarkan kepada faktor Tun Dr Mahathir, sebab itu di Semenanjung parti tajaan beliau diberikan 52 kerusi daripada 165.

Apa yang dimbil kira oleh parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah) bahawa pada PRU-12 & 13, faktor penyokong Pas adalah sebahagian daripada mereka.

Pada PRU-14, jika betul-betul berlaku, bahawa Pas akan bersendirian, maka harapan PH berkaitan tsunami melayu hanya tinggal angan-angan.

Di kawasan majioriti kaum melayu, selain Bn dan PH, PAS juga akan bertanding. Undi Pas akan tetap mengundi PAS, demikian juga pengundi Bn. Memang tidak dinafikan ada pengundi Bn (khususnya Umno) akan mengundi PH (menerusi PPBM), demikian pengundi PAS mengundi PH (menerusi Amanah), namun jumlahnya tidak akan menyebabkan Bn atau Pas kehilangan undi yang signifikan.

Bagi kawasan sedemikian, maka parti yang menonjol adalah samaada Bn atau Pas. Namun bagi kerusi tradsisi Umno (74 di Semenanjung) jika berlaku pertembungan tiga penjuru, akan berpihak kepada Bn. Jika demikian, maka impian PH berkaitan tsunami melayu, hanya angan-angan tidak kesampaian.

Pemimpin seperti Tun Dr Mahathir tahu bahawa tsunmai melayu tidak akan berlaku pada PRU-14, sebab itu beliau sanggup membuat cerita-cerita karut, seperti SPR bakal menipu pilihanraya, semata-mata untuk membangfkitkan sentimen dan emosi.

Di Sabah pula, parti yang berkolaborasi dengan PH, parti Warisan Sabah, membangkitkan sentimen agama dan suku bangsa, selain isu dakwaan fitnah, misalnya berkaitan tanah dan pembalakan, selain membangkitkan MA63.

Pendek kata, pada PRU-14, akan diwarnai dengan isu sentimen & emosi, melawan fakta kemajuan & pembangunan.

Jika majoriti rakyat negara ini akan memilih berkaitan sentimen & emosi, maka ianya merupakan malapetaka kepada sistem politik negara, kerana dalam dunia moden ini, akal dan fikiran tidak digunapakai.

PRU-14 SABAH: ANTARA SENTIMEN DAN KEMAJUAN

Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan kerana sentimen adalah pada tahun 1976 dan tahun 1985.

Paling menonjol sekali pada tahun 1985, apabila sentimen mengatasi kemajuan. 

Rakyat negeri ini yang berusia antara 40-an ke atas sudah tentu masih ingat bagaimana rentak kemajuan negeri antara tahun 1976-1985, di bawah pemerintahan parti Berjaya yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Dalam tempoh masa 9 tahun, bukan sahaja pembangunan fizikal akan tetapi penyediaan peluang-peluang pekerajaan disediakan, kerana kerajaan negeri banyak mengwujudkan berbagai agensi kerajaan, seperti KPD, SAFODA, Ko-Nelayan, Safma, SFI, Sabah Shipyard, Cement Industry, SEDCO dan banyak lagi.

Hanya kerana sentimen, kerajaan yang membawa begitu banyak kemajuan dan pembangunan, cukup mudah dikalahkan.

Demikian juga apabila Parti PBS yang menjadi parti pembangkang kepada Bn bermula tahun 1990, meskipun kerajaan negeri dan rakyatnya dinafikan daripada segi kemajuan & pembangunan oleh Persekutuan semasa era Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) sejak tahun 1985, namun hanya kerana sentimen, pada pilihanraya negeri sehingga tahun 1994, kerajaan parti PBS terus mendapat sokongan rakyat Sabah.

Terlihat sungguh menerusi rekod itu, bahawa rakyat Sabah lebih cenderung kepada sentimen berbanding kemajuan.

Hanya kerana pesempadanan semula tahun 2002 yang diguna pakai pada PRU-2004, maka nisbah kerusi negeri bertukar daripada 20:20:8 kepada 32:20:8, telah menyebabkan parti yang membawa sentimen mengalah dan menyertai semula parti yang ditinggalkan pada tahun 1990.

Kini, isu sentimen dimainkan semula, khususnya oleh parti Warisan Sabah, pimpinan Datuk Shafie Apdal. 

Cara parti itu mempengaruhi rakyat Sabah meniru kombinasi antara cara parti Berjaya menumbangkan Usno dan cara PBS menumbangkan parti Berjaya.

Parti itu mempergunakan suku bangsa dan agama, mempergunakan isu-isu sentimental seperti isu tanah, selain isu kongkongan pemimpin Semenanjung terhadap pemimpin Sabah.

Sejauh mana kah isu sentimen mewarnai PRU-14? Apa kah rakyat Sabah masih menggunapakai cara lama? atau kah rakyat Sabah telah mengalami transformasi minda, bahawa kemajuan & pembangunan merupakan penentu kepada pilihan mereka.

Parti pembangkang, sebenarnya ketandusan isu jika berkaitan kemajuan & pembangunan, kerana kerajaan Bn telah memajukan Sabah sejak tahun 1994. 

Fakta bahawa kemajuan & pembangunan Sabah dilandasan betul, apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan. Cuba bayangkan kadar kemiskinan tahun 2009 adalah 19.7%, walaupum dalam tempoh masa 15 tahun kerajaan Bn membawa begitu banyak kemajuan & pembangunan. Kadar kemiskinan telah turun kepada 2.9% pada tahun 2016, dan dijangka kadar itu akan menurun seterusnya ke angka di bawah 2% dalam sedikit masa lagi.

Menjelang PRU-14 yang sudah diambang pintu, rakyat negeri ini, hanya akan menunggu keputusan itu, apa kah SENTIMEN merupakan penentu atau kah KEMAJUAN & PEMBANGUNAN!!!.

Jika KEMAJUAN & PEMBANGUNAN merupakan pilihan, bermakna, rakyat Sabah telah mengalami transformasi dalam segi politik, yang membawa erti, bahawa rakyat Sabah sudah menuju politik matang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels