1 April 2018

DISEBALIK 'SWING VOTES"

Pemimpin Yang Mengharapkan Swing Votes
SEDAR atau tidak, faktor yang menyebabkan "swing votes" atau undi beralih, bukan kerana parti atau polisi kerajaan akan tetapi disebabkan oleh berbagai peringkat yang membabitkan berbagai dakwaan, termasuk fitnah, pembohongan dan cerita palsu.

Atas sebab itu pemimpin PH, menumpukan kepada pembunuhan karakter baik membabitkan perorangan mahu agensi kerajaan seperti SPR untuk membangkitkan sentimen dan emosi rakyat agar swing votes berlaku.

PH mengharapkan 15% swing votes daripada kaum melayu menyokong mereka. Jika ini berlaku, maka ianya dikategorikan sebagai tsunami melayu.

Pada PRU-12 & 13, berlaku tusnami cina. PR masa itu, berjaya manafikan kuasa 2/3 Bn di Dewan Rakyat, selain mendapat undi popular pada PRU-13.

Hanya menerusi tsunami melayu, PH akan mengatasi kerusi Bn daripada 165 yang dipertandingkan di Semenanjung.

Pada PRU-13, Bn menang 85, manakala lawan 80. PH akan mendapat majoriti mudah, jika menang 103 daripada 165, dan 9 daripada Sabah & Sarawak.

Jika PH menang 103, bermakna, semua parti komponen Bn di Semenanjung kalah kecuali Umno menang 62, berkurang 12 kerusi daripada 74. 

Perkiraan PH itu, 100% menafikan undi ahli & penyokong parti Pas, dengan kata lain, mereka mengandaikan, parti Pas juga akan kosong kerusi seperti mana parti MCA, Gerakan dan MIC.

Dalam politik memang berlaku segala kemungkinan. Namun adalah perkiraan keterlaluan bahawa Umno akan kecundang di 12 kerusi, MCA, Gerakan, MIC serta Pas kosong kerusi, adalah perkiraan di atas kertas yang termasuk syiok sendiri.

1 comment:

Unknown said...

Pada hemat dan pandangan teman... merwka mmg sedang syok sendiri... kalaulah pun PAS gagal memenangi sebarang kerusi... mereka lupa agaknya banyak kerusi PAkatun sebwlum ni di sumbang oleh undi penyokong PAS.... penyokong PAS sama sahaja dengan penyokong uMno... yanf akan terus sokong atau Wala kepada parti mereka.... kalaupun ada yang tak menyokong.... agak2nya berapa yek?.... berapa ekor yg sebenarnya menyokong PPBM... sebab sampai sekarang mereka tak berani umumkan jumlah ahlinya.... dengar khabar kurang dari 150,000.... dan jangan lupa.... kaum Xina sudah mula kemvali kepada MCA dan Gerakan.... adalah sikit kalaupun tidak separuh.... silap2 habis pilihanraya HARAPAN akan reka banyak kes dan tuntutan kononnya pilihanraya kali ini adalah pilihan raya berbau najis dan kotor (yang baunya macam parti PPBM dan DAP)....uwekkkk!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels