4 April 2018

GENDANG PRU-14 SEDANG MENGHITUNG JAM- SESAMA SENDIRI BERBALAH

Rakyat bukan sahaja keliru akan tetapi muak, apabila berlaku perbalahan antara para pemimpin Bn, sedangkan hari penentuan atau istilah PM & TPM Hari Raya Besar diambang pintu.

Untuk mencegah perbalahan itu, kerap sekali Menteri Komunikasi & Multimedia- Datuk Salleh Tun Said Keruak mengingatkan, raikanlah perbezaan pendapat, dan berpolitiklah secara matang, untuk mengelak persengkataan.

Sejak akhir-akhir ini perbalahan antara mantan-mantan pemimpin Umno dengan pemimpin yang masih berkhidmat, menunjukkan kepada rakyat, bahawa pemimpin Umno, bukan untuk rakyat & negara, akan tetapi lebih kepada mempertahankan ego masing-masing serta kepentingan peribadi.

Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Dato Mukhriz Mahathir, Datuk Shafie Apdal dan ramai lagi, menentang Umno, bukan kerana untuk kepentingan rakyat, akan tetapi demi kepentingan peribadi.

Mengapa kah pemimpin lama seperti Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz begitu kritikal terhadap pemimpin yang sedang berkhdimat. Tidak cukup kah peluang yang telah diberikan pada mereka masa lalu? Tidak cukup kah sokongan yang telah diberikan kepada mereka semasa berkhidmat termasuk sokongan pemimpin yang sedang berkhidmat?

Mengapa mereka ini, tidak mencontohi Mantan PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi? Mengapa mereka ini tidak mencontohi pemimpin lain yang telah bersara, dan bertindaklah sebagai pesara!!!.

Tindakan mereka itu, bukan sahaja rakyat menjadi “jenuh=saturated” akan tetapi muak. Apa kah tindakan sedemikian menjadi katalis kepada pengundi untuk menolak parti? Selain tindakan mantan-mantan pemimpin yang sudah menjadi pembangkang dan sudah tentu mahukan penyokong parti untuk berpaling tadah.

1 comment:

Unknown said...

Tak susah nak congak.... perkiraan mudah. Bekas kepimpinan dan pemimpin yang berkokok kuat ekor bergelumang tahi memang sah mementingkan agenda pribadi dan kroni.... Rakyat akan terus memilih kepimpinan yang sentiasa merancang dan melaksana janji untuk rakyat... setiap agensi kerajaan dan badan yang ditubuhkan kerajaan seperti SPAD contohnya berfungsi dengan baik dan terbukti. Ternyata NBOS atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan adalah wawasan utuh yangbukan sahaja mensasarkan kejayaan tetapi 'menampakkan kejayaan'. Semoga TN50 melengkapkan lagi transformasi ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels