18 April 2018

LANGKAWI PENUTUP LEGASI TUN DR MAHATHIR

TIDAK dinafikan, mitos sumpahan Mashuri telah ditamatkan semasa era Tun Dr Mahathir. Mitos itu berjaya ditamatkan kerana polisi kerajaan masa itu, menjadikan pulau itu sebagai pulau peranginan.

Selama 22 tahun, semacam satu paksaan, khususnya para pegawai kerajaan daripada Sarawak dan Sabah, kelayakan percutian setiap dua tahun bagi kaki tangan yang layak, menyeraikan Langkawi sebagai destinasi.

Demikian juga penumpuhan pembangunan pulau itu untuk dijadikan sebagai pusat peranginan antarabangasa, dengan berbagai program anjuran kerajaan, antara lain pameran udara antarabangsa, Le Tour De Langkawi dan sebagainya.

Memajukan pulau itu, kononnya untuk manamatkan mitos sumpah mashuri dapat dijayakan menerusi kerajaan Barisan Nasional, bukan atas nama individu. Tiada individu yang boleh menjayakan sesuatu parancangan, melainkan atas sokongan semua pihak.

Jika Tun Dr Mahathir menganggap dengan bertanding di Langkawi supaya pengundi pulau itu mengingati beliau sebagai individu dan mengenepikan sumbangan kerajaan parti Barisan Nasional, menggambarkan bahawa pengundi pulau itu tidak menerima hakikat sebenarnya.

Pengundi Langkawi diyakni tidak akan mengundi atas sumbangan individu akan tetapi berasaskan sumbangan kerajaan, kerana tanpa kerajaan yang membantu seseorang individu pembangunan dan kemajuan sesebuah kawasan seperti Langkawi tidak akan tercapai.

Tiada rekod di negara ini bahawa seseorang memajukan kawasan yang bukan milik peribadinya. Apa yang adalah, seseorang itu hanya mempercantik rumah dan halaman rumahnya termasuk pagar-pagar yang mengelilingi rumah itu.

Jika pengundi Pulau Langkawi menerima hakikat, bahawa kemajuan pulau itu kerana kerajaan Barisan Nasional, bererti, pengundi pulau akan terus menyokong calon parti Barisan Nasional pada PRU-14.

Sebenarnya Parlimen Langkawi adalah wilayah Bn. Pada PRU-13 lalu, calon Bn menang dengan majoriti besar.

Tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir merupakan rakyat Kedah, dan beliau tahu keinginan rakyat negeri itu. Namun beliau juga berdepan dengan calon daripada negeri yang sama yang juga tahu selera rakyat negeri itu.

Atas sebab latar belakang yang sama, dan mengambil kira, kerajaan dan parti yang memajukan pulau itu, maka calon Bn mempunyai kelebihan sebelumpun hari mengundi. Jika pengundi pulau itu bersandar kepada parti dan kerajaan yang memajukan pulau itu, nampak gayanya, kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai calon menentang Bn merupakan penamat kepada legasi beliau.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels