4 April 2018

Pemimpin Sabah Tamak- Tun Dr Mahathir

Betul kah pemimpin Sabah tamak? Kerana ketamakan, maka kemajuan negeri terbantut, demikian lah dakwaan Tun Dr Mahathir.

Menurut calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu, jika parti proksi beliau di Sabah- Parti Warisan Sabah dapat menubuhkan kerajaan negeri, maka Ketua Menterinya adalah Datuk Shafie Apdal, kerana menurut mantan PM itu, Shafie adalah pemimpin yang boleh memajukan Sabah & rakyatnya kerana tidak tamak.

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu, tidak berpijak dibumi nyata. Apa kah beliau tidak mengikuti tindakan SPRM sejak Oktober 2016 dan berlanjutan sehingga Oktober 2017, yang telah menangkap beberapa individu yang terlibat dengan projek-projek di bawah KKLW semasa Shafie menjadi menteri. Selain itu, mantan menteri selain disiasat, juga turut ditangkap dan direman.

Mengapa Tun Dr Mahathir tidak mengakui, bahawa kemajuan Sabah & rakyatnya bukan kerana pemimpin negeri tamak, akan tetapi tindakan beliau meganak tirikan Sabah, kerana semasa era beliau Bn Semenanjung boleh menubuhkan kerajaan sendiri, tanpa penyertaan Sabah & Sarawak.

Sabah idak mendapat peruntukan sewajarnya daripada Persekutuan, dan keadaan itu bertambah-tambah pada tahun 1985-1994.

Tun Dr Mahathir suka sangat melindungi perbuatan jijik beliau dengan menamakan pihak lain.

Sebagai contoh, lebuh raya Pan Borneo, telah muncul sejak era Tunku Abdul Rahman Al-Haj, dan ianya terealisasi semasa era Dato Seri Najib Razak.

Sebenarnya Tun Dr Mahathirlah yang menyebabkan Sabah & Sarawak mundur, kerana pendapatan Persekutuan daripada dua negeri itu, khususnya hasil minyak, tidak digunakan memajukan dua negeri itu, sebaliknya digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, Litar lumba Sepang, dan pembinaan Putrajaya.

Bukti jelas, semasa era Tun Dr Mahathir, peruntukan Persekutuan kepada Sabah cukup rendah. Sebagai contoh RMK-7 (1996-2000) hanya RM6.93bilion; RMK-8 (2001-2005) RM13.2bilion, RMK-9 (2006-2010) RM17.7bilion dan RMK-10 (2011-2015) RM21.96bilion. Bagi RMK-11 (2016-2020), separuh jalan bagi rancangan Malaysia itu, sebanyak RM15 bilion telah diberikan kepada Sabah, dan sudah tentunya banyak lagi peruntukan akan menyusul, malah untuk tahun 2018 sahaja adalah RM3.87bilion. Bukan sahaja, peruntukan untuk Pan Borneo adalah sebanyak RM12.86bilion yang meliputi 730Km daripada Sindumin hingga ke Tawau.

Peruntukan untuk luar bandar Sabah di masa era Tun Dr Mahathir, RMK-7 hanya RM107.8juta dan RM1.42bilion bagi RMK-8, berbanding peruntukan di era Dato Seri Najib, daripada tahun 2011-kini telah berjumlah RM10.2bilion.

Hakikatnya berasaskan kepada data kewangan, bukanlah kerana pemimpin Sabah tamak, penyebab negeri mundur, akan tetapi tindakan mantan PM itu membelakangkan kemajuan Sabah.

Salah satu lagi tindakan memundurkan kemajuan Sabah adalah menerusi penggiliran Ketua Menteri, kerana mana ada seorang Ketua Menteri boleh memperkenalkan perancangan dalam tempoh dua tahun? walaupun kerajaan yang meneruskan adalah daripada parti yang sama, kerana masing-masing pemimpin mempunyai gaya kepimpinan. Sebagai contoh, semasa Datuk Salleh Tun Said Keruak dilantik ke jawatan Ketua Menteri, hanya untuk 9 bulan. 

Kerana pemimpin Sabah menyedari selepas Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, maka mencadangkan menansuhkan penggiliran Ketua Menteri, maka selepas itu, Sabah maju.

Kemajuan & pembangunan Sabah digambarkan menerusi pertambahan pendapatan negeri, simpanan kewangan negeri bertambah, kadar kemiskinan menurun, membawa pengertian, bahawa pemimpin Sabah bukanlah tamak.

Hakikat yang perlu menjadi iktibar rakyat Sabah, bahawa kemunduran negeri, sebenarnya telah dirancang daripada awal oleh Mantan Perdana Menteri itu, supaya dakwaan pemimpin Sabah tamak menjadi alasan beliau merai sokongan politik.

Satu pertanyaan? Apa yang boleh disumbangkan oleh seseorang yang berumur 93 tahun, sedangkan dalam tempoh 22 tahun, kemajuan Sabah dirancang untuk dimundurkan!!!.

1 comment:

Rokian said...

Sangat setuju bahawa Tun M la punca sabah bermasalah banyak terutamanya pengeliliran ketua menteri 2 setiap 2 tahun.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels