3 April 2018

PENDUDUK MISKIN SABAH - SHAFIE CUBA JADI HERO!!!

Poverty is stubborn. Tiada negara di dunia ini, tiada rakyat miskin. Di Sabah, daripada 3.9juta penduduk, didapati 23,142 miskin tegar (0.59%) dan 19,673 kategori miskin (0.51%). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 76,340 ketua keluarga yang tersenarai dalam e-kasih. Pada tahun 2016 mereka yang tersenarai dalam e-kasih adalah 109,865, sebab itu kadar kemiskinan negeri adalah 2.9%.

Daripada jumlah itu, seramai 33,525 telah dikeluarkan, sebab itu, jumlah mereka yang tersenarai dalam e-kasih tahun 2017 adalah 76,340. Menerusi jumlah itu, maka kadar kemiskinan terkini Sabah adalah 1.96%.

Berasaskan rekod penerima BRIM tahun 2018, rakyat Sabah yang menerima seramai 664,839 (17.05% daripada jumlah penduduk) membabitkan bayaran RM559,825,350. Penerima BRIM adalah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah.

Dakwaan Presiden parti Warisan Sabah semasa ucapan perasmian Kongress tahunan parti itu pada Isnin, bahawa beliau tersempak dengan keluarga miskin di Kota Marudu, di mana keluarga itu tidak mampu membeli ubat gigi, kemungkinan besar mereka itu termasuk dalam penduduk yang terkategori miskin tegar.

Pemimpin Bn Sabah, tiada yang pernah berkata, bahawa Sabah sifar rakyat miskin, namun, kerajaan Bn telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 19.7% tahun 2009 kepada 2.9% tahun 2016 dan terkini 1.96%. 

Kalaulah Shafie semasa ada kuasa dahulu dengan peruntukan berbilion ringgit telah menjelajah awal di kampung-kampung di mana terdapatnya rakyat termasuk dalam miskin tegar, sudah tentu mereka itu akan tempias dana daripada KKLW, kerana kementerian itu, memangpun dikhususkan membantu rakyat sedemikian.

Membasmi kemiskinan tidak semata-mata mempergunakan kekayaan Yayasan Sabah seperti mana cadangan Presiden Parti Warisan itu. Membasmikan kemiskinan adalah tindakan bersepandu yang membabitkan banyak agensi, termasuk kementerian-kementerian Persekutuan, agensi Persekutuan, seperti 1Azam dan sebagainya. Bagi pelajar pula, KKLW juga diberitanggungjawab, KWAM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Mengapa Shafie tidak terfikir, mengapa bantuan kewangan untuk pelajar miskin di Sabah dinafikan hak mereka menerusi dana yang disalurkan menerusi KKLW, malah SPRM sedang menyiasat penyelewengan dana itu.

Ucapan mantan Menteri KKLW itu, berkaitan pelajar miskin sebenarnya seperti meludah ke langit jatuh di muka sendiri.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels