25 April 2018

PRU-14 Sabah: APA KAH TSUNAMI KDM SUDAH BERLALU?

Gambar Hiasan
Pada PRU-13 lalu, kawasan-kawasan KDM telah berlaku sedikit tsunami, sehinggakan beberapa calon Bn kalah, termasuk kawasan-kawasan tradisi, manakala yang menang, hanya kerana pertembungan berbagai penjuru, dan pada masa yang sama kehilangan undi popular.

Pada PRU-13, sebenarnya di pihak KDM tiada pemimpin yang menonjol dalam parti pembangkang masa itu. Pemimpin seperti Darell Leiking, adalah pemimpin muda dan baru yang hanya dikenali di kawasan Penampang. Pun demikian, telah berlaku tsunami kecil, meskipun para pemimpin hebat kaum itu berkumpul semuanya dalam Bn yang diketuai Hoguan Siau kaum itu- Tan Sri Pairin Kitingan.

Pada PRU-14 ini apa kah tsunami KDM masih berlaku atau sudah berlalu? memandangkan status quo masih sama.

Berasaskan pengamatan di lapangan, keadaan pada PRU-13 dan PRU-14 bagi kawasan KDM adalah serupa, meskipun para pemimpin BN daripada KDM cuba menimbulkan persepsi bahawa kaum mereka telah beralih menyokong Bn.

Di pihak bumiputera islam pula, semacam berlaku goncangan kerana kehadiran parti Warisan Sabah, selain protes dalaman yang dikaitan dengan bakal-bakal calon.

Memang diakui, daripada 20 kawasan Dun KDM, hanya 3 kawasan selamat bagi Bn, iaitu Labuk, Kuamut dan Tandek, manakala 15 dalam kedudukkan 50:50 dan dua dalam kedudukan kelabu/hitam.

Jika berlaku berbagai penjuru, jika calon Bn mendapat undi antara 45-48 % daripada pengundi, maka kawasan 50:50 akan dimenangi Bn.

PRU-14, akan menentukan apa kah tsunami KDM sudah berlalu terhadap Bn.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels