20 April 2018

PRU-14 SABAH: KAWASAN-KAWASAN PANAS BAGI BN

Jika berpandukan kepada keputusan PRU-13 lalu, kawasan-kawasan panas bagi Bn, adalah kawasan-kawasan di mana pengundi Bn secara keseluruhan di bawah 50 peratus.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dun Luyang (16.04%), Likas (18.08%), Kapayan (26.08%), Inanam (28.51%), Sri Tanjong (30.32%), Kedamaian (36.70%), Bingkor (37.91%), Moyog (38.98%), Kiulu (40.32%), Kundasang (40.85%), Matunggong (41.68%), Api-Api (41.81%), Tamparuli (44.91%), Liawan (46.78%), Klias (47.04%), Melalap (47.26%), Paginatan (47.73%), Tambunan (47.81%), Elopura (48.51%) dan Nabawan (48.65%).

Demikian juga, jika trend pengundian pada PRU-14 menyerupai trend pengundian pada PRU-13, maka kawasan selamat bagi Bn berjumlah 40 kerusi Dun, kerana semua kawasan-kawasan Bn mempunyai pengundi di atas 50% daripada jumlah pengundi.

Walaupun Dun Kiulu, Kundasang, Liawan, Melalap, Paginatan, Tambunan, Elopura dan Nabawan jumlah pengundi Bn di bawah 50%, namun kerana pertembungan berbagai penjuru, keputusan berpihak kepada Bn pada PRU lalu.

Masa lima tahun, telah dipergunakan pemimpin Bn untuk memperbaiki semua kelemahan di kawasan-kawasan di mana Bn dianggap lemah seperti mana keputusan PRU-13. Namun senario baru politik khususnya kehadiran parti Warisan Sabah (PWS) setidak-tidaknya telah mengubah kecenderungan pengundian.

Memang di atas kertas, pengundi PAKATAN RAKYAT(PKR-DAP-PAS) semasa PRU-13 berpindah kepada PWS-PH pada PRU-14, akan tetapi undi PAS akan ikut kepada parti itu. Pas bukan lagi sebahagian daripada pakatan baru-Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-14 ini, jika kawasan-kawasan seperti Sulabayan (69.54%), Senallang (73.36%), Bogaya (55.50%), Kunak (70.22%), Tungku (69.42%), Lahad Datu (67.49%) (nota: angka dalam kurung peratusan perolehan undi) kemungkinan tidak mencapai kedudukan itu, sebagai impak kepada kehadiran PWS.

Meskipun, keadaan senario politik Sabah berubah, namun Bn setidak-tidak akan mendapat kerusi antara 46-54 di peringat Dun, manakala Parlimen antara 22-23.

Tidak dinafikan, kolaborasi antara PWS dan PH akan mendapat undi, akan tetapi hanya parti DAP dapat menterjemahkan undi kepada kerusi. Juga tidak dinafikan, kerana trend pengundian di kawasan seperti Moyog, Inanam atau Sulabayan, maka PKR dan PWS akan mendapat kerusi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels