22 April 2018

Tun Mustapha Ajar Saya Tidak Khianati Rakan : Musa

Terlihat sungguh bagaimana ajaran politik Bapa Kemerdekaan Sabah- Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun dalam perjuangan politik Tan Sri Musa Aman, iaitu penekanan kepada kesetiaan, dan jangan sesekali menikam atau kawan dalam politik.

Dengan ajaran itu, rakan dalam politik bukan sahaja kawan seperjuangan akan tetapi merupakan keluarga. Kerana prinsip itu, Musa dalam memandu kerjaya politik beliau sentiasa setia kepada kepada rakan dan perjuangan.

Tergambar sungguh, sejak berkecimpung dalam dunia politik, dan setersusnya dilantik ke jawatan Ketua Menteri, Musa sentiasa berdiri teguh pada ajaran Tun Mustapha.

Bagi rakyat Sabah, adalah satu kemestian kepada kita semua untuk menyokong pemimpin yang mempunyai tahap kesetiaan, kerana melaluinya, maka menggambarkan bahawa amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan digalas dengan semaksima mungkin, demi rakyat dan negeri.

Menjelang PRU-14, yang mana Musa untuk kali ke-4 mengetuai Barisan Nasional untuk meminta mandat sekali lagi daripada rakyat untuk memerintah negeri bagi meneruskan agenda pembangunan Sabah dan pada masa yang sama untuk kemajuan rakyat, rakyat Sabah perlu menyokong tidak berbelah bahagi parti Barisan Nasional.

Rakyat Sabah telah maklum, bahawa seorang rakan dalam parti Umno telah berpaling tadah dan seterusnya mahu menumbangkan kerajaan yang diterajui Umno, sedangkan beliau mendapat nama, status dan peluang kerana Umno.

Pemimpin yang bertindak sebagai petualang itu, bukan sahaja memalit imej buruk atau mencoreng warna hitam kepada parti, kerana semasa beliau diberi tanggungjawab, beliau mengkhianti tanggangjawab itu, sehingga rakyat yang sepatutnya merasai pembelaan Kerajaan parti Barisan Nasional, tidak merasainya, atas sebab pemimpin itu khianat kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Kepada pengundi Sabah, jangan sama sekali, terperdaya dengan putar belit pemimpin yang khianat itu, kerana sekali khianat akan terus khianat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels