20 May 2018

KEPUTUSAN PRU-14-MENGGAMBARKAN KAWASAN ETNIK SEBENAR SABAH

KEPUTUSAN PRU-14 SABAH menggambarkan kawasan sebenar kawasan DUN berasaskan etnik. 

Kawasan Bumiputera islam sebanyak 31 DUN, 16 dimenangi Umno, 15 ditawan PWS. Manakala kawasan KDM sebanyak 18 DUN, 13 dimenangi BN (PBS-6,UPKO-5, PBRS-2), PWS-3, dan STAR.2. Bagi kawasan cina pula sebanyak 11 DUN, 6 DAP, 3 PWS dan 2 PKR.

Melihat kepada keputusan PRU-14, kaum KDM yang pada awalnya diperkirakan menolak LOGO BN, nampaknya kaum itu majoritinya menyokong parti yang berlambangkan dacing.

Jika diambil kira 18 kawasan KDM. Bn menguasai 72.22%, PWS 16.67%, manakala STAR 11.11%. Jika berasaskan parti, PBS 33.33%, UPKO 27.78%, PWS 16.67%, PBRS 11.11% dan STAR 11.11%.

Untuk kawasan Bumiputera islam, Bn menguasai 51.61%, PWS 48.39%. Sementara bagi kawasan cina, DAP 54.55%, PWS 27.27% dan PKR 18.18%.

Terlalu awal, bagi UPKO, PBS dan PBRS meninggalkan LOGO Dacing, kerana keputusan parti-parti itu tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi.

Mungkin akibat terkejut, parti-parti berasaskan KDM tidak sempat menganalisa kecenderungan pengundi, sehinggakan "rumah terbakar-tikus berlarian" sedangkan kebakaran itu, hanya memusnahkan ruang dapur, bukannya rumah secara keseluruhan.

Kalau lah dilihat secara keseluruhan di peringkat parlimen, berasaskan keputusan PRU-14, Bn masih menguasai 79 daripada 222. Jumlah itu, masih dikira relevan, meskipun kerajaan yang diterajui untuk pertama kali dalam 61 tahun jatuh.

Di Sabah, jika dikira diperingkat DUN, Bn belum kalah teruk, kerana masih menang 29 kerusi, kurang 2 kerusi bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Ada yang berhujah, bahawa jika berasaskan parti, maka PWS mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak. Namun, hakikat yang terlepas pandang, meskipun Bn berasaskan berbagai parti, akan tetapi menggunakan common logo-dacing, ertinya, menunjukkan satu parti.

Nota- Sesuai dengan gambaran penulis dalam BUKU- SENARIO PRU-14 SABAH, jika bumiputera islam terpecah dua, maka menjadikan kaum cina menjadi kingmaker. Maka berulang, kejatuhan parti USNO, Berjaya dan PBS.

Di masa akan datang, keadaan sama akan berlaku, meskipun kawasan pilihanraya DUN Sabah berjumlah 73.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels