19 May 2018

KEWANGAN SABAH BERCELARU?

JIKA diteliti rekod simpanan kewangan negeri Sabah bermula tahun 2002 hanya berjumlah RM184juta, namun pada masa ini, telah berjumlah RM3.74bilion, meningkat sebanyak RM3.566bilion atau 1932.61% selama 16 tahun, pada purata RM222.250juta setahun (120.79% setahun).

Selain itu, rekod kewangan negeri selama 16 tahun diberikan sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara selama 16 tahun berturut-turut, selain penarafan AAA daripada RAM RATING 7 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.

Bukan itu sahaja, Bajet kerajaan Negeri sentiasa surplus, selain bajet yang sentiasa mencatit rekod tertinggi. Bajet tahun 2018 melebihi RM4bilion dengan lebihan RM49juta.

Sebenarnya, dakwaan Datuk Shafie Apdal, untuk memegang jawatan Kementerian Kewangan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan, yang mana Ketua Menteri atau Perdana Menteri tidak memangku sebarang jawatan, Bagi tujuan mengelirukan rakyat Sabah khasnya, beliau memberi alasan, kononnya mahu membersihkan "kewangan Sabah Yang Bercelaru". Kenyataan beliau, hanya merupakan kenyataan menjustifikasi tindakan beliau memangku jawatan Kementerian Kewangan.

Untuk sementara, memanglah, Shafie menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri dan menteri kewangan, namun, ianya bukanlah berasaskan Perlembagaan Negeri, kerana perlantikan beliau masih dicabar oleh di mahkamah.

Pada 19 Jun, akan disebut semula saman TS Musa Aman berkaitan perlantikan Shafie pada 12 Mei, 2018.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels