13 May 2018

RAPUHNYA SEBUAH PERJUANGAN

BEGITU hebatnya laungan TATAP BN sepanjang 5 tahun, dan diambang pengundian pada 9 Mei, tiba-tiba laungan itu, lenyap, malah laungan itu, tidak akan terdengar lagi, kerana parti-parti yang menjadi komponen parti itu, satu demi satu memberi talak 3 kepada gabungan 13 parti itu.

Di Sabah, kewujudan Bn, sudah lumpuh, meskipun parti tunjang komponen itu, masih kekal bersama MCA, Gerakan dan MIC, parti asal komponen itu.

Di Sarawak pula, Pengerusi Bn negeri itu, Datuk Johari Tun Openg, akan kekal bersama Bn, apabila timbul ura-ura kononnya PBB akan menyertai Pakatan Harapan. Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan, bahawa Sarawak bukan lah lalang, akan tetapi akan terus menjaga itegriti sebagai Sarawakian.

Di Sabah, bukan sahaja kecoh dengan ADUN Lompat, akan tetapi semua parti tempatan yang menjadi komponen Bn sudah keluar semuanya, dan yang terakhir adalah PBS.

Asas PBS keluar daripada Bn, adalah menerusi penjenamaan baru parti itu, yang membolehkan semua ADUN yang menggunakan tikit Bn pada PRU-14 lalu, menyertainya. Tujuan penjenamaan itu, sesuai dengan arah pemikiran rakyat negara ini, bahawa era Umno dan Bn sudah berakhir.

Kesanggupan PBS dijenamakan dan kemudiannya dikenali sebagai GABUNGAN BERSATU, membolehkan  ADUN daripada Umno dan parti UPKO dan PBRS menyertainya.

Tujuan pengabungan itu, bagi membolehkan gabungan itu menentukan hala tuju sendiri, dan tidak terikat pada mana-mana pihak.

Jika rakyat Sabah berfikiran, bahawa parti yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, adalah Gabungan Bersatu, tidak seperti Parti Warisan Sabah yang masih terikat dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan. Situasi PWS sebenarnya hampir sama dengan parti-parti dalam Bn Sabah sebelum lumpuh.

Di atas kertas, walaupun PWS bukanlah sebahagian daripada PH, akan tetapi kerajaan yang dibentuk merupakan gabungan daripada parti-parti PH, kerana DAP menyumbang 6 kerusi dan PKR 2.

Keputusan PRU-14, Bn mendapat 29 kerusi Dun, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2. Oleh kerana Bn sebagai single parti yang mempunyai kerusi terbanyak, maka dijemput untuk membentuk kerajaan dengan syarat mendapat sokongan sekurang-kurangnya 2 ADUN bagi membolehkan mendapat majoriti mudah, 31 kerusi daripada 60 DUN yang dipertandingkan. Dalam keadaan demikian Bn berkerjasama dengan Parti STAR, untuk menubuhkan kerajaan. 

Selepas kerajaan ditubuhkan, Ketua Menteri mengangkat sumpah, anggota kabinet mengangkat sumpah, pada pagi 11 Mei, 6 ADUN yang berikrar menyokong kerajaan, telah berpaling tadah, sehinggakan menmbulkan kemelut. Ekoran daripada itu, parti ke dua terbanyak kerusi PWS, menghadap TYT Sabah, dengan memberi tahu, bahawa parti itu, bukan lagi mempunyai 21 kerusi ADUN, melainkan 27. Dengan jumlah itu, apabila dicampur dengan DAP (6) dan PKR (2), maka mempunyai 35 ADUN berbanding kerjaan yang dibentuk pada 10 Mei yang hanya berbaki 25 ADUN.

Secara lojiknya, memang Kerajaan yang diterajui TS Musa Aman, telah tumbang kerana kehilangan majoriti mudah. Namun yang menjadi krisis perlembagaan, apa kah status sokongan 6 ADUN yang berpaling tadah itu, kerana sebelumnya telah menandatangi SURAT AKUJANJI di depan TYT? apa kah status akujanji itu, daripada segi undang-undang?, kerana tindakan 6 ADUN itu selain mempermainkan TYT juga menyebabkan kerajaan yang sah tumbang.

Satu keadaan lagi yang memerlukan interpretasi undang-undang, apabila pada masa yang sama, Sabah mempunyai 2 Ketua Menteri, kerana semasa Datuk Shafie Apdal dilantik, Musa masih ketua Menteri, malahan 2 jam sebelum perlantikan Shafie, Musa mengeluarkan kenyataan, bahawa tiada siapa yang meletakkan jawatan, termasuk 10 anggota kabinet yang mengangkat sumpah pada malam 10 Mei.

Kalau bukan rapuhnya perjuangan, maka 6 ADUN yang menjadi KATAK itu, tidak akan khianat. 

Akan tercatit dalam sejarah Sabah, nama-nama pengkhianat. Kena ingat, tindakan mereka itu, bukan sahaja menjahanamkan demokrasi juga tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka, tidak amanah kepada parti yang memilih mereka bertanding.

Akan terus terpahat, bahawa mereka ini, adalah para petualang politik, yang hanya mementingkan diri sendiri, bukan perjuangan. Bayangkan kan, semua penyokong Bn seluruh Sabah, berharap Bn masih merupakan kerajaan negeri, namun atas tindakan khianat mereka, 25 kawasan Bn melopong!!!, sebaliknya dengan mudah memberikan kuasa kepada 21 ADUN PWS, 6 DAP dan 2 PKR!!!

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels