15 May 2018

Tun Dr Mahathir Bakal Menerajui GABUNGAN BUMIPUTERA?

MENARIK sekali melihat KEPUTUSAN PRU-14 di peringkat Parlimen. 

Berasaskan kedudukan sekarang: PH 113 (PKR 47, DAP 42, PPBM 13, Amanah 11), BN 79, Pas 18 lain-lain 12 ( Warisan 8, Ind 3, Star 1).

PH mempunyai 113 kerusi ditambah dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadikan jumlah kerusi keseluruhan 121. Di atas kertas, tambahan 2 kerusi, 1 daripada UPKO dan 1 daripada PBRS, parti komponen Bn yang telah keluar daripada Bn. Bermakna PH mempunyai sokongan pada masa ini sebanyak 123 kerusi parlimen.

Sarawak sudah menyatakan tidak akan menyertai PH, kemungkin akan bersendirian. Jika Demikian, maka kerusi Bn hanya berbaki 58.

Pada keadaan sekarang, kedudukan Tun Dr Mahathir dengan 13 kerusi, sebenarnya tidak selamat, apa tah lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diampunkan, dan membolehkan beliau bertanding pada PRK.

Pada keadaan sekarang, kekuatan Tun Dr Mahathir hanya terletak pada kerusi PPBM-13 dan Warisan 8, yang berjumlah 21.

Jika PKR, DAP dan Amanah bergabung, hanya berjumlah 100 kerusi, kurang 12 kerusi bagi majoriti mudah, jika Warisan bergabung, hanya berjumlah 108, kurang 4 kerusi, tanpa PPBM. Kemungkinan akan dapat kerusi itu menerusi MP yang melompat.

Perlu diingat, apabila Anwar bebas, beliau tidak akan menunggu lama untuk memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan. Anwar telah merancang begitu lama untuk menjadi Perdana Menteri, sebelum pun beliau dipecat daripada TPM pada tahun 1998.

Senario yang bakal berlaku, PPBM bakal bergabung dengan Bn, tetapi jumlahnya hanya 58+13=71, jika tanpa MP Pekan, maka berjumlah 70, jika Amanah (11) Pas (18) dan Sarawak (19), maka akan berjumlah 118, jika Warisan turut sama, maka akan berjumlah 126. Jumlah ini menujukkan gabungan bumiputera yang sebenar-benarnya.

Jika gabungan ini menjadi realiti, maka Anwar bersama PKR dan DAP akan menjadi pembangkang. Mungkin keadaan ini akan menjadikan sistem demokrasi negara menunju kepada sistem dua parti.

Menerusi gabungan baru itu, keadaan Tun Dr Mahathir lawan DS Anwar berulang lagi. Dalam politik semuanya berlaku. Apa tah keadaan sekarang, bumiputera adalah kumpulan pembangkang di tanah air nya sendiri.

Tun Dr Mahathir tidak akan meninggalkan bumiputera menjadi pengemis di tanah air sendiri. Satu senario yang perlu dipertimbangkan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels