16 October 2018

KERAJAAN KATAK SABAH DICABAR

Tidak wajar kerajaan Katak Sabah diteruskan.

Kerajaan yang ditubuhkan menerusi tindakan katak, bukanlah pilihan rakyat. 

Wakil rakyat yang melompat, hanya mewakili dirinya, bukan mewakili pengundi.

Ada lah lojik, jika rakyat mahukan sesebuah parti mewakili mereka, maka rakyat akan memilih parti itu. Sebagai contoh, di mana berlaku, wakil rakyat menjadi katak, DUN Merotai, rakyat kawasan itu mengundi calon parti Warisan, demikian juga di Dun Sri Tanjung mengundi calon DAP, kerana rakyat dikawasan itu mahu diwakili daripada parti-parti itu, manakala di DUN Balung, APAS, Sebatik dan Tanjung Batu, mengundi calon Bn, kerana mahu diwakili parti Bn. Antara Dun itu saling berdekatan, makna kata, rakyat di kawasan-kawasan Dun itu sudah memutuskan untuk diwakili parti mana. Jika calon yang dipilih berasaskan parti, kemudiannya menjadi katak, maka ianya hanya mewakili dirinya sendiri. Selain itu, bagi kawasan Kota Belud, semua DUN dimenangi Bn, manakala Parlimen dimenangi calon PWS, mengsahkan, bahawa rakyat telah memutuskan parti mana mewakili mereka. Kepada wakil rakyat yang menjadi KATAK, jangan lah berangan-angan bahawa kerana anda melompat, maka pengundi juga turut menyokong anda. Anda sebenarnya di MATA pengundi adalah pengkhianat nombor wahid!!!!.

Tergambar sungguh pada masa ini, bahawa wakil rakyat KATAK. "dihina" secara tidak langsung, apabila kenyataan-kenyataan para pemimpin daripada PH, bahawa mereka menutup pintu daripada wakil rakyat Umno. Sebenarnya tindakan itu tepat, kerana pemimpin PH maklum, bahawa tindakan wakil yang melompat itu, hanya berasaskan kepentingan peribadi, bukannya kepentingan rakyat.

Sebenarnya, jika wakil rakyat Umno atau Bn tidak melompat dan tetap menjadi pembangkang, Kerajaan of The Day mempunyai komitmen memajukan dan membangunan kawasan yang diwakili. Alasan Datuk James Ratib, Datuk Hamisah Samat, dan ADUN BN yang melompat, kononnya demi rakyat, sebenarnya, hanya alasan untuk menyokong tindakan khianat mereka.

Keputusan PRU-14 Sabah sangat jelas, Bn-29, PWS-21, DAP-6, PKR-2, STAR-2. Jika berasaskan First Past The Post system maka Bn yang menang, namun berasaskan amalan demokrasi di negara ini, bahawa pemenang, adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi lebih separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Bagi Dun Sabah, jumlah itu adalah 31 daripada 60.

Keputusan PRU-14 Sabah sebenarnya, tiada parti secara bersendirian dapat membentuk kerajaan, kecuali adanya pengabungan atau kerjasama antara parti-parti. Sebab itu, SPR pada pagi 10 Mei, 2018 mengumumkan bahawa penentuan parti mana bakal membentuk kerajaan Sabah bergantung kepada parti-parti di Sabah.

Dengan kedudukan DUN tergantung, apabila ada parti bekerjasama, seperti mana yang dicapai antara Bn dan STAR, maka parti-parti itulah diberi peluang sesegeranya untuk membentuk kerajaan, bukannya melengahkan pembentukan, bagi memberi peluang, kepada tindakan KATAK. Kalau lah semua pihak, menganggap, bahawa wakil rakyat yang menjadi KATAK adalah khianat kepada rakyat yang diwakili, maka pihak itu tidak melayan perbuatan itu, kerana menghindar daripada bersubahat kepada pengkhiantan.

Jika tertanam dalam sanubari, bahawa perbuatan khianat tidak perlu dilayan, maka perlantikan Ketua Menteri kedua Sabah tidak akan berlaku. Oleh kerana "berlaku" subahat kepada pengkhiantan, maka kini berlaku KRISIS perlembagaan Negeri, apabila dalam masa yang sama Sabah mempunyai dua Ketua Menteri.

Kesilapan belum terlambat. Bagi memperbetulkannya, maka sepatutnya DUN Sabah dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah menentukan parti mana yang perlu memerintah, bukannya meneruskan KERAJAAN KATAK!!!!.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels