25 June 2018

KERANA KUASA SEMUA BOLEH BERUBAH

Parti-parti Sarawak menang bergaya pada PRN tahun 2016, menggunakan logo Bn dan membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Pada PRU-14 parti-parti yang sama menang 19 kerusi Parlimen daripada 31 kerana logo Bn. 19 Kerusi mewakili 61.29% daripada keseluruhan, pun demikian, meninggalkan Bn, kononnya demi survival politik. Parti-parti Bn Sarawak mengantisipasi akan kehilangan kuasa pada PRN ynag bakal diadakan pada tahun 2021. Dengan keluar daripada Bn, dan mesra Pakatan Harapan, maka akan menjamin parti-parti itu akan terus berkuasa di Sarawak.

Dalam politik, semuanya boleh berlaku.Tiada jaminan kekal dalam politik. Rakyat sebagai hakim, akan menentukan parti mana yang bakal menang.

Di Sabah, kerana kuasa, maka Upko dan beberapa ADUN Umno menjadi Katak kerana kuasa. Keputusaan PRU-14, jelas Bn menang 29 kerusi Dun, PWS, DAP dan PKR juga dengan jumlah yang sama. Kalau berasaskan First Past The Post, maka Bn sebagai pemenang. Namun untuk membentuk kerajaan, maka kerajaan yang dibentuk perlu mempunyai jumlah kerusi majoriti mudah. Bagi Sabah, majoriti mudah itu adalah 31 daripada 60. Bn bersama STAR pada 10 Mei, 2018 dapat jumlah majoriti mudah, iaitu 31, sebab itu, Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman mendapat watikah perlantikan sebagai Ketua Menteri Sabah, seterusnya mengangkat sumpah jawatan bersama barisan kabinet beliau.

Akibat para pengkhianat, Musa kehilangan sokongan pada 12 Mei, 2018 kerana 2 ADUN UPKO dan 4 UMNO menjadi katak dan seterusnya berpaling tadah.

Musa memfailkan saman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, kerana melanggar Perlembagaan Negeri. Saman itu akan didengar pada 9 Julai, 2018 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Melihat pada gambar, di mana Shafie dan Ketua Menteri Sarawak bersama Tun Dr Mahathir dalam satu majlis memberi sokongan kepada PM-7 itu, sebenarnya, hanya menunjukkan, kerana kuasa semua boleh berubah.

Kepada rakyat negara ini, di masa depan perlu berhati-hati memberi sokongan terhadap pemimpin seumpama ini, kerana mereka akan sanggup berbuat apa sahaja demi survial.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels