24 June 2018

UMNO KENA BERSIHKAN DIRI DARIPADA MUSANG BERBULU AYAM

SATU kemestian, jika parti Umno ingin bangkit semula, iaitu perlu membersihkan diri daripada pemimpin yang bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan.

Dalam keadaan parti tersandung lalu tercedera, diperlukan pemimpin yang benar-benar setia kepada parti, pemimpin yang berkorban untuk parti, bukan sahaja tenaga akan tetapi wang ringgit.

Sudah tiba masanya parti dipimpin oleh mereka yang tiada agenda peribadi, akan tetapi pemimpin yang mahukan parti menjadi pembela kepada agama, bangsa dan tanah air.

Parti patut bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang menang pilihanraya kerana parti lalu keluar daripada parti, kerana jika mereka ini kekal dalam parti, akan jadi penghalang kepada memperkuat parti, kerana niawatu mereka memangpun berisfat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, malah gergaji dua mata.

Diharapkan menerusi pemilihan parti, mereka yang menang jawatan di semua peringkat, adalah mereka yang mempunyai jiwa kental, mahu menjadikan parti sekuat dahulu.

Hanya menerusi jiwa yang kental disaluti perjuangan yang ampuh, membolehkan parti kembali kuat dan seterusnya mampu menjadi tunjang merampas semula tampuk pemerintahan negara pada PRU-15.

Terletak dibahu semua pemimpin baharu parti, untuk merealisasikan kekuatan parti pada keadaan sebelum kehilangan kuasa pada PRU-14.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels