13 July 2018

BENAR KAH PERLANTIKAN TAN SRI RICHARD MALANJUM KERANA KOUTA MA63?

JIKA benarlah perlantikan Tan Sri Richard Malanjum kerana memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka ianya satu penghinaan kepada mantan Ketua Hakim bagi Sabah & Sarawak itu.

Pemangku Presiden UPKO- Datuk Madius Tangau mengaku, bahawa perlantikan Tan Sri Richard kononnya kerana menghormati MA63. Menerusi pengakuan itu, menggambarkan bahawa perlantikan itu hanya memenuhi kouta, bukannya berasaskan kepada merit dan kekananan dalam sistem kehakiman negara.

Madius gagal melihat, latar belakang bekas Ketua Hakim bagi Sabah & Sarawak itu, dalam membuat kenyataan berkaitan perlantikan Richard Malanjum ke jawatan Ketua Hakim Negara.

Jangan kerana mahu menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui Kerajaan Persekutuan, kononnya menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka sanggup "downgrade" merit dan kekananan Tan Sri Richard Malanjum dalam sistem kehakiman negara.

Perlu dingat, memenuhi kehendak MA63, bukannya berasaskan kepada perlantikan rakyat Sabah pada sesebuah jawatan, akan tetapi perlu melihat kepada keseluruhan perjanjian itu.

Mungkin, Madius terlupa, bahawa beliau adalah sebahagian daripada 6 menteri persekutuan semasa pemerintahan parti Barisan Nasional, selain 3 Duta Besar, Speaker Dewan Rakyat dan Timbalannya, namun pelaksanaan MA63, jauh daripada kenyataan.

Kepada Datuk Madius Tangau, jangan mengelirukan rakyat, dan pada masa yang sama mempolitikkan merit seseorang rakyat Sabah yang dilantik ke jawatan-jawatan tertinggi di peringkat Persekutuan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels