22 July 2018

DISEBALIK KELENTONG-KELENTONG DATUK SHAFIE APDAL

Sebaik sahaja menubuhkan Parti Warisan Sabah (PWS) pada Oktober 2016, Shafie dengan lantang menyatakan, bahawa PARTI beliau tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti baik yang didaftar di Sabah mahupun Semenanjung. Alasan yang diberi, beliau tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak untuk menentukan halatuju Sabah, jika sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Ingkar janji pertama Shafie, apabila menjelang PRU-14 berkolaborasi dengan DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

Ingkar janji kedua, apabila menerima kerjasama dengan UPKO selepas PRU-14, sehinggakan tertubuhnya KERAJAAN KATAK negeri.

Kini, membuat keputusan lagi, melarang ekpsort kayu bulat daripada Sabah. Ekoran larangan itu, ditubuhkan pasukan khas mencari syarikat-syarikat yang diberi konsensi menebang kayu, dan didapati ada syarikat yang dilesenkan menerusi FMU dikatakan melanggar lesen, kerana menebang kayu di kawasan larangan, malah dikatakan belum membayar royalti yang dianggarkan sebanyak RM1juta (menurut Shafie) dan seterusnya 40,461 batang kayu bulat yang dirampas dikatakan bernilai lebih RM60juta (juga menurut Shafie).

Kini, Shafie mempergunakan isu kayu balak sebagai pembakar emosi rakyat, untuk terus menjustifikasikan kerajaan Katak beliau untuk diteruskan, dengan dakwaan, bahawa kerajaan terdahulu adalah PENCURI.

Penulis teringat, dakyah para Pemimpin Berjaya tahun 1975, apabila melawan kerajaan Parti Usno yang diterajui Tun Mustapha Datu Harun. Semua pemimpin Berjaya masa itu, membuat dakwaan bahawa hasil kayu balak Sabah dibolot oleh Tun Mustapha bersama Syed Kechik. Atas sebab dakwaan itu, pada PRN tahun 1976, kerajaan Usno tumbang. Pada tahun 1984, apabila Datuk Pairin dipecat, dakwaan yang sama dibuat, termasuk penyerahan Pulau Labuan, selain isu-isu minyak dan gas. Namun akhirnya, apabila parti Berjaya dan PBS memerintah kawasan kayu balak Sabah ditebang tanpa had. Untuk rekod, pada tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya berbaki 838ribu hektar. 

Kerajaan Sabah yang diterajui Musa bermula tahun 2003, memperkenalkan penebangan kayu terpilih sesuai dengan piawaian antarabangsa, selain menghadkan pemotongan, sebab itu, pada tahun 2017, keluasan hutan bertambah kepada 1.83juta hektar. Jika benar dakwaan Shafie, bahawa kerajaan terdahulu sebagai pencuri, bagai mana keluasan hutan bertambah? Penulis yakin, Shafie akan terperangkap lagi dengan pembohongan, seperti mana pembohongan beliau berkaitan simpanan Kewangan Negeri, yang akhirnya beliau sendiri mengumumkan, bahawa simpanan kewangan negeri setakat Jun,2018 berjumlah RM3.4bilion, sedangkan pada Mei, beliau menyatakan bahwa kerajaan beroperasi dalam keadaan negatif, kerana tiada simpanan.

Shafie, adalah pemimpin yang mempunyai sifat, hentam kerumu, dan membuat kenyataan tidak berasas fakta, kemudiannya, apabila kelibatnya didedah, maka cepat-cepat membuat PUSINGAN U. Sebagai contoh, kenyataan beliau berkaitan bayaran Petronas kepada Sabah berasaskan 20% daripada keuntungan bersih, beliau cepat menyambut baik keputusan itu, namun selepas didedahkan kebodohan beliau, kini dengan berbagai alasan, cuba memperbetulkan kebodohan beliau itu.

Rakyat Sabah jangan sama sekali, terperangkap dengan istilah PENCURI yang dijadikan sebagai pembangkit emosi, kerana disebalik tindakan itu, ada maksud lain. Shafie cuba mengwujudkan suasana negatif, sebagai usaha untuk membolot syarikat-syarikat menebang kayu, bukan itu sahaja, rakyat juga kena ingat berkaitan dengan tindakan pemberian PAS KHAS kepada PATI/PTI, kerana tindakan itu merupakan lombong emas. Cuba bayangkan keuntungan bagi setiap PATI/PTI sebanyak RM600, kalau 800,000 orang, tekan kalkulator!!!!, jumlah ini lah yang bakal dikaut oleh pencacai Shafie yang terlibat dengan pengurusan PATI/PTI. Nampak gaya, akan muncul jutawan-jutawan baru, yang terlibat dengan perdagangan manusia, seperti ungkapan Husin Lempoyang dalam Filem 3 Abdul, meniaga manusia lebih untung berbanding berniaga unta!!!

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels