7 July 2018

KEWANGAN SABAH-DISEBALIK TINDAKAN MENGELIRUKAN RAKYAT


Ternampak sangat, bagai mana pemimpin Kerajaan Sementara Sabah cuba menjustifikasikan kenyataan Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal pada 27 Mei, 2018, kononnya Sabah tidak mempunyai simpanan kewangan, sebaliknya kerajaan negeri beroperasi secara negatif. Kenyataan itu, awal-awal lagi disangkal oleh mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah- Datuk Ramlee Marahaban, yang mana beliau menyatakan bahawa setakat Disember, 2017, Sabah mempunyai simpanan kewangan berjumlah RM3.74bilion.

Pada 5 Julai, DUN Sabah diberi tahu, oleh Shafie, bahawa Sabah sebenarnya mempunyai simpanan kewangan berjumlah RM3,305.4juta (atau RM3.31bilion) yang terbahagi kepada RM1,608.9juta Akaun Hasil DiSatukan, dan RM1,696.5 juta Akaun Amanah DiSatukan.

Sebenarnya kedua-dua akaun itu boleh digunakan oleh kerajaan negeri, hanya bezanya, Akaun Amanah DiSatukan perlu kelulusan DUN. Sebab itu, apabila kerajaan Negeri memerlukan tambahan bajet, maka membentangkan bajet tambahan semasa sidang DUN.

Kenyataan ADUN Inanam, Kenny Chua yang juga "pembantu Menteri Kewangan" Kerajaan Sementara, kononnya, wang Amanah DiSatukan tidak boleh dibelanjakan, adalah satu tindakan mengelirukan rakyat, bagi tujuan menjustifikasi kenyataan Shafie sebelum ini, bahawa Sabah tidak mempunyai kewangan untuk dibelanjakan.

DUN Sabah juga diberitahu, bahawa Sabah tidak mempunyai bayaran tertunggak, melainkan bayaran berjadual yang sentiasa mengikut jadual. Kerajaan Sabah juga telah memperuntukan RM150juta bagi bayaran pinjaman kepada Persekutuan menurut jadual yang ditetapkan.

Oleh kerana Pengurusan Kewangan yang telus dan transparen, maka selama 16 tahun berturut-turut mendapat sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara. Selain itu, pengurusan Kewangan Sabah mendapat Tripe AAA daripada Penarafapan Antarabangsa.

Cubaan Shafie dan para pemimpin Kerajaan Sementara Sabah memalitkan imej buruk berkaitan Pengurusan Kewangan Negeri, tidak akan berjaya, kerana Fakta dan Rekod tidak akan pernah berbohong, dan sukar untuk dimanipulasi.

Hakikatnya, Shafie dan kumpulan beliau, cuba mengikuti cara Lim Guan Eng, memberi tafsiran baru berkaitan pengertian Hutang, walaupun takrifan itu, tidak diamalkan oleh mana-mana negara di dunia.

Sebagi rekod, pada tahun 2003, kewangan Sabah samada Akaun Hasil DiSatukan dan Akaun Amanah DiSatukan hanya berjumlah RM184juta. Selepas 14 tahun, telah meningkat setakat 18 Jun, 2018 kepada RM3,305.4juta peningkatan hampir 170 kali ganda.

Rakyat Sabah akan melihat, jika Kerajaan Sementara yang diterajui Shafie, akan dapat menambah simpanan kewangan Negeri dalam tempoh 5 tahun, atau kah simpanan itu akan mencontohi keadaan sebelum tahun 2003, kerana pengalaman Sabah pada tahun 1985, kewangan Sabah yang ditinggalkan Kerajaan berjaya cukup besar, namun selepas itu, Sabah hampir muflis.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels