21 July 2018

PEMIMPIN UMNO SABAH KETIADAAN PEMIMPIN PENGEMPUR

Hakikat yang perlu diterima, bahawa para pemimpin Umno Sabah yang ada dikategorikan sebagai jaguh kampung, kerana mereka itu hanya kuat di kawasan masing-masing.

Sabah yang mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dun, memerlukan pemimpin yang mampu mendobrak sebahagian besar kawasan, khususnya kawasan-kawasan yang dikuasai parti Warisan Sabah, DAP dan PKR.

Para pemimpin Umno Sabah yang ada, memang diakaui kesetiaan dan perjuangan mereka, namun ianya tidak cukup untuk mengetuk hati sebahagian rakyat yang menolak parti.

Kepimpinan Umno negeri, perlu seorang figura yang mampu bersaing dengan kepimpinan Datuk Shafie Apdal. Jika tidak, keupayaan Umno akan hanya setakat pencapaian Parti Usno setiap pilihanraya, sebelum parti itu dibubarkan.

Ketiadaan Tan Sri Musa Aman sebagai pemimpin utama Umno Sabah, semacam berlaku kelompangan terhadap kepimpinan Umno negeri.

Dalam keadaan bahawa Umno sebagai parti pembangkang, maka memerlukan para pemimpin yang mempuyai pendekatan sebagai pengempur, bukan berasaskan kepada cerita-cerita nostalgia.

Bagi pandangan penulis, sifat pengempur untuk masa ini, hanya ada pada MP Kinabatangan- Datuk Bung Moktar Radin, dan kebetulan beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Bung Moktar dengan sifat semulajadi beliau sebagai "pemberani" jika menumpukan masa sepenuhnya di Sabah dan menjelajah negeri, mampu membangkitkan semula semangat ahli dan penyokong parti yang tengah 'down".

Para pemimpin Umno pada masa ini, perlu menyusun strtategi, dan menyimpulkan 2-3 isu muktabar sebagai pemangkin untuk menggamit semula sokongan rakyat. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels