13 August 2018

ANWAR IBRAHIM PERLU SELAMATKAN MALAYSIA

Penulis bukan lah penyokong Anwar, juga bukan penyokong parti yang beliau pimpin. Namun, melihat kepada senario politik hari ini, penulis nampak hanya Presiden PKR dipilih itu boleh menyelamatkan Malaysia.

Anwar yang berlatar belakangkan pejuang melayu, pejuang islam dan sehingga kini perjuangan itu belum luntur-luntur, maka penulis yakin bahawa menerusi kepimpinan beliau melayu dan agama islam terus terpelihara.

Bangsa melayu dan umat islam terlihat sangat terpinggir dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir, kerana PM ke-7 itu perlu ikut telunjuk pemimpin DAP yang mempunyai perjuangan Malaysian Malaysia.

Sejak PH mengambil alih kerajaan pada 10 Mei, 2018, kedudukan agama islam, Melayu, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu banyak dikompromikan.

Bagi membendung bibit-bibit perang saudara dalam negara berlaku, maka tiada pilihan lain, Dato Seri Anwar perlu dengan segera kembali ke Parlimen dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada parti yang minoriti dalam Pakatan Harapan.

Penulis yakin, berasaskan keadaan sekarang, bukan sedikit penyokong PKR termasuk para wakil rakyat parti itu tidak seiring atau tidak setuju dengan tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir. Apa tah lagi, cara kerajaan memerintah lebih suka bercakap, membuat berbagai tuduhan terhadap kerajaan lalu seolah-olah mereka masih pembangkang.

Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir bukan memerintah negera ini sebagai kerajaan akan tetapi kerajaan yang mahu memusnahkan negara.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels