14 August 2018

BAGAI MANA STRUKTUR KEPIMPINAN PARTI GABUNGAN BERSATU SABAH (PGBS)?

Apa pun namanya parti atau gabungan parti-parti, yang paling mustahak siapa yang mengetuai.

Diberitakan bahawa Umno, PBS, STAR dan PBRS akan menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS), sebenarnya ianya suatu cadangan pasca PRU-14, khususnya selepas Bn plus Star kehilangan kuasa pada 11 Mei 2018, ekoran pengkhinatan salah sebuah parti komponen Bn- UPKO yang bergabung dengan Warisan dan PH.

PGBS yang bakal ditubuhkan itu mempunyai 21 ADUN daripada 60 yang terdiri daripada 11 Umno, 6 PBS, 2 STAR dan 1- Ex UPKO dan 1 PBRS. Kesemua 21 ADUN itu adalah daripada bumiputera Sabah.

Melihat kepada 21 ADUN itu, 11 adalah bumiputera islam dan 10 adalah bumiputera bukan islam. 

Sebelum gabungan itu menentukan siapa yang mengetuai gabungan itu, perlu mengambil kira komposisi DUN Sabah, iaitu 32 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan cina.

Gabungan sebagai parti pembangkang perlu mengambil kira persepsi rakyat berasaskan jumlah kerusi, jika mahu mendapat sokongan majoriti pada PRU-15.

Sebagai asas pertimbangan gabungan itu, Umno sebenarnya mempunyai 17 ADUN pasca PRU-14, namun 5 ADUN telah menjadi KATAK, manakala seorang menjadi ADUN bebas, iaitu ADUN Sukau.

Kalau melihat sokongan pasca PRU-14 memang, asas kepada gabungan baru itu kaum bumiputera islam lebih banyak kerusi berbanding bumiputera bukan islam, dengan komposisi 17:14.

Jika asas itu digunakan untuk menentukan parti mana mengetuai gabungan itu, maka sudah tentunya bumiputera islam. 

Demi keadilan semua pihak, maka gabungan itu dicadangkan berkomposisi Ketua- Bumiputera islam- Timbalan Bumiputera bukan islam, untuk melihat kepada pemimpin parti dalam gabungan itu, maka Datuk Hajiji Haji Noor dijadikan sebagai ketua, dan timbalan-timbalan daripada KDM dan cina. Atau gabungan itu mengwujudkan majlis presiden dengan melantik Pengerusi sahaja. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels