3 August 2018

PENEMPATAN SEMULA PATAI/PATI- KAUM KDM JANGAN BIMBANG

Penempatan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Pendatang asing tanpa IC (PATAI) kerana rumah-rumah setinggan mereka hangus terbakar, hanya di tempatkan di kawasan-kawasan bumiputera islam, seperti kg Darau, Menggatal, supaya nanti kawasan-kawasan seumpama itu menjadi koloni yang sesak dan sempit, kemudiannya dipindahkan semula seperti mana berlaku bagi kawasan Sembulan dan Tanjung Aru, serta Likas. Sejarahnya, Sembulan, Tanjung Aru dan Likas adalah kawasan penempatan bumiputera islam, dan kini bukan lagi.

Kerana kemajuan, kawasan-kawasan tradisi bumiputera islam, akan terus susut. Dengan senario yang demikian, kaum KDM jangan bimbang, kawasan-kawasan anda tidak akan diceroboh. Setakat ini, sejak merdeka, tiada lagi kawasan-kawasan KDM yang hilang daripada peta.

PATI/PATAI sangat penting bagi parti seperti PWS, kerana sokongan daripada kumpulan ini lah yang menyebabkan banyak kawasan dimenangi pada PRU-14. Kemenangan PWS pada kawasan-kawasan bumiputera islam, kerana calon-calon Umno hanya mendapat undian daripada penduduk asal, sedangkan pengundi penduduk asal terbahagi dua, iaitu PWS dan Umno. Oleh kerana PATI/PATAI sungguh benci dengan RCI PATI Sabah yang menggariskan tindakan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHATAR PULANG serta diiringi dengan tindakan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) telah menyebabkan mereka bulat untuk PWS, sebab itu kawasan seperti Dun Banggi, Dun Karambunai, Tanjong Aru, Inanam, Petagas, Gum-Gum, Sekong, Tungku, Kunak, Parlimen Putatan, Sepanggar, Silam, calon-calon Bn/Umno kalah teruk. Malah kehadiran mereka di Parlimen Papar, menyebabkan DUN Pantai Manis dan Parlimen Papar hilang daripada genggaman Umno, malah tertempias di Dun Bongawan, dan hampir menawan Parlimen Kimanis.

Kehadiran PATI/PATAI tidak menguggat kaum KDM, yang tergugat hanya kawasan-kawasan bumiputera islam. Malah kehadiran mereka, boleh menyumbang kepada kemenangan besar seperti di Moyog, Kepayan, Tanjong Aru, Petagas, likas, Api-Api dan Inanam, Merotai, Tanjong Papat, Elopura, Batu Sapi dan Sekong, malah calon yang mereka sokong hampir menang di Dun Balung, Tanjong Batu dan Sebatik.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels